4 Mei 2013

Pakatan Rakyat Diramal Bentuk Kerajaan Baru Ambil-Alih Putrajaya


Kajian Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (Kor Risik ATM) menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) mampu memenangi 117 kerusi parlimen sekaligus membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah 12 kerusi selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti.

Sementara BN pula dalam kaji selidik yang disalurkan anggota Kor Risik ATM itu menunjukkan hanya mampu memenangi 105 kerusi sahaja.

Kajian yang turut diguna pakai oleh BN itu turut menunjukkan, PR, selain berjaya mempertahankan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, juga berjaya memenangi semula Perak serta merampas Negeri Sembilan dan Terengganu.

Demikian menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu program ceramah di Seksyen 7 di sini malam tadi.

“Johor walaupun kita boleh memenangi kerusi DUN dan parlimen yang jauh lebih banyak, tetapi mengikut ‘survey’ itu belum boleh dapat tawan negeri, saya cakap betul ini.

“Melaka, kita boleh tambah kerusi parlimen dan negeri, tetapi masih belum boleh tawan negeri.

“Pahang, kita boleh tambah kerusi, tetapi kita masih belum boleh tawan lagi, menjadikan kita ada tujuh negeri dan Perlis katanya 50/50,” ujar Mustafa.

Menurut Mustaffa, keputusan kaji selidik itu berdasarkan keadaan semasa sekiranya PRU-13 diadakan Selasa lalu.

Bagaimanapun tambah Mustafa, beliau juga dimaklumkan bahawa keputusan kaji selidik itu boleh berubah dalam masa beberapa hari sebelum menjelang hari mengundi Ahad nanti.

“Apakah dia akan turun atau pun dia akan naik, trend pada waktu ini menunjukkan kita sedang naik, maknanya tidak mungkin kurang daripada 117 kerusi.

“Ini yang mencemaskan (Perdana Menteri) Najib, mencemaskan (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin dan yang paling cemas (bekas Perdana Menteri) Dr Mahathir sendiri,” katanya lagi.

Mustafa dalam ceramahnya turut menjelaskan, kaji selidik yang dikeluarkan Kor Risik ATM merupakan kajian paling dipercayai pemimpin BN berbanding dua lagi agensi kerajaan lain, Kemas dan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia.

Bagi menang di peringkat persekutuan sekaligus menduduki Putra Jaya, PR perlu menang sekurang-kurangnya 112 daripada jumlah keseluruhan 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Buat pertama kali, dalam PRU-12 pada 2008, BN dinafikan majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen apabila hanya mampu menang dengan majoriti 140 kerusi.

Manakala Pakatan menang dengan 82 kerusi.


Kajiselidik: Populariti Najib merosot, BR1M tak jalan...


Ketika negara semakin menghampiri hari pengundian Ahad ini, kajiselidik terbaru Merdeka Centre mendapati rating Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot 3 peratus berbanding tinjauan terakhirnya sebelum ini.

Kajiselidik di kalangan pengundi di Semenanjung antara 28 April hingga 2 Mei itu juga meletakkan Pakatan Rakyat mendahului BN dari segi parti pilihan untuk membentuk kerajaan.

Populariti Najib menurun sedikit daripada 64 peratus dalam kajiselidiknya yang dijalankan pada bulan Mac, kepada 61 peratus sekarang - beberapa hari sebelum hari pengundian Ahad ini.

Merdeka Centre berkata angka itu mencerminkan penurunan faktor "feel good" yang sebelum ini dijana ketika pengagihan besar-besaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga bentuk sumbangan wang tunai yang lain.

Kebimbangan terhadap ekonomi mendahului senarai isu-isu yang pengundi mahu diperbincangkan, iaitu pada 25 peratus.

Kerusi marginal tentukan pemenang

Berdasarkan hasil kajiselidik, Merdeka Center berkata pemenang pilihan raya umum kali ini akan ditentukan oleh pihak mana yang berjaya memenangi sebahagian besar daripada 46 kerusi marginal parlimen di seluruh negara - semuanya dalam margin 3 peratus undi.

Tiga puluh empat daripada kerusi marginal itu adalah di Semenanjung Malaysia manakala masing-masing enam kerusi di Sabah dan Sarawak.

Selain daripada kerusi marginal, pusat itu meramalkan bahawa BN akan menang kira-kira 81 kerusi Parlimen manakala Pakatan akan menang kira-kira 89 kerusi.

