25 Apr 2013

[VIDEO] Bekas Naib Cancelor UPNM: "Kenapa Aku Sertai PAS"


Bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Samion memilih PAS kerana tertarik dengan ideologi parti itu yang memperjuangkan Islam.

Beliau yang menyerahkan borang keahliannya kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, pagi tadi, berkata tiada apa yang boleh ditinggalkan kepada anak-anak dan keluarganya melainkan Islam.

"Saya pun sudah berumur, mungkin akan pergi esok lusa. Apa yang kita mahu tinggalkan untuk anak-anak dan isteri, kalau bukan Islam?" soal beliau kepada wartawan.

Beliau turut menambah, suasana politik hari ini juga menunjukkan perlu berlakunya satu perubahan menyeluruh demi memastikan masa depan yang lebih telus dan adil.

Katanya, perubahan itu perlu datang dari diri sendiri, ahli keluarga dan teman-teman bagi sama-sama menyemarakkan momentum ke arah perubahan.

Ini kerana, tegasnya perubahan menyeluruh ini tidak boleh dilakukan bersendirian, sebaliknya perlu dilakukan dalam kelompok yang besar.

Mengakui kelompok tentera tidak mempunyai kebebasan bersuara ketika dalam perkhidmatan, Ismail menegaskan kini beliau tampil berani untuk menentang segala kemungkaran supaya tidak berterusan.

"Dulu saya tidak aktif politik. Maklumlah, pegawai kerajaan kena patuh. Tidak boleh bercakap...tak dibenarkan cakap pun. Tapi selepas bersara ini, saya berasakan perlu bersama-sama membuat perubahan. Dan inilah peluang yang ada untuk melakukannya," tegas beliau lagi. yang cenderung dengan sistem dua parti.

Beliau berpandangan sistem dua parti membolehkan rakyat mempunyai pilihan yang luas untuk memilih, selain tidak menjadikan sesebuah parti monopoli itu sebagai sebuah parti yang tidak boleh ditegur.

"Kalau terus mengamalkan sistem monopoli secara berterusan, ia menjadikan sesebuah kerajaan itu tidak boleh ditegur dan boleh berbuat apa sahaja yang disukai mereka," kata beliau lagi.

Atas sebab itu, tambah Ismail perlu ada persaingan di antara dua parti bagi memastikan keselesaan rakyat dapat dipenuhi.

Perkara itu, kata Ismail boleh dilihat apabila BN memberi begitu banyak bantuan muktahir ini, bairpun boleh melakukannya sejak memerintah Malaysia 55 tahun lalu.

"Kenapa BN banyak beri bantuan? Kerana Pakatan Rakyat kuat menyebabkan mereka terpaksa memberi pelbagai bantuan. Sejak 55 tahun memerintah, tidak ada apapun (bantuan). Apabila ada persaingan hebat, rakyat mendapat faedahnya. Justeru, kita perlu meneruskan momentum itu," seru beliau.

Dilahirkan di Kuala Nerang, Kedah pada 23 Nov 1951, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Bin Samion (TUDM) merupakan lulusan dari Universiti Reading, UK dalam bidang kejuruteraan mekanikal pada tahun 1980.

Beliau telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 38 tahun sebagai seorang jurutera dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Komandan Akademi Tentera Malaysia (MAM) dan akhirnya sebagai Naib Canselor (VC) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Kerjayanya dalam TUDM bermula sebagai seorang jurutera junior di skuadron pengangkutan (helikopter) dan semakin memuncak apabila dilantik ke jawatan Penolong kepada Ketua Tentera Udara (Kejuruteraan).

Beliau dilantik sebagai ketua jurutera TUDM (1997 hingga 2000) sebelum dilantik sebagai komandan MAM pada tahun 2001.

Apabila Akademi dinaik taraf kepada Universiti Pertahanan, pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama. Beliau merupakan jurutera pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor sesebuah IPTA.

Selain daripada itu, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting lain di dalam berbagai sektor industri dan kejuruteraan Malaysia.

Beliau juga sangat aktif dalam menyokong aktiviti-aktiviti Industri Pembinaan dalam sebagai seorang penilai panel (2005 hingga 2010).

Beliau juga merupakan salah seorang daripada perintis bagi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam menilai dan mencadangkan penerima anugerah The CEO of the Year dan The Prominent Award.

Beliau pernah mewakili Institusi Jurutera (IEM) di dalam Lembaga Panel Tatatertib, Peguambela & Peguamcara (2010 hingga 2012) dan juga sebagai ahli PEMUDAH Selangor (2010 hingga 2012).

