16 Mei 2013

PASCA PRU13: Berkuburnya Slogan 1Malaysia, Najib Sudah Tukarnya Kepada "Tsunami Cina"!


1Malaysia Dalam Kenangan

Telah sepuluh hari UMNO/BN kembali memerintah. Dalam erti kata lain Pakatan Rakyat (PR) tidak dapat meneruskan usaha murninya untuk memansuhkan tol dan PTPTN kerana belum berjaya membentuk kerajaan Persekutuan. Akan tetapi sekiranya dibelek-belek media perdana. Kelihatan seperti Barisan Nasional (BN) sudah pun memulakan langkah pemansuhan.

Tidak, jangan silap. Usaha pemansuhan UMNO/BN yang dimaksudkan bukan terhadap tol atau PTPTN. Itu bukanlah minat mereka. Tetapi apa yang dilihat sedang cuba dimansuhkan adalah falsafah 1Malaysia yang dijulang Najib Razak sebelum ini.

Lihat saja sejurus selepas UMNO/BN memenangi PRU-13, isu yang meletus ialah kononnya prestasi buruk UMNO/BN berpunca daripada “tsunami Cina”. Tanpa membuang masa pertuduhan itu disambut oleh lidah UMNO dengan terpampang sebesar-besar tajuk “Apa Lagi Cina Mahu?”

Bermulalah rentetan serangan demi serangan berbau perkauman seolah-olah keputusan PRU13 simbol kepada Cina lawan Melayu. Sehinggalah membawa kepada seruan paling bengap semalam agar diboikot perniagaan kaum Cina yang menyokong PR. Oh ya, bagaimana mahu tahu yang mana menyokong yang mana tidak? Katakan sajalah mahu boikot perniagaan semua orang Cina.

Najib Razak sendiri kelihatan sudah kurang bicara mengenai 1Malaysia sejak kemenangannya. Seperti yang kita tahu, 1Malaysia yang mahukan rakyat melihat diri mereka sebagai rakyat Malaysia dahulu kemudian barulah kaum, tidak mendapat sambutan di kalangan ahli dan pemimpin UMNO. Akibatnya bola tanggung “tsunami Cina” yang Najib lontarkan tentu akan memakan diri, apabila orang UMNO akan melihat 1Malaysia sebagai slogan gagal dan syok sendiri.

PR mungkin belum berjaya membentuk kerajaan Persekutuan. Tetapi selepas PRU13, semakin menjadi-jadi perpaduan rentas kaum para penyokongnya. Semakin berusaha penyokong PR untuk memperkuatkan perpaduan rentas kaum di kalangan mereka.

Jika sebelum PRU-13 UMNO/BN galak memainkan propaganda kononnya memilih mereka sama dengan memilih Malaysia. Pasca-PRU13 membuktikan pihak mana yang sebenar-benarnya mempunyai semangat Malaysia! -roketkini

Ulasan GB

Apabila Najib dan UMNO menyalahkan "Tsunami Cina" akibat prestasi buruk BN di dalam PRU13 yang lalu, Najib seperti mengakui bahawa projek 1Malaysia dan sekalia program di bawah slogan itu telah GAGAL.

Dan kita melihat dengan jelas, pekung mereka terdedah dan masyarakat Cina membuka mata bahawa UMNO semakin rasis, menghampiri rasisma yang ditaja PERKASA.

Pencacai-pencacai UMNO kian membuak-buak menanamkan sifat bencikan kaum Cina dan DAP yang membawa erti UMNO kini, seperti yang GB ungkapkan sebelum ini, UMNO sudah menjadi kera sumbang di dalam BN.

Wahai Najib, wahai pewncacai, wahai UMNO, terus semarakkan isu tsunami Cina, maka semakin ramai kaum Cina akan menolak mereka sehingga di satu hari nanti, BN akan terus musnah kerana sudah tidak berupaya untuk mendapatkan sokongan kaum Cina yang telah dicaci maki begitu hebat sekarang ini.

7 ulasan:

Awanama berkata...

Setlh lengkap roadtour black 505....apa pula prncngan PR. slps ini ? Dan selepas lengkap petisyen.....maka dlm tempuh maksima selama 6 bln berikutnya keputusannya TETAP BN AKN MNG....sbb segalanya maka pegang.....then wats next????......PR kena plan strategi pm sehingga najib letak. jwtn.....pressure terus pressure

orangpencen berkata...

nah! kita lihat sekarang. siapa yg mulakan permusuhan kaum. dulu tuduh jika pr kalah akan berlaku rusuhan, negara huru hara dan mcm mcm lagi fitnah pada pr. kini dia yg menang dia pula yang memulakan api perkaumandgn kats kata "apa lagi cina mahu?" kami rakyat malaysia mahu hidup dgn aman damai serta harmoni antara kaum. kamu nak bertekak dgn mca ke dgn gerakan ke itu kamu punya pasal wahai umno, jangan libatkan rakyat lain yg cintakan keamanan. Itulah padannya bila menang dgn cara menipu, takut pada bayang bayang sendiri walaupun sebenarnya patut takut pd Allah dan dosa yg dilakukan.

BaDiN berkata...

1 Malaysia akan lenyap sebagaimana lenyapnya BN dibumi P.Pinang,Selangor & Kelantan dan sesetengah negeri yg hanya tinggal nyawa nyawa ikan shj.
Mana pergi slogan Islam Hadhari sehinggakan pada waktu itu puak haram jadah pernah berkata Murtad Jika Tolak slogan tersebut.Tidak mustahil slogan lain pula akan jadi pujaan mereka untuk diketengahkan.
Yg nampak kejayaan adalah PR yg telah berjaya menyatukan pelbagai bangsa,parti dan agama yg pada satu ketika dulu amat disenangi oleh Bn untuk menang PRU/PRK setelah komponen dlm PR membawa haluan masing masing.Idola yang amat digeruni BN adalah Mantan MB Kelantan dlm gerak kerjanya melenyapkan keegoan bangsa juga Pengerusi PR yang telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia dlm semangat 1 Malaysia acuan Pakatan Rakyat.

air gunung berkata...

Not jibby only.bee end must be end,forever.

Awanama berkata...

mana hilangnya slogan 'sayangi selangor' ?? kalau sblm ni bukan main byk dimainkan dlm tv. dlm cabinet pun xda org selangor. Noh Omar apa tungu lg? cabutlah..

Awanama berkata...

dah x sayang dah... skrg tengah benci meluap-luap. tgu 5 tahun lg baru sayang balik.... :)

kg senduk bg berkata...

aku org islam akan angkat org2 cina PR yg rebah..di buli oleh sesiapa..... org cina juga makhluk allah..... mereka manusia yg dahagakan keamanan seperti kami jugak... insyaallah