16 Mei 2013

Nurul Izzah: Rakyat Tak Akan ‘Berdamai’ Dengan Penyamun Demokrasi


Datuk Seri Najib Razak tidak layak melaungkan konsep ‘perdamaian’ selagi Umno Barisan Nasional (BN) terus memainkan isu politik perkauman, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Dalam kenyataan hari ini, Izzah menempelak Perdana Menteri kerana mewujudkan sentimen perkauman bagi menutup prestasi buruk Umno BN dalam pilihan raya lalu.

Njaib“Beliau menyuarakan untuk berdamai, sedangkan dalam masa sama, beliau cuba menutup hakikat bahawa undi rakyat semakin banyak menolak BN dengan meletakkan kesalahan kepada kaum Cina.

“Akhbar Umno, Utusan Malaysia juga mula melaga-lagakan Melayu dan Cina sama ada melalui tajuk utama mereka atau artikel dalam akhbar berkenaan.

“Hakikatnya, kerajaan BN harus jelas, rakyat tidak akan berdamai dengan penyamun yang mencuri hak demokrasi mereka,” katanya.

Najib 6 Mei lalu menyatakan, kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha untuk menyatukan rakyat, selepas kenyataan “Tsunami Cina” dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding PRU 2008.

Izzah berkata, kerajaan gagal mendapat kembali kepercayaan rakyat, dan atas sebab itu perdamaian yang dilaungkan kerajaan tidak mampu menutup jenayah korupsi dan rasis dalam kepimpinan mereka.

“Rakyat mahukan reformasi dan perubahan, laungan perdamaian yang direka bagi menarik simpati rakyat tidak lagi berkesan kerana rakyat mengundi untuk perubahan,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, beliau dan beberapa Ahli Parlimen Pakatan komited meneruskan agenda reformasi negara.

“Sesi Parlimen baru akan menyaksikan perjuangan kami menggerakkan reformasi parlimen, politik dan pilihan raya.

“Kita akan memastikan beberapa perkara penting seperti membebaskan institusi kehakiman dari kuasa Parlimen.

“Mempromosi kerajaan bersih dan baik, membebaskan media dari cengkaman penguasa, membebaskan mahasiswa dari akta yang menyekat, menghilangkan kuasa Perdana Menteri dalam Petronas dan diganti di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen.

“Menerusi reformasi pilihan raya, kita akan berjuang untuk mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyemak taraf warganegara yang mencurigakan setiap dua tahun, dan memastikan kredibiliti pengerusi dan organisasi SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya),” jelas Izzah.

Beliau turut menyenaraikan beberapa perincian yang akan diperjuang Ahli Parlimen Pakatan berdasarkan tuntutan rakyat.

“Rakyat mahukan rombakan SPR, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) selain menjadikan PDRM (Polis Diraja Malaysia) sebuah suruhanjaya bebas tanpa pengaruh politik.

“Kita akan bincangkan secara serius terutama dengan parti-parti politik dan berharap kerajaan akan menyokong agenda baru itu.

“Selepas segala reformasi ini dijalankan, saya yakin rakyat berbilang kaum akan berdamai dengan sendiri,” kata Izzah.

2 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Nurul Izzah.,hentikan berkokok tanpa perancagan....

Kemenagan di Bangsar bukan mudah ia ada lah pengorbanan semua peringkat rakyat yang mahukan pembaharuan dari AP yg di pertahankan.

Datang lah ke Parlimen mengikut jadual yg di tetapkan,bawa lah isu isu rakyat keseluruhan dengan kajian penelitian serta tindakan susulan....yg.berkesan.

Jadikan kesilapan yg lalu(Kes Akta kg.Baru-di lulus tanpa kehadiran Puan)sebagai pengajaran.,

INGAT...sebagai AP bukan sekadar warisan keturunan tapi tanggung jawab besar meneggakan Agama Bangsa dan Negara ,AMANAH TUHAN.

Ikhlas

Jgn Maree ek!

Tanpa Nama berkata...

Kita bukan mcm macai BN, kalau pemimpin depa buat silap still yes man.. Kita nakkan MP PR yg berkualiti bawa suara rakyat. Kalau salah kita akan cakap salah walaupun pahit.Cuma aku nampak dlm satu blog dah ADA s/u yg start nak promote Admin Dan suruh Wan Azizah berundur... jenis gunting dlm lipatan ni yg merbahaya.