14 Apr 2013

Nizar Berkata Benar: Sah Muhammad Taib Sertai PAS


Borang kemasukkan yang sudah diisi bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib kini berada ditangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, kata sumber yang juga pemimpin tertinggi veteran PAS hari ini.

Muhammad merupakan bekas pemimpin utama dalam Umno yang menyandang pelbagai jawatan utama dalam parti, disamping pernah menjadi MB Selangor dari tahun 1986 hingga 1997.

“Ya, Muhammad akan sertai kami,” kata pemimpin tertinggi veteran itu kepada The Malaysian Insider.

“Beliau sudah mendekati beberapa pemimpin utama ketika ini.

“Ini agak signifikan buat kami, ia satu kelebihan walaupun dosa lampau dan kesalahan yang dilakukannya dahulu.”

Sumber tersebut juga memberitahu pengumuman akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman yang dihubungi walau bagaimanapun pula berkata mungkin terdapat kebenaran berita tersebut, tetapi tidak dapat mengesahkannya memandangkan belum menerima borang daripada Muhammad lagi. -TMI


Salahuddin sahkan bekas menteri besar sertai PAS


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, bekas menteri besar itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut.

"Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS.

"Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Tambah Salahudin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.

"Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam PAS dalam masa terdekat ini," katanya.

Harakahdaily difahamkan, bekas MB berkenaan adalah dari negeri utara semenanjung.

Beliau berbuat demikian kerana kesal dengan perebutan, cantas mencantas dan perpecahan teruk yang sedang berlaku dalam Umno sekarang.

.
-HD


Ulasan GB

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pernah menyatakan, sekalipun masih bersifat desas-desus, bahawa bekas seorang Menteri Besar akan menyertai PAS.

Cuma DS Nizar tidak menyatakan dengan jelas siapa MB yang dimaksudkan dan ramailah yang membuat telahan dan terkaan yang kebanyakan menumpukan bekas MB-MB Perak.

Rupa-rupanya bekas MB yang dimaksudkan ialah Tan Sri Muhammad Taib, yang pernah menjadi MB Selangor dari tahun 1986 hingga 1997. Di dalam UMNO, jawatan tertinggi yang pernah disandangnya ialah naib presiden (2000-03) dan ketua penerangan (2008-09).

Apa-apa pun kita mengalu-alukan penyertaannya ke dalam PAS, dan kita tunggu acara rasmi dalamasa beberapa hari lagi.

14 ulasan:

Awanama berkata...

assalamualaikum wbt...admin, sekadar berkongsi pendapat dan pandangan yg tidak meluas kajiannya...pada saya, eloklah otai otai politik yg keluar dari parti lain masuk ke parti PR, kita terima sebagai ahli biasa dan berperanan sbg penasihat, tak perlu dijadikan calon, bulan prasangka buruk, tapi lebih baik beringat dan ambil iktibar...kalau veteran asal, lain kesetiaannya pada perjuangan asal...mudah2 an diberi petunjuk....

Awanama berkata...

from : D'Jango@TheRedBURET tm

PERTUNJUK BARU BAHAWA UMNONOK MENUJU KEHANCURAN...TUNGGU NAK MENYEMBAH KE BUMI AJE....

TAKBIRRR....

Ammy Hassan berkata...

Alhamdulillah, walaupun awal-awalnya banyak keluhan dan kegusaran terdengar di sana-sini serta pro dan kontranya tentang kemasukan Tan Sri ke dalam Pakatan khususnya PAS. Lebih-lebih lagi di saat2 yang amat genting sepert PRU 13 ini. Namun bagi yang berfikiran positif dan penuh tawakkal pada Allah swt kemasukan Tan Sri ada hikmahnya. Moga Tan Sri dapat menyumbang tenaga, lebih2 lagi wang ringgit (heh!) untuk perjuangan Rakyat sementelahan pula Pakatan adalah harapan Rakyat masakini. Istiqamahlah dan jangan mudah tersungkur di tengah jalan seperti Tunku Aziz yang tak sempat londeh seluar dah terberak...

Awanama berkata...

Alhamdullillah !!!!

Sorang sorang give up Menongkat Langit bila saja memikirkan "Kubur ku Memanggil"....

