11 Sep 2013

Apabila Pegawai-pegawai PEMANDU Sama Sewel Seperti Tuannya..


Pemandu akhirnya jawab isu “Najib sewel”

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dari Jabatan Perdana Menteri menegaskan, semua pelantikan kakitangannya dibuat berdasarkan meritokrasi, pengalaman profesional, etika kerja dan kemampuan untuk menghasilkan kualiti kerja.

Menurut satu kenyataan bertarikh 5 September akan tetapi hanya boleh diakses media semalam, Pemandu juga menjelaskan, kakitangannya yang bertugas sebagai Penganalisa Kanan, Farah Intan Burhanudin hanya mengulang untuk mata pelajaran Bahasa Arab sahaja di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

"Memang dia mengulang untuk mata pelajaran Bahasa Arab yang menjadi mata pelajaran wajib di UIA, tetapi dia tidak pernah mengulang untuk mata pelajaran subjek teras.

"Farah menamatkan pelajarannya di UIA dengan Ijazah Penuh Kepujian Kelas Kedua," kata Penganalisis Pemandu Ashvin Khaira dalam kenyataan itu.

Pemandu juga menjelaskan, denda yang dikenakan ke atas Farah oleh Majlis Peguam adalah denda pentadbiran sahaja kerana kegagalan beliau memaklumkan pertukaran kerja dari peguam kepada bertugas dengan Pemandu.

Penjelasan ini dibuat Pemandu bagi menjawab segala tuduhan yang dikenakan blogger Umno terhadapnya baru-baru ini sehingga mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai “sewel”.

Syed Akbar Ali melalui blognya, OutSyed The Box, menggunakan nama Datuk “Sewel” Najib Tun Razak merujuk kepada presiden Umno itu.

Menurut kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sewel bermaksud tidak begitu waras atau tidak siuman.

Serangan Syed Akbar dalam tulisannya bertajuk “The PM's Screwup Team – Senarai Pegawai Pemandu, Bersih Supporters Etc" itu disiarkan juga di blog Rocky Bru, milik Datuk Ahirudin Atan, blogger yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kedua-dua mereka sepakat pembentukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), badan yang ditubuhkan kerajaan untuk memantau pelaksanaan polisi kerajaan, adalah membazirkan wang negara.

Mereka memaparkan bagaimana staf-staf Pemandu diberikan gaji tinggi berbanding dengan pegawai kerajaan lain yang jauh lebih lama bertugas dari mereka.

Mereka turut mempertikaikan bagaimana Farah boleh dilantik sebagai pegawai kanan Pemandu sedangkan sikapnya yang suka joli, mabuk dan pernah dikenakan denda oleh Majlis Peguam. – TMI


ULASAN GB

Jawapan PEMANDU ketara sangat hanya untuk cepat-cepat "memadamkan" tuduhan sewel yang dihalakan kepada Najib sedangkan jawapan PEMANDU terhadap isu yang ditimbul ternyata longgar malah melebarkan lagi "sewel" itu bukan saja kepada Najib tetapi kini kepada pegawai-pegawai PEMANDU juga.

Semua orang boleh jawab "semua pelantikan kakitangannya dibuat berdasarkan meritokrasi, pengalaman profesional, etika kerja dan kemampuan untuk menghasilkan kualiti kerja". Tetapi benarkah begitu?

Saya ambil contoh kes kakitangannya yang disebut di atas yang bertugas sebagai Penganalisa Kanan iaitu Farah Intan Burhanudin. Seorang lulusan Universiti Islam Antarabangsa dengan dikatakan memperolehi Ijazah Penuh Kepujian Kelas Kedua. Itu bukan pertikaiannya. Fokus isunya ialah: sebagai seorang lulusan UIA dan sebagai seorang yang beragama Islam, bagaimana beliau boleh bertindak dengan perlakuannya yang jelek (sikapnya yang suka joli, mabuk - ini lansung tak dijawab oleh PEMANDU) dengan berpakaian seksi sepertimana foto-foto yang berkeliaran di alam siber yang sehingga kini belum dinafikan oleh tuanpunya diri?

Beliau dikenakan denda oleh Majlis Peguam dan anehnya PEMANDU boleh membelanya bahawa kononnya ia adalah denda pentadbiran sahaja kerana kegagalan beliau memaklumkan pertukaran kerja dari peguam kepada bertugas dengan Pemandu.

"Profesyenal", "Etika kerja" dan "strict regulations" apa yang dimaksudkan oleh PEMANDU jika di dalam hal yang sekecil itupun pegawainya sudah tidak mampu untuk mendisiplinkan dirinya?

Maaf cakap. jelas kepada kita bahawa: PEMANDU nampaknya kini dipenuhi pegawai-pegawai yang "sewel", silap gaya dua kali sewel dari tuannya!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

6 ulasan:

otaklunyai berkata...

Sebab itu sekarang perkara yg senang jadi susah. makin nak moden makin bercelaru... dulu permohonan pertukaran kakitangan kera-jaan hanya dgn mengisi satu set borang pertukaran... tapi sekarang sebab dah maju terlampau, bila nak tukar kena buat online leoas tu kena print borang tersebut dan dapatkan tandatangan ketua jambantan.. dan kena hantar pulak borang tu... tak ke bodoh punya kerja.. dulu kerja sekali sekarang dek maju terlampau kena buat kerja dua kali... sama jugak dgn pendaftaran anak kesekolah... online kena buat manual pun kena buat... apa ke jadahnya maju... inlah akibat bila siTolol dilantik menjadi ketua...

Awanama berkata...

GUNUNGLAH BANANG GUNUNG LAH BANANG GUNUNG SARAWAK.IBARAT PINANG,IABARAT PINANG DIBELAH DUA.TUANNYA PEMBUNUH, PERASUAH,PENGKHIANAT,PENZALIM RAKYAT PENIPU JADI KAU KALAU PEMANDU KAKI PEMABUK ITU KECIK PUNYA HAL SILAP HARI BULAN TUAN DIA BOLEH PAKAI PULAK TU.KALU BUNTING BOLEH BOM MACAM ITU ALTANTUYA

Awanama berkata...

Apa juga kata bloggers umno ini boleh diambil 50 50 saja... Kerana musim pemilihan ni, ada yang kena beli, ada yang kena jual dan adayang dibeli.
Lepas itu seperti kata pepatah kelok lalu kiambang bertaut....
Entah lah weeie sewel semuanye

Awanama berkata...

Setelah puas mendustakan PR, bloger pro BN bertukar arah menghentam BN pula. UFB kata takdir.

Hidupringkas berkata...

Mungkin berfoya-fota, mabuk dan over sosial merupakan ciri-ciri hebat bagi mereka...?

Awanama berkata...

Pegawai - pegawai PEMANDU ni dapat jawatan secara kabelkah???? Kalau dapat secara kabel sorry to said pegawai - pegawai PEMANDU akan sentiasa sewal dari dulu kini dan selamanya selagi jawatan diaorang tidak diberi kepada mereka yang sepatutnya layak.

Inilah salah satu contoh kalau lu beri jawatan secara kabel.