16 Mei 2013

Macam Samseng UMNO Juga, Presiden Wartawan Melayu "Mengamuk" Di Wacana Sinar


Pengerusi Persatuan Wartawan Melayu, Datuk Yazid Othman sedang ditenangkan oleh kakitangan Sinar Harian.

Wacana Sinar Harian siri ke-20 semalam sedikit tegang apabila peserta wacana gagal mengawal perasaan ketika sesi soal jawab.

Kehangatan sesi itu bermula apabila peserta pertama Pengerusi Persatuan Wartawan Melayu, Datuk Yazid Othman bangun dan bertanyakan soalan mengenai maksud kebebasan media kepada Zairil Khir Johari.

Menurut beliau, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang tidak mengamalkan kebebasan media seperti mana yang dilaungkan oleh kepimpinan Lim Guang Eng.

"Di mana kebebasan media di Pulau Pinang, sedangkan akhbar seperti Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan di Pulau Pinang," katanya.

Menjawab persoalan tersebut Zairil yang juga ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, memang benar akhbar Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan kerana akhbar tersebut telah menyalahgunakan kebebasan media dengan menyebar fitnah.

"Memang kita mengamalkan kebebasan media dan bukannya mengamalkan kebebasan memfitnah," katanya.

"... sebab itulah Utusan Malaysia banyak memberi dana pilihan raya kepada PR, kerana selalu disaman," sindir beliau.


Sementara itu, Yazid turut mendakwa, nasib pensyarah Melayu di Universiti Malaya (UM) kini semakin terpinggir kerana kemasukan ramai pensyarah Cina di institusi berkenaan.

"Di UM, sejak dua tahun lalu sudah berlaku perubahan besar, di mana pensyarah Melayu mula terpinggir dek kerana kemasukan pensyarah kaum Cina," katanya.

Menjawab persoalan tersebut Zairil mengatakan perlunya ada fakta dan ulasan kukuh berkenaan isu tersebut.

"Perkara ini perlu disertakan dengan fakta yang tepat, jangan terlampau emosi sehingga hilang nilai kewarasan ilmu,"katanya.

14 ulasan:

The Seven Thing berkata...

aku pelajar UM, ramai je pensyarah melayu, siap totok umno lagi.....dan klu betol cina dlm UM ramai, UM tu bkn hak milik PR ia hak milik kerajaan...siapa yg pegang kerajaan skg? PR ke BN?

Awanama berkata...

dah 50 tahun tak kan tak de melayu pandai kat u kalau macam tu apa omno buat selama tempoh tu.ini contoh manusia otak pecacai juga

Elias Hj Idris berkata...

Emosi la skit sbb k'jaan dah banyak bagi muka kpd wartawan. Tersntuh sikir saja dah nak melenting.

Awanama berkata...

Kalau ramai pensyarah cina UM salah Anwar dan PR ke? Siapa yang jaga Kementerian Pengajian Tinggi?

tinta tajam berkata...

Bengong punya Yazid, UM tu bawah Lim Guan Eng ke yang menyebabkan pensyarah China ramai? Inilah orang yang bercakap menggunakan kepala lutut!

Andre Irwan berkata...

Inilah "Melayu Kita" yang ber"tamadun". Aku amat malu dengan kaum aku ini. Selalu bercakap tak serupa bikin. Selalu bercakap tanpa menggunakan fakta. Selalu bercakap bohong.
Konsep 1 Malaysia. Retorik. Seperti biasa dan berkali-kali, aku mencabar pihak BN dari dulu, kini dan bermula hari.... Adakan TANAH PERKUBURAN MELAYU sekarang juga. Simpanlah puak-puak seperti ini semasa mereka meninggalkan dunia. Depa bercakap seolah-olah lupa mereka ni ialah umat Islam yang sepatutnya mengamalkan RUKUN IMAN sepenuhnya.
Melayu jadi HEBAT kerana agama yang dianuti depa iaitu ISLAM. Islam dah jadi tercemar kerana puak Melayu Kita ni. Syirik, Munafik, Khianat, ... semuanya sudah dijelas dan diterjemahkan oleh Allah swt dari perlakuan dan pertuturan mereka setiap hari.
Insaflah bangsaku. Kalau tidak, .... WUJUDKAN TANAH PERKUBURAN MELAYU SEKARANG JUGA. PI HABAQ KAT NAJIB AND THE GENG.

Unknown berkata...

Waduh...tak sedar ke yg syarikat akhbar tempat ko keja tu penipu? Ni la jd bila bertuhankan wang ringgit. Sanggup buat pa ja. Ish..ish...ish

Awanama berkata...

TAK PROFESIONAL LANGSUNG,MACAM STANDARD SRP AJA..BUAT MALU MELAYU AJA. TAK LAYAK JD PENGERUSI!!! !

Awanama berkata...

kalau dah bodoh bertingkat, ada hati nak jadi pengerusi wartawan..

Awanama berkata...

Bodoh2 lembu bodoh lagi en yazid..puiii.

Awanama berkata...

Cara dato yazid tu macam org tak sekolah. Intelligent nya amat rendah sekali, kalu pun ada intelligent....malu malu malu

Awanama berkata...

Bercakap tentang kebebasan media konon! Media kerajaan lagi tak bebas! Dahlah duit kerajaan tu duit rakyat! UM kan bawah pengajian tinggi...Pengajian tinggi kan bawah kerajaan Malaysia...kerajaan malaysia dari dulu hingga kini kan BN...siapa yang salah?

Unknown berkata...

Kalau dah amno tu.....

Unknown berkata...

Kalau dah otak umno tu bila brcakap macam pemimpin2 umno gak....mana reti fakta2 depa ada auta2 jer....bongok punya umnoooo