17 Sep 2013

Mustafa Ali: Tindakan Harun Taib Kurang Bijak


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib sepatutnya tidak perlu bercakap mengenai strategi parti kepada umum kerana boleh memberikan mesej yang salah berdasarkan persepsi rakyat.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tahaaluf siyaasi adalah strategi dalam perjuangan dan perlu dibincangkan secara dalaman, bukannya dihebohkan kepada umum.

"Tidak bijaksana dihebohkan. (Jika dihebohkan) maksud kajian boleh disalah tafsir dan akibatnya kita menghantar mesej yang salah, bukan sahaja kepada rakan PR tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya penyokong Pas dan Pakatan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Harun, dalam ucaptama Multaqa Ulama Semalaysia baru-baru ini, menyarankan Majlis Syura Ulama mengkaji semula tahaaluf siyaasi dalam PR berdasarkan garis panduan syura atas alasan pengaruh parti itu semakin lemah.

Sementara itu Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan Harun bukan bertujuan melemahkan parti, tetapi mahu memastikan Pas lebih konservatif dari segi hala tuju parti itu dalam PR.

“Bagi mana-mana organisasi parti dan badan korporat, mengkaji (semula) sesuatu strategi adalah perkara biasa.

“Saya yakin, beliau berkata demikian untuk menjadikan Pas lebih kuat daripada sekarang,” katanya.

Salahuddin berkata, perkara itu tidak sepatutnya dianggap negatif, sebaliknya perlu memahami apa yang cuba disampaikan.

“Kenyataan beliau itu supaya Pas bekerja lebih kuat ke arah memanfaatkan pengaruhnya dalam PR.

“Apa sahaja kekurangan dan masalah perlu diperhalusi demi memanfaatkan melalui kerjasama dalam PR, selain mahu melihat peranan Pas bagi menjana kekuatan dalam PR,” katanya. -SH

11 ulasan:

Hidupringkas berkata...

Mustafa Ali memberikan mesej terang bahwa ulama bukan semuanya bijak bila berkata begitu.

Salehuddin Aub pula seperti biasa play safe...dulu kini dan selamanya.

Awanama berkata...

komen yg berterus terang adalah baik untuk kebaikan parti, shabas mustaffa ali.

Awanama berkata...

Eloklah cari penganti HT, banyak kenyatannya tak melambangkan sebagai anngota majlis shura. Biar bijak sedikit bila buat statement. kalau semua jawatan ulamak pegang, tak guna ada majlis shura. Cermin diri kenapa hanya srpenggal PAS berkuasa di Trengganu bila ulamak pegang. Begitu jugak di Kedah. BEGITU JUGAK, HARAP DIN AYAM BELAJAR DULU SEBELUM NAK MENGAJAR ORANG LAMA PAS

Awanama berkata...

jangan jadi mcm umnooo... sudah lah...

Awanama berkata...

Sudah tiba masa kepimpinan yang bahalol serta lembap di Fired!

Apakah ada rakyat sanggup hidup di bawah pemimpin lemah.

Awanama berkata...

Setuju apa yang mustafa cakap... sekarang dia baru ada akai

Awanama berkata...

Ya betul kata cikgu Pa,
F
Kini diikuti pula kenyataan ust Nasarudib Tantawi Ketua Pemuda " HARAM tahaluf siasi jika merugikan" definasi merugikan itu tak mungkin dapat di analisa dengantepat oleh Ahli akar umbi PAS maka akan timbul kekeliruan.....
Apa juga motif kenyataan-kenyataan ini, tambah pula dekat dengan pemilihan.... Awas ajangan terlalu ghairah....

Awanama berkata...

Ketua Pemuda PAS macam ada tak ada. Banyak isu yg beliau tidak memberi response sewajarnya. Harap PAS dapat memilih pemuda baru yg lebih dinamik. Berganding pulak dg Nik Abduh, bercakap sedap mulut , makin gelaplah pemuda PAS. Mereka ini yg bakal jadi Ala Syeikhul Az Azhar yg menjadi perosak jemaah dengan idea ber gabung dg UMNO. Yelah menjadi Harapan peribadi nak naik jet peribadi sejak kecil..naik teksi pun mungkin harapan peribadi Nik JUGAK KE?

Awanama berkata...

Sah setengah ulamak dlm PAS bukannya jenis cerdek.Depa tak faham stretegi mahu pun perang/gerak saraf.Sekadar beri kuliah Magrib ok agaknya sebab kuliah-kuliah jenis tu becorak "one way street" - tak ada bantahan mau pun percangahan idea.Untuk PAS maju kehadapan setanding dengan lain-lain komponen Pakatan Rakyat "makhluk perosak" ni wajar dikeluarkan dari PAS - selalu sangat buat kacau.Kerja tak seberapa,gila jawatan dan nak jadi wakil rakyat.Apa yang Nasaruddin Tantawi dah buat yg.boleh dibanggakan.Zero.Setiap kali ia buka mulut,sentiasa kena belasah.Inikah pemimpin yg.Pemuda PAS banggakan.PRU yg lepas,tak buat apa pun asyik dan sibuk cari kawasan bertanding.

Awanama berkata...

Ketua Dewan Ulama & Ketua Pemuda apa hasil kerja kamu yang membanggakan?
Apa contribution mu dalam memantapkan parti?
Setiap kali buka mulut timbul controvesi.....
Baik diam dan buat kerja dengan 'akal yang tenang dan bershsiah...

Awanama berkata...

Geng2 HT ni dlm usrah pun diorg bantai komponen PR.. Kritik HT bukan brmkna kritik islam. Tp islam mngajar kita utk buat baik kpd org.