Mempunyai seorang isteri, Datin Khalijah Hashim dan dikurniakan 4 orang cahayamata. Ayah beliau, Samion bin Mohamad, adalah salah seorang bekas anggota tentera yang terkorban ketika Kedah diserang komunis pada tahun 1954. Ibu beliau bernama Aminah bt Ishak.

Penyertaannya ke dalam PAS hari ini melambangkan kesediaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir dengan dengan baik dan mendapat sokongan dari teknokrat negara.


18 ulasan:

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Sejak akhir -akhir ni Pakcu lihat dan baca ramai penjawat awam dan tentera libatkan diri dalam politik, baguslah tu..satu perkembangang baru,

Cuma yang tak bagusnya kawan ni dah pencen ..hilang aura baru nak hentam balik tokey sendiri nampak benar tak gentleman. Dulu puji tokey yang kasi gaji bila pencen caci tokey..boleh guna lagi ke ayam pencen ni buat berkokok ?
Jangan-jangan nak tambah pencen dengan gelaran YB pulak kalu terpilih....

Maaflah kalu tak kena ramal...dan tersinggung .Pakcu sedia terima pencerahan.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah !!!!!

Bekas bekas soljal patut bebas ber fikir support bekas jenderal dalam pskatan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Pak cu pula bila hah hijrah....kubur dah kata mari...takut tak sempat karang

Tanpa Nama berkata...

Pak cu pula bila hah hijrah....kubur dah kata mari...takut tak sempat karang

Tanpa Nama berkata...

pak cu kenapa bengap sangat...memang lsemasa bertugas kita tidak di benarkan melawan arus..kalau melawan kita kena berhenti kerja..carilah malan dulu seperti biasa,,tak salah tu ...dah pencen kita ubahlah apa yg selama hari ni duk bermain di dalam hati untk berubah dan mengikut apa yg kita rasa ni lah jalanya yang betul untuk masa depan..ucaptahniah kpd letgen(b) kerana memilih Pas sebagai wadah perjuangan.......

Tanpa Nama berkata...

sebelum nak komen yg lain ingin saya nak buat pencerahan tentang pok cu, yg banyak komen kebelakangan ini dgn sikap provokasi, cuma nak buat ingatan kpd pok cu yg UMNO/BN dah nak mampos dan akan berkubur tak lama lagi, cukup2 lah mengampu bodek UMNO. dan berbalik dgn org pencen yg sedar apa yg mereka sokong selama ini itu semua nya membawa malapetaka kpd keluarga dan hidayah Allah dah sampai maka perlu lah bersyukur, sebab kesedaran dtg sebelum jasad nak di kuburkan. patut beri semangat bukan menghina. steady pok cu, umno dah hampir sangat ke lubang kubor.

Tanpa Nama berkata...

Wahai Pakcu , di negara kita penjawat awam dari kalangan profesional tidak dibenarkan berpolitik, lebih2 lagi kalau menyokong pembangkang.Akan adalah anak2 syaitan yang dikenali melaporkan kepada bapak2 syaitan tentang penglibatan k/tangan awam tersebut. Oleh itu , penjawat2 awam ini terus bekerja dan menunggu pencen sahaja baru nak melahirkan prinsip mereka selama ini.

Tanpa Nama berkata...

Pak Cu,

Tak kan Pak Cu tak tahu,'kalu'masa kerja susah nanti - banyak risiko kena tukar, kena blacklist. Kecualilah Pak Cu kerja kumpul barang terbuang.

Bila duit BRIM dah habis nanti jangan pula Pak Cu marah kpd yang memberi. Jimat-jimatlah.

Tanpa Nama berkata...

Pakcu jangan buat malu penduduk Rantau Panjang. Semua penjawat awam sudah "diikat" dengan AKUJANJI dan sebahagiannya wajib bersumpah menyimpan rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi. Carilah sendiri apa itu akujanji. Jika langgar akujanji tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib. Maka jika masih berkhidmat kena duduk diam-diam, jangan cari penyakit. Apabila dah pencen penjawat awam tadi bebas untuk memilih dalam menentukan corak pemerintahan yang diingini.

