25 Apr 2013

[BERGAMBAR] Rakyat Segamat Bersemangat Nak Kuburkan BN


Kedatangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Segamat untuk membantu kempen calon parti itu, Datuk Chua Jui Meng malam tadi telah menarik lebih 20,000 orang - perhimpunan politik terbesar pernah disaksikan di bandar itu sejak kebelakangan ini.

Anwar mengakui Chua telah bekerja keras di Gelang Patah selama bertahun-tahun atas arahan PKR tetapi telah diminta memberi laluan selepas pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berhajat untuk menerajui "serangan" di Pakatan di Johor.

Sambil memuji kepimpinan Chua yang bersedia mematuhi keputusan yang sukar itu dan bersetuju untuk bertanding di Segamat, Anwar menyeru penduduk di situ supaya menyokong bekas menteri berkenaan.

Segamat, katanya, telah menjadi sebuah kawasan pilihan raya yang sangat penting, selain daripada Gelang Patah.

"Kita mahu menang," tegas Anwar dalam ceramahnya di Kampung Abdullah di tengah-tengah bandar Segamat.

Orang ramai yang menyambut ketibaan Anwar seperti seorang bintang rock, teruja dengan jenaka dan kata-kata sindiran beliau terhadap kerajaan BN.

Sementara itu seorang penduduk, Sudirman Suramat, 64, berkata ia merupakan perhipunan terbesar pernah disaksikannya sejak lebih 60 tahun tinggal di Segamat.-mk






8 ulasan:

Zab berkata...

Tadi check laman SPR. Kat bawah tempat mengundi tu, ada nombor siri. Apa pulak ni?

Mintak admin check jugak.

Awanama berkata...

bom mletup.....mula tuduh pr yg buat.....ada logik ka.....sejak dulu siapa yg kaki provok....lps ni akn byk lg letupan tmpt ln......mrka yg rncng buat letupan d

Awanama berkata...

Tadi aku ada sembang dengan seorang perempuan, dia pekerja supplier kt kedai aku di Kota Samarahan, Sarawak...dia cakap esok dia akan mengundi buat kali kedua dalam tempoh seminggu...esok dia dtg kedai, aku nak try tnya lagi kat mana dan utk apa plak....

Awanama berkata...

NAJIB TERSENYUM BILA SEBUT PASAL BOM..NAMPAK SANGAT BN PUNYA KERJA DAN WAYANGNYA....

Awanama berkata...

Penipuan besar-besaran sedang berlaku sekarang...Pakatan Rakyat buat sesuatu...siasat...jangan leka

Awanama berkata...

Segamat sebenar nya sudah banjir dengan Pakatan Rakyat.....

Sapa pulak nak undi budak bahalol masuk parlimen...?

Zaman budsk sembsb lembab toye dan ngok jadi pemimpin kerajaan sudah lama hilang....

Tahniah Chua Jui Meng !!!

Awanama berkata...

D'Jango@TheRedBURET said :

MASAKKKKK BOHHHHHH....HAHAHAHA....NANGIS TEPI LONGKANG JAWABNYA GENG Be End UMNONOK TU BOHHHHHHH.....INI KALILAHHHHHHHH.....PR AKAN MENANG BERGAYA.....TAKBIRRRRRR

Awanama berkata...

saya anak SEGAMAT...tp dh merantau ke luar...adik beradik,mak ayah yg masih di sana mudah2an akan berubah satu hari kerana terlalu kuat BN nye..smpi ckp saya ni kacang lupakan kulit..kononnya kerana BN lah sy berjaya smpi ke menara gading..semoga SEGAMAT milik PAKATAN...aminnnnnnnnnnnnnn.....