Kajiselidik itu dijalankan di kalangan 1,600 pengundi berdaftar melalui temubual telefon, dengan 59 peratus responden Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India.
-mk

18 ulasan:

Awanama berkata...

risikan yg menyebabkan Najib, mahathir, dan kroni serta kuncu2 tak dapat melelapkan mata, kpd mereka terima lah Qadha dan Qadar Allah selama ini kamu telah di beri ruang dan peluang. langit tidak selalu cerah, kamu lupa bahawa dunia ini bukan kita yg punya, Allah yg punya bertaubat lah senbelum terlambat.. kita sudah di penghujung usia biarkan yg amanah dan baik mengambil tempat.

Awanama berkata...

Cuma tinggal beberapa jam lagi...Sudah boleh tentukan Siapa Pm 1, PM 2, Pm 3 TPM 1,TPM 2, TPM 3dan seterusnya kerana pada pagi 6Mei akan diadakan Majlis Angkat Sumpah bersekali dengan Sumpah Laknat.Mudah2an Impian Anda menjadi kenyataan hendakNya.

Awanama berkata...

Ini lah yg Warga Pakatan Rakyat tungu2...Trus kn doa hingga 5 mei...umno B END tlah pun menyediakn KERANDA...ketua SPR akn mengetuai upacara pngkebumian umno B ENd pd 7 mei nanti.

Awanama berkata...

Alhamdullillah !!!!

Pakatan Rakyat yang di sokong rakyat , melalui jumlah sokongan pada ceramahnya , mampu menawan Putrajays untuk Rakyat.

Akan tetapi , hantu hantudan iblis adalah musuh yang nyata bagi umat umat manusia.....

Ada Hantuuuuuuuu.........?

Awanama berkata...

Seorang sahabat telah memberikan link ini saya. Dengan rasa rendah diri saya tidak lagi bersama umno. Saya akan undi Pakatan Rakyat pd hari Ahad ini .
Ini link yang telah menginsafkan saya ; http://www.youtube.com/watch?v=lWrvd604QeQ
Terima kasih sahabat.

Unknown berkata...

3 PM 3 TPM..biar betul ni.habis inikalilah MALAYSIA..ayam masih berlaga belum tahu lg..apapun kalau betul lah ramalan itu ada baiknya juga supaya semua janji PR dapat dibuat utk kebaikan Rakyat.jgn pula nti banyak alasan.jgn pula melepaskan dendam sahaja yg diutamakan.takut nti ada tindakbalas. soal agama tangungjawab PAS.jgn pula ceramah saja yg berapi-api tp agama dipijak dari belakang.Biarlah UMNO menjadi pembangkang uyk menjaga DAP drpd menyamun di tanah melayu

Awanama berkata...

Ya Allah izinkanlah Pakatan Rakyat pula memerintah Malaysia selepas PRU 13 ini.Jangan Kau biarkan UMNO terus memerintah dengan bongkak dan sombong dengan meningkari perintah-perintahMu.Mereka adalah pemerintah yang zolim kerana engkar dengan arahan al quran dan sunnah nabi Muhammad saw.Binasakan mereka sebagaimana Engkau binasakan Kaum Ad dan kaum Tsamud.Amiiiin.

liamsihaisa berkata...

anon 12.49 dan anuari abdullah dari kata-kata anda sudah pasti anda berdua adalah macai umno. sepatutnya mendoakan untuk kebaikan negara bukan untuk kehancuran negara. pas berdoa untuk kehancuran umno bukan kehancuran negara, itu lah bezanya antara kedua parti. PR mendokong perjuangan untuk kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum dan negara yang lebih bersih dari rasuah berbeza dengan BN perjuangan hanya berdasarkan rasisme - melayu melayu melayu bagi umno, cina-cina cina bagi mca dan india india india bagi mic.

Awanama berkata...

Semoga PR memerintah Malaysia menjadi kenyataan. Amin.

Awanama berkata...

tuan rmh Greenboc,

saya harap tuan dpt buat 1 post ka atau kotak apa2 ka yg kita dpt salur maklumat dgn cepat pd 5 mei, saya rasa ada antara kita dpt tau cepat keputusan kasar p/raya di satu2 tempat, kami pembaca tetap greenboc tentu nak dtg sini kongsi. atau memang dah ada site lain yg saya tak tau? dgn cara tu dpt kita keputusan lebih cepat drp keputusan rasmi yg kdg2 amat lambat nak diumum, tak sabar sgt2, kita dah lama berjuang akhirnya sampai hari yg ditunggu2.

kalau tuan buat livechat ka apa benda macam anilnetto tu, fuh meriah!

