3 Mei 2013

Seorang Cyber-trooper Bertaubat, Seru Rakan Lain Henti Buat Kerja Dosa


Kuala Lumpur: Setelah menyerang setiap artikel Harakahdaily bertubi-tubi samada di Facebook Harakahdaily atau di web, akhirnya cybertrooper Umno yang terkenal “Lans Koperal Tangkap Lalat” akhirnya bertaubat.

Berikut ialah apa yang ditulis di dalam satu ruangan komen beliau –

“Assalamualaikum.

Tadi saya hampir terlibat dengan kemalangan yang mungkin meragut nyawa saya. Saya nyaris mati dilanggar lori besar tadi, dan saya yakin, Allah selamatkan saya untuk memberi peluang kepada saya bertaubat.

Saya tahu saya banyak berdosa.

Saya nak mintak maaf dekat Harakahdaily, kerana selama ini menghentam semua berita yang Harakahdaily terbitkan. Saya meminta maaf kepada semua penyokong/pimpinan PAS/DAP/PKR atas komen2 saya yang mengarut/merapu/mencerca/menghina anda semua selama ini.

Saya minta maaf, saya tahu kalau saya mati tadi, segala apa yang saya buat selama ini akan datang balik menghantui saya. Saya fikir, cukuplah saya menjadi macai menghina anda semua, tapi akhirnya saya masuk neraka.

Saya benar2 bertaubat. Saya takkan merapu lagi. Apa yang saya tulis selama ini, semua saya tahu bohong, tapi saya gila duit. Tapi kini saya sedar, duit yang banyak, kalau mati masuk neraka tak guna juga.

Saya minta maaf Harakahdaily. Saya dah bertaubat.

Saya akan minta rakan2 cybertroopers BN yang lain untuk turut berhenti buat kerja ini.


Gambar berikut ialah snapshot komen beliau.


Facebook beliau boleh dilayari di sini:
https://www.facebook.com/lanskoperal.tangkaplalat Atas dasar kebebasan bersuara, Harakahdaily tidak pernah menghalang Lans Koperal Tangkap Lalat untuk menulis komen merapu di laman milik Harakahdaily.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pasti ni bukan kes fb kena hack ye?

Unknown berkata...

peh terbaikla,, jgn tarik balik dah

Ammy Hassan berkata...

Saya adalah pembaca tetap HarakahDaily dan selalu juga terbaca komen2 yg sgt menyakitkan hati oleh pemegang akaun Facebook yang bernama "Polis Tangkap Lalat". Gambar profil dia adalah spt yg ditunjukkan di laman ini. Dalam beberapa komen saya di FB saya katakan bhw "Lans Koperal Tangkap Lalat (LKTL)" dan "Polis Tangkap Lalat (PTL)" adalah dua individu yg berbeza cuma gambar profil shj yg sama. LKTL adalah penyamar PTL. PTL sebenar adalah tetap macai UMNO-BN dulu, kini dan selamanya. Kita jgn terpedaya kes Azlan II ini... Slmt mengundi. Undilah Pakatan Rakyat. Pakatan Harapan Rakyat!

Tanpa Nama berkata...

boleh percayaker???...kalau dah disogok dengan duit..dua tiga hari besok..balik buat kerja lama..alah..macam bapak si saiful tu..bak kata org2 tua...anjing kalau dah biasa makan taik..klu x dapat makan taik...dapat hidu bau taik pun cukuplah....kalau dah bertaubat baguslah..x perlulah nak heboh2 kat media nak bg tau satu malaysia...macam psychowar jer.... apa2pun aku x percaya langsung kat puak2 ni..sebab kerana duit..diorang sanggup buat apa saja..termasuklah jual agama dan maruah..mcm saiful..kononnya bersumpah kat depan Ka'abah..

Tanpa Nama berkata...

Pengakuan itu memang benar.......tapi agak meragukan...


عزازيل

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah... semoga diri kamu diberkati Allah.. bertaubatlah sesungguhnya ada masa kamu mdekati Allah ketika ini.. sbg hamba di bumi Allah ku mohon pd mu sahabat hentikanlah budaya fitnah menfitnah kerna duit bukanlah segalanya bagi kamu menebus dosa dmasa lalu.. ajaklah sahabat 2 kamu.. insyallah Allah akan mgampunkan kamu.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, Allah selamatkan saudara. Gunakanlah kepakaran dalam penulisan di arena globalisasi untuk sebarkan maklumat yang tepat mengenai individu yang menegakkan kebenaran. Allah bersama-sama dengan orang yang benar.

Tanpa Nama berkata...

selama ini kami sentisa berdoa agar saudara PTL diberi pertunjuk dari allah,,,, itu kamampuan yang kami ada,,, namun ingatlah,,, allah akan tembah nikmatnya sekiranya kamu bersyukur,,,,,Kami tidak paksa saudara menyokong kami jike itu kehdak saudara,,, tapi suadara harus tahu roh didalam tubuh saudara sama seperti yang ada ditubuh kami,,, itu lah anugerah ALLAH yang maha esa,,,, so,,,,,, suatu masa kita semua akan dihadapkan dihadapan ALLAH,,, untuk dihisab dan dihitung amalan masing2,,,,, saya sudah pun maafkan saudara,,, amin,

Tanpa Nama berkata...

taubat ada udang sebalik mee kot, sbb dah nampak PR nak memang, dia takut org PR cari dia nnti.

jgn pecaya sgt, tapi kalau taubat betul2, baguslah.

Tanpa Nama berkata...

Buktikan bahawasanya anda tutup akaun facebook berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

Dari Allah swt kita datang dan kepadaNya kita kembali. Semoga semua dosa tuan-tuan dan saya diampunkan oleh Allah swt. 3 malam yang lalu saya telah mendengar kuliah Ustaz Azman Bukit Belimbing. Katanya sering kali orang yang difitnah akan memaafkan orang yang memfitnahnya. Masaalah yang timbul adakah orang yang memfitnah itu mampu menahan fitnahnya dari terus merebak hingga ke tarikh yang kita pun tak tahu. Kalau fitnah itu melalui akhbar dan media lain bolehkah kita menghentinya, menghapuskan nya atau pun membuat apa saja asalkan ia berhenti. Jawabnya tentu tidak. Maka kita akan tetap berdosa kerana menabur fitnah yang sentiasa subur dan merebak tanpa henti!!!!Contoh klasik. Mahathir dan Rafidah kata Anwar Ibrahim telah mencederakan matanya sendiri. Berita ini tersebar melalui tv, radio dan akhbar. Yang sebenarnya Anwar telah ditumpuk oleh IGP!!. Berapa ramai orang bercerita mengenai peerkara itu. Kiranya Amwar memaafkan orang yang memfitnah adakah fitnah itu telah berhenti begitu sahaja? Sebagai orang yang mengaku Islam fikirkanlah perkara ini. Walau pun dimaafkan kita tetap berdosa kerana fitnah akan tersebar begitu saja tanpa kita ketahui siapa mereka yang mendengar, membaca dan menyebarkan lagi fitnah itu!!!

Tanpa Nama berkata...

betul. anjing kalau dah biasa makan taik, kalau x dapat, hidu pun jadilah.Mcm sayfool sekeluarga. kalau betul dia dah bertaubat, alhamdulillah!

Remy berkata...

Anon 1:37PM, setuju dgn komen awak. Kita kasi chan dulu sama dia, kalau jadi minafik jugak...sendiri mau ingatlah...azab dari Allah dibayar CASH!