Pencen adalah hak penjawat awam selepas bersara. Siapa yang layak dia wajib diberikan pencen hasil penat lelah berkhidmat dengan kerajaan. Segala yang baik dan tak baik sudah dirasai dalam perkhidmatan awam. Macam kita makan di pekan Rantau Panjang. Sudah tentu kita beritahu orang lain bahawa kedai makan si anu si anu sama ada sedap atau tidak. Begitulah juga dengan politik, yang baik semua orang suka dan yang tak baik sebaliknyalah. Maka yang tak baik perlu diperbetulkan atau diubah. Maka pemerintahan sekarang perlu diubah kerana semakin melampau rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Dan pencen untuk pesara adalah daripada wang rakyat bukan wang UMNO/BN. Yang layak akan dibayar pencen sebagaimana dalam perlembagaan Malaysia.

mohd shahran berkata...

Pakcu kena bagikan duit br1m tu kepada 12 bulan..lebih kurang 42 sebulan.. 42 tu cukup utk belanja sebulan keluarga pakcu..najib yg kata

Tanpa Nama berkata...

Pak cu..jom ubah selamatkan malaysia

Tanpa Nama berkata...

Betul ke pakcu nak bagi pencerahan. betul ke ni pakcu. pakcu... cuba pakcu fikir, syarikat petron bekalkan minyak pada MAS. Ngapa petronas tidak bekalkannya. Petronas syarikat nasional. Tapi Petron syarikat berdaftar di Filipina. Kalau pakcu seorang yang cerdik, pakcu dapat berfikir sebagai orang yang bijak serta membuat kesimpulan yang tepat.
Pakcu tahu ke apa yang berlaku kat atas sana. Banyak sangat perampok harta negara.
Pakcu pindahlah ke Kuala Lumpur jangan duk teperosok kat rantau panjang je... macam katak di bawah tempurung...pakcu ni kurang maklumat terkini. pakcu masih menggunakan maklumat tahun 60-an dan 70-an. Diharap pakcu akan mempunyai minda yang global sifatnya.
ok pakcu minda pakcu masih kelam ke dah cerah. Kalau boleh pakcu lompat keluar dari tempurung....sekarang juga!!!!!

Tanpa Nama berkata...

pakcu pakcu...apa salahnya nak berubah kearah yg lebih baik spt yg dia rasa. tak kira lah sebelum pencen atau selepas pencen...pilih lah masa yg tepat dan sesuai buat seseorng tu. pakcu bila lg?

Tanpa Nama berkata...

pak cu dah cuak slalu tgk tv1239...itulah minda bekudok masih pakai teknologi lama,salahkah kita ada pilihan memang otak beku tahap buluh,tak dapat den nak nolong apa kau rasa andai pimpinan tanpa pilihan,oren.Hanya Allah yg layak
mentadbir begitu kita mahluk harus
ada pilihan dlm perancangan pimpinan menuju siratal mustaqim

Tanpa Nama berkata...

Pak cu, dah bnyak nasihat utk pak cu, wlu kdng2 pedih, kan pak cu kan, kan, kan?
Kdng2 nasihat kena keras, kdng2 kena lembut, Nabi saw bersabda, berkata benar wlu pahit. Kalau pak cu rasa pahit, telanlah sbg ubat.

Baguslah org2 dah pencen dia sedar, lebih2 lagi kalu terus terang istihar masuk/sokong PAS/PR ke. Daripada dah pencen tapi masih lum sedor2.

Pak cu bila nak sedor. Gaji & pencen bkn UMNO bayor, begitu juga gaji PM & wakil rakyat. Depa demua jalankan amanah aje

kg senduk bg berkata...

Laaaaa pakcu tak sedaq lagi ka.... duit yg kerajaan BN guna tu duit rakyat..... awat lah bodoh pakcu neee..... dah lah guna duit yg diamanahkan oleh rakyaat..... guna kuasa utk kaut kalau boleh utk semua sekali..... bengong... pakcu sedar tak berapa byk ex pm najib berhutang nak bayar brim nak bayor duit felda... dan lain2 lagi unsur gula2... tu lah pakcu tak mau baca surat khabar harakah keadilan keee..... saya tak cakap surat kahbar pembangkang sbb sy dok di negeri Selangor.... kalau sapa beli berita harian di selangor..... sy cakap berita harian surat kahbar pembangkang...... pakcu ingat najib tak byk hutang keee..... belajarlah sama selidik2 akhbar harkah dan keadilan..... disitu pakcu akan tahu siapa yg cekap menguruskan kewangan malaysia..... pakcu nee rabun keee...... mlm jumaat kerabat nampak pulak lubang.....

Tanpa Nama berkata...

Pakcu kite ni tak nak husnul khatimah kot, kesian. kalau begitu janganlah perli orang lain yang mahu kepada kesudahan yang baik (husnul khatimah.

Tanpa Nama berkata...


Utk kebaikan..Anwar pn kena isi borang join PAS..x gitu?