lagi 1 saya rasa blogger ka pimpinan PR ka, elok bagi hint/warning/nasihat siap2, kalau kita memang bagi masa utk ubah, benda2 yg nak diubah bukan mudah, takut nnti penyokong pakatan yg kurang matang/agressif akan memberontak balik bila satu2 dasar/janji x dpt ditunai segera, macam kat mesir rakyat yg nak kata apa mungkin sekumpulan yg bodoh bangun memberontak lawan dr morsi sebab depa kata tak dpt buat better than hosni mubarak, mana nak dpt buat dan2 (dgn tergopoh2), tambahan pulak org2 regim hosni dan elbaradey yg menguasai ekonomi tu mesti to perapi2, takut m'sia jugak jadi macam tu. dlm kes kita geng amno/bn lah. semoga kita dpt saling nasihat menasihati supaya peralihan kuasa dpt kita nikmati sebaik2nya.

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Salam buat Tuan Greenboc.

Bersorak sakan puak-puak PR bila terima ramalan dari "Ahlul Nujum Negara "..tersengeh ..termemek kerana belaga angin. Inilah tanda perasaan bila tak kunjung ..tiba-tiba..bayang-bayang pun jadilah....

Apa pun kita tunggu besok penentunya. Pakcu tak kisah kalah menang. Adat bertanding maka tentunya ada kalah menang. Cuma Pakcu nak cakap Kelantan akan ada perubahan..itu adalah satu risikan yang kemas..walau bagaimanapun tiada siapa yang dapat menentukan...Apakah Bumi Tadahan Wahyu ni akan bertukar atau tidak..?

Yang penting kita berlapang dada. Jangan pula masa menang OK tapi bila kalah tak OK atau KO..mulalah turun ke jalan-jalan terpekik , terlolong salah orang semua tak kena...kita yang terbaik.Malu ko budak-budak ...ko guano ?

Kepada yang berjaya selamat ke Putrajaya dan kepada yang "terkandas" boleh isi borang lain untuk 5 tahun akan datang. Selamat mengundi ...terima kasih kepada Tuan Greenboc kerana memberi laluan untuk Pakcu komen pagi ni. Sahabat tetap sahabat " undi masing-masing....RAHSIA>>?????

Awanama berkata...

INSYAALLAH MENANG...

Awanama berkata...

salam. diharap Greenbog akan terus aktif menampilkan isu2 terkini politik tanahair walaupun tamat pru13. tq.

Awanama berkata...

Kemanakah mereka ni nk lari selepas 5.5 ni? Tunggu dn lihat

Awanama berkata...

Inikalilah, kemana meteka nk lari lepas 5.5 ni? Tunggu dan lihat

Awanama berkata...

Terima kasih pak cu.. Menurut sumber... Bn akan menerima nasib yang sama 1990.. Hilang kesemua kerusi di kelantan.. Undi tentera pun sudag tidak menyelamatkan tok pa.. Sokongan amat luar biasa..setiap ceramah bn semuanya dipaksa. Program najib sn muhyidin dikerahnya semua k.tangan awam.. Harap pakcu celik mata.. Anak2 muda pula dibekalkan wang ringgit utk setiap program.. Kuatkah umno dikelantan dgn cara itu..1 juta sticker T dicetak. Berapa orang yg tampal kenderaan itu pun dibayar.. Terima kasih

Awanama berkata...

Terima kasih pak cu ran.panjang. 2008 orang kuat awang adek berlagak bodoh peegi ambik kunci pej.menteri besar kononya bn akan membwntuk kerajaan negeri.. Apa jadi hanya menang dilws undi tentera.. 2013 sekali lg bermimpi..apa yg pak cu perlu tahu program najib n muhyidin dpaksanya k.tangan awam. Menyumpah k.tgn aqam. 1 juta sticker T diedarkan.. Berapa orang yg tampal dkenderaan.. Anaj2 muda pula dbayar utk berkumpul.. Kuatkah bn utk tawan kelantan dgn cara itu..hari ini lautan kenderaan pulang ke kelantan hinggakan jln raya menjadi hijau..pak cu kena berpijak di alam nyata.. Ini kalilah

Unknown berkata...

Ini kali lah! Saya balik kg di lahad datu sudah ni..esok mau mgundi..asal bukan UMNO huhu..excitednya saya..ini kali lah sudara2..Sabah negeri minyak yg termiskin..KL bukan main bling bling tapi Sabah tatap mundur..ini kali lah UBAH..skurangnya kalau ditanya di padang mahsyar kita boleh jawab saya tidak sokong pemimpin yg zolim huhu...
OP OP OP OP..OPPA GANGNAM STYLE
IN IN IN IN..INI KALI LAH!