Moga moga jangan tamak haloba ingin jadi Calon PR kemundian lompat katak bagai Brahim@Katak.Com

kg senduk bg berkata...

sama2 lah kita bersyukur kepada allah..... kalau benar2 mereka menyertai kita..... berilah mereka peluang utk berbakti kepada jalan allah.... harap2 mereka sama2 sanggup bergolok bergadai utk kejalan allah....

Ridzuans berkata...

Baguslah kalo masuk dan pangkah PR...tp jgn dok bg jawatan apa lak ye...cukup sekadar ahli biasa...masanya dh berlalu...jgn kta dia ni ada byk pengalaman jd nk bg penasihat...dia prnh pecah amanah...elokla xyah dok bg jwtn apa...bkn buruk sangka tp beringat sblm terkena....

Awanama berkata...

Alhamdulillah, semua penyokong Pas semoga dapat menerima kemasukan Mat Taib ke dalam keluarga Pas. Sebagai seorang yang mempunyai ketokohan dan dikenali ramai walaupun ada dosanya semasa dalam UMNO namun beliau telah dihukum oleh partinya dengan melepaskan jawatan MB Selangor. Dalam pertarungan akan bertambah sengit kemasukan tokoh UMNO seperti Mat Taib akan memberi tamparan hebat kepada UMNO. Betul kata sesetengah beliau mempunyai sumber dari mungkin kewangan untuk menyumbang pada dana Pas bagi menghadapi pihak lawan. Namun satu perkara yang pada pendapat saya ialah beliau boleh dijadikan Giant Killer untuk dicalonkan pada kerusi Parlimen yang mana ketokohan pihak lawan amat sukar dimenangi seprti mana Husam Musa bertanding di Putrajaya. Jika kalah pun tidak membawa mudarat namun jika ianya boleh memberi kejayaan apa salahnya mencuba. Kita lihat kerusi parlimen Kepala Batas yang tidak akan lagi ditandingi oleh Tun Abdullah. Kemungkinan UMNO meletakkan calon baru yang kurang menyengat kerana kedua0dua mamak dikhabarkan pun tidak akan dicalonkan. Kerusi Parlimen Kepala Batas secara tradisinya memang ditandingi oleh Pas. Ataupun di kerusi Bagan Datoh yang disandang oleh Zahid Hamidi.

Awanama berkata...

Alhamdulillah semoga kembali kepangkal jalan

Awanama berkata...

Kebenara akhirnya terselah...hidup PAS TAK BIR

Awanama berkata...

tahniah... kalau benar baguslah. dan tidak hairan kerana saudaranya juga adalah org kuat PAS. Takbir

Awanama berkata...

Hatinya hanya Allah yg tau.

Zahirnya bole le nilai sikit2, sbb pemimpin2 UMNO & PAS nampak beza, cthnya isteri tutup aurat, adakah sering berjamaah, makan bersama x perlu protokol, kereta & rumah mewahnya adakah senang dikunjung & jadi majlis2 agama perbagai golongan bole masuk tak kira kaya miskin. Dll.

Kasi ceramah gil2 kat dia. Allahlah hakim kamu samada ikhlas atau tak. Bukan ape, sbb dia dia berpengaroh & org besar.

Awanama berkata...

Mujur PAS parti miskin jika tidak tentu puak nazak tu kata dia di beli
almaklumlah masuk PAS masa tengah2 hot ni

Apa2 pun waspadalah jangan pisang berbuah dua kali jangan jatuh dalam lubang yang sama 2X

Allah maha mengetahui..........ABU

Awanama berkata...

Muhammad Taib berubah angin setelah tidak disenaraikan sebagai calon Barisan Nasional. Pada pendapat saya PR sepatutnya menerima beliau sebagai ahli biasa sebelum terus diletakkan sebagai calon PR. biarkan dia bermula dari bawah sebelum terus mendapat tempat sebagai calon. Salam

Awanama berkata...

Bila PAS kata takbir, UMNO kata Take Beer, Allah tunjuk kepada UMNO, anak Mahathir beli kilang arak! JANGAN PERSENDAKAN AGAMA,NAUZUBILLAH