15 Apr 2013

Keadaan TG Nik Aziz Stabil, Bukan Islam Turut Doakan Kesejahteraan Beliau


Alhamdulilah Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilaporkan terjatuh dan mengalami kecederaan semasa berada di Batu Pahat tidak membimbangkan.

Banyak laporan liar kini disiarkan di blog dan media sosial pro kerajaan memberi gambaran keadaan MB Kelantan itu teruk.

Baru sekejap saya menghubungi dengan pengawal peribadi Tokguru, Wan Zulkefli dan beliau menjelaskan apa yang berlaku.

Tokguru hanya tergelecah semasa hendak naik kereta kerana kakinya kebas akibat lama berdiri, keadaan Tokguru tidak ada apa-apa, beliau sihat," jelas Wan zul.

Bagaimana pun kata Wan Zul majlis Tokguru di Segamat malam ini dibatalkan dan kini Tokguru dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. -fb Molela Syukri

gmbar Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
pengsan/kejang kaki
menarik baca komen2 dari yg non-muslim
semua hormat beliau
sedih dgn sesetengah muslim
duk hina perjuangan beliau
semoga Allah panjangkn umur
& berikan kesihatan yg baik kpd tok guru
-fb fan Ustaz Don


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, mujurlah Tok Guru tidak apa-apa. Semoga Allah panjangkan umur beliau & beri kekuatan untuk terus berjuang di jalan Allah.

Unknown berkata...

Macai umno kata "tak lama lagi dah" bila derang merujuk kepada tgna dan perjuangan beliau..ok saya pun nak kata TAK LAMA LAGI DAH BN DAN SEWAKTU DENGANNYA MAMPUS..INI KALI LAH

Tanpa Nama berkata...

Banyak berehat Datuk Nik Ajis.
Beri laluan kepada Muka-Muka baru menerajui Kelantan.

Tanpa Nama berkata...

Mudah-mudahan Sihat selalu

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !!!

Alhamdullillah !!!

Alhamdullillah !!!

Alhamdulillah, mujurlah Tok Guru tidak apa-apa. Semoga Allah panjangkan umur beliau & beri kekuatan untuk terus berjuang di jalan Allah.

Take care dan rehat Tok Guru Nik Aziz.

Tanpa Nama berkata...

perjuangan menegakan ugama Allah memang tiada titik penghabisan hinggalah Allah SWT menjumput kita kepada nya. begitu juga untuk menegakan kebenaran dan cegah kemungkiran.
Ya Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan pkd TGNA yg kami kasihi agar beliau boleh menyambung tugas nya dgn sempurna. Amin

Unknown berkata...

Moga Allah memberi kesihatan yg baik kpd tok guru. Tapi ambe risau jugak kesihatan tok guru sejak akhir2 ini, setelah 23 thn mentadbir kelate dgn baik menegakkan agama Allah. Namun 23 thn tu seakan sama tempoh pejuangan Rasulullah di madinah dan mekah. Moga Allah dpt meminjamkan kpd kami tok guru sehingga Islam betul2 mencapai kemenangan....

Tanpa Nama berkata...

Semoga allah memberikan kekuatan dan kesihatan kepada tok guru bagi menghadapi pru13...amin

Tanpa Nama berkata...

Aku sayang tgna.takbirr

Tanpa Nama berkata...

Semoga TGNA cepat sembuh

sb dehlawi berkata...

Ya Allah berilah kesihatan sempurna kepada Tok Guru Nik Aziz. Mudah-mudahan boleh terus jadi MB Kelantan lepas PRU-13

Tanpa Nama berkata...

sedih sgt tgk tok guru cam tuh

Tanpa Nama berkata...

Banyak laporan liar kini disiarkan di blog dan media sosial pro kerajaan memberi gambaran keadaan MB Kelantan itu teruk.

Tangan siapa yang gatal sangat taip cakap keadaan Tok Guru teruk??? Mