2 Apr 2013

[VIDEO] 2 Tokoh, Bekas Duta & Pengarah KAGAT Sertai PAS


PAS mengumumkan penyertaan dua tokoh baru bagi menguatkan jentera parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad dan bekas Duta Besar Malaysia di Arab Saudi dan Iran, Datuk Adnan Othman menyertai PAS dan pengumuman dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Najmi merupakan adik kepada bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad turut diumumkan bertanding di Parlimen Baling.

Berkhidmat selama 28 tahun di dalam ATM dan kerajaan, Najmi merupakan lepasan Universiti Al Azhar dalam jurusan Syariah.

Beliau menyertai Bahagian Agama ATM pada tahun 1979 dan menjadi Pengarah Kor Agama ATM pada tahun 1986 sebelum bersara pada tahun 2006.

Datuk Adnan Othman berasal dari Marang, Terengganu merupakan lepasan University of Exeter, England dalam bidang Sains Politik pernah berkhidmat di China ketika Malaysia baru menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan China pada tahun 1974.

Selain itu, beliau pernah berkhidmat di Kanada dan Singapura serta berkhidmat secara kontrak sebagai Pesuruhjaya Tinggi Canberra Australia pada tahun 2001 sebelum bersara.

Sebelum itu, Abdul Hadi turut merasmikan Pusat Media PAS sempena PRU-13 di Pejabat Agung PAS.

Turut hadir sama, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Adik Nakhaie Ahmad calon PAS di Baling


Adik bekas naib presiden PAS Datuk Nakhaie Ahmad diumumkan menyertai PAS dan dinamakan sebagai calon PAS bertanding di parlimen Baling.

Brig-Jen (B) Datuk Najmi Ahmad menggantikan penyandang kerusi tersebut Datuk Taib Azamuddin Taib yang tidak dicalonkan semula ekoran masalah kesihatannya.

Perkara tersebut diumumkan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat media PAS di ibu pejabat parti itu pagi ini.

"Beliau merupakan tokoh Baling, anak Baling, Kedah. Dan kita pula baling beliau ke sana," katanya berseloroh, diiringi gelak ketawa hadirin.

Selain itu, Abdul Hadi turut mengumumkan dua lagi calon Pemuda PAS untuk bertanding kerusi parlimen.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan diumumkan bertanding di kerusi parlimen Temerloh manakala Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS (Juham) Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi bertanding kerusi parlimen Titiwangsa.

Penyandang kerusi parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada Julai 2011.
-mk

2 ulasan:

Awanama berkata...

Alhamdullillah !

Kenapa tunggu lama sangat nak berubah dan berdiri kerana benar ?

Masih was was akan kebesaran Allah SWT.....?

Apa pun , Tahniah.

Awanama berkata...

Tahniah Datuk Najmi...semasa perkhidmatan beliau dlm ATM..beliau lah yg mengubah tatacara pemakaian bagi pranita yg mana sebelum itu pranita memakai skirt diubah kepada pemakaian yg menutup aurat(berseluar dan bertudung hitam), beliau juga mengharamkan penggunaan arak di wisma wisma...mmg bnyk jasa beliau dlm atm..aku sokong penuh beliau sebagai calon....