11 Sep 2013

Ribuan Penyokong Dr.Morsi Teruskan Bantahan Semalam


Penyokong Presiden Mesir yang digulingkan kudeta, Mohamed Morsi telah mengadakan demonstrasi di Dataran Talaat Harb di pusat bandar Kaherah dan di beberapa daerah lain di sekitar Kaherah, pada petang semalam (Selasa), di pertengahan minggu kesepuluh bantahan berikutan penyingkiran presiden itu, demikian lapor al-ahram. 

Terdahulu pada Selasa, sekutu-Ikhwan Muslimin, iaitu kumpulan Pemuda Anti-Kudeta telah menyeru rakyat Mesir untuk melakukan bantahan di Talaat Harb Kaherah - satu kilometer dari Dataran Tahrir yang menjadi ikon "Arab Spring" - terhadap penyingkiran Presiden Mohamed Morsi.

Pihak Keselamatan Mesir telah meningkatkan kehadiran mereka di Dataran tersebut berikutan demontrasi berkenaan.

Demonstrasi itu adalah yang pertama semenjak pertempuran maut antara penyokong Morsi itu dengan pasukan polis serta penyerang yang tidak dikenali di sekitar Masjid Al-Fath di Ramsis Square di pusat bandar itu pada 16 Ogos, di mana berpuluh-puluh penyokong Morsi telah dibunuh.

Pada masa yang sama, beribu-ribu rakyat Mesir telah menyertai prtes "anti-Rampasan kuasa" di beberapa daerah Kaherah termasuklah Haram, Madinet Nasr dan Obour, serta beberapa wilayah lain termasuk di Sharqiya Delta dan Minya di utara Mesir serta Beni Suef.

Bantahan dari pihak Pro-Morsi telah berlaku secara berterusan sejak penggulingannya oleh tentera pada 3 Julai.

Kebanyakan bantahan berlaku pada hari Selasa dan Jumaat, menyuarakan penolakan mereka terhadap "rampasan kuasa tentera" ke atas Morsi yang dipilih secara demokrasi, menyeru untuk pengembalian semula jawatan Morsi, dan menuntut hukuman qisas ke atas beratus-ratus penunjuk perasaan pro-Morsi yang telah terkrban di dalam rempuhan dua kem pro-Morsi oleh pasukan keselamatan di Kaherah pada 14 Ogos.

Kerajaan sementara Mesir, yang telah menuduh penyokong Morsi melakukan "tindakan ganas" terhadap lawan mereka, tetap berdegil dengan keputusan mereka untuk tidak berganjak dan akan tetap dengan pelan politik yang telah direncanakan oleh mereka, yang merangkumi pilihanraya semula parlimen dan presiden, serta referendum terhadap pindaan perlembagaan 2012, dalam tempoh kurang daripada setahun.

Tiada ulasan: