11 Sep 2013

[PANAS] Siapa Dalam KDN Yang Bocorkan Rahsia Gengster?


Dikehendaki: Seorang detektif yang dapat selesaikan misteri.

Siapa melakukannya? Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mencari siapa di kementeriannya membocorkan kepada media nama 30 ketua kumpulan gengster termasuk ahli politik MIC yang kini mahu menyaman kerajaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga hairan siapa yang mendedahkan nama tersebut.

“Kita tidak tahu siapa yang dedahkan, kami pun mahu tahu juga,” katanya yang turut mencurigai senarai nama tersebut.

Pemain: Bernama, agensi berita pro kerajaan atas nama kewartawanan penyiasatan dengan mudah melaporkan pada Jumaat memetik KDN sebagai sumber.

Pemain lain, polis. Mereka melaporkan kepada KDN mereka tidak mendedahkan nama itu kepada kementerian.

“Saya tidak tahu sumber mana dari kementerian tetapi maklumat itu tidak datang dari polis. Kami ada senarai sendiri dan sebahagian geng yang disenarai kementerian dalam perhatian kami,” kata Penolong Pengarah (D7) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hasan.

Katanya, mereka menghubungi akhbar harian The Star dan Bernama bagi mengetahui sumber senarai nama yang mereka terbitkan.

Latar cerita: lebih 30 nama ketua kongsi gelap dari Geng 04, 08, dan 36 serta kawasan takluk mereka dilapor Bernama pada Jumaat dan diterbitkan The Star pada hari berikutnya.

Pendedahan ini ekoran kegusaran orang ramai daripada beberapa siri kes tembakan yang kerap dilaporkan dan masih menjadi perhatian umum.

Kebimbangan masyarakat terhadap peningkatan kadar jenayah semakin meningkat tetapi ahli politik dan polis terus menyalahkan ketua kumpulan kongsi gelap yang dibebaskan dari tahanan tanpa bicara.

Memetik sumber KDN, laporan berita minggu lalu mendedahkan nama 30 ketua kumpulan dan mendedahkan mereka bergerak aktif di kawasan takluknya.

Antara identiti yang didedahkan sebagai gengster paling dikehendaki adalah Tiram Sasi (Johor), Sungai Way Sugu (KL), Prai Bala (Pulau Pinang), Langkap Sasi (Perak) dari Geng 04; Indren (Pulau Pinang), Dark (KL), Siva Guru (KL) dari Geng 08; Cendol Kanna (KL), Devan (ketua kumpulan di KL yang merupakan jutawan pengedaran dadah) dan Kajang Kalai (Kajang) dari Geng 36.

Nama terakhir merujuk kepada Exco Pemuda MIC Kalai Arasu Muniandy. Beliau menafikan pendedahan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang kerana mencemarkan nama baiknya.

Sementara itu, Wan Junaidi memberitahu The Malaysian Insider, perbincangan mengenai kebocoran senarai nama itudibincangkan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebaik sahaja berita itu tersebar.

“Semua di antara kami termasuk ketua setiausaha kementerian masih belum mendapat jawapan. Zaman ini, segalanya boleh berlaku,” katanya.

Siapa yang mendedahkan nama itu, masih menjadi tanda tanya.

Misteri ini mengambil masa lima hari sejak disiarkan media pada Jumaat. Polis dan KDN masih menemui jalan buntu.

Anda perlu masa lebih lama untuk selesaikan misteri ini. -TMI

Ketua Gαngster Pemuda MIC pertikai senarai polis

M.Kalai Arasu, Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Langat menafikan beliau ketua Kumpulan Geng 36 ‘Kajang Kalai’, yang merupakan salah seorang daripada 30 nama ketua kumpulan gαngster yang didedahkan polis pada Jumaat lalu.

Menurut laporan mStar, dia juga mempertikaikan ketepatan senarai yang didedahkan polis dan membuat laporan polis berhubung perkara itu di Kajang pada Ahad selepas mendapatkan nasihat peguamnya.

Beliau berkata telah bergiat dalam politik sejak 2000, tiada rekod jenayah, tidak pernah didakwa di mahkamah atau ditangkap. Tiba-tiba dituduh sebagai ketua gengster secara tiba-tiba.

Ketua Pemuda MIC, T. Mohan juga membuat laporan polis terhadap penasihat MyWatch, S.Gobi Krishnan dan dua portal Bahasa Inggeris kerana mengaitkannya dengan Geng 36.

Sebelum ini, Gobi melalui akaun Twitternya mendakwa kereta Mohan, sebuah Mercedes CLS dengan nombor pendaftaran ’3060′ didakwa dikenali sebagai identiti kod kumpulan tersebut dan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap Mohan.

“Saya menggunakan nombor pendaftaran itu sejak 1996. Ini tidak bermakna saya sebahagian daripada mana-mana kumpulan,” kata Mohan.

Dakwaan itu adalah satu pembohongan dan bermotifkan politik dan akan mengambil tindakan saman.

Gobi juga mendakwa ketua Geng 36 yang didedahkan polis pada Jumaat merupakan seorang pemimpin MIC dan memegang jawatan di dalam parti itu.

3 ulasan:

Awanama berkata...

UMNO merupakan kumpulan kongsi gelap paling besar di Malaysia, menyebabkan Malaysia diperintah oleh mafia. Ianya bukan satu perkara yang pelik kalau ada ahli politik dalam Komponen BN merupakan ahli kongsi gelap.

semua insiden serangan gangster keatas semua ceramah PR adalah bukti terbaik memang ada ahli dalam komponen UMNO terlibat dalam kegiatan gangster sebab rakyat biasa tak berani nak buat benda ini kecuali ahli kongsi gelap yang berani.

Awanama berkata...

Percayalah... ini semua sandiwara semata-mata untuk mengaburi mata kita.

Lihat pada komen terdahulu mengenai seorang jiran saya yang bekerja sebagai polis dan mampu memiliki kereta serta hartanah yg tak masuk di akal sebagai seorang sarjan.

Diakui oleh sumber dalam keluarga tersebut, bapanya akan menerima 'habuan' setiap bulan melalui bayaran dari pengusaha-pengusaha kelab malam sekitar KL.

Bapanya juga mengaku, duit itu tak digunakan untuk membeli makanan tetapi utk membeli barang-barang rumah serta harta benda.

Semoga Allah jauhkan kita dari bala...

akai77 berkata...

Betoi la kefahaman tok sarjan tu, kalau beli makanan nanti dia jadi darah daging, bahaya, tapi kalau tak masuk dalam badan tak pa la. Contoh macam beli shampoo ka......Akai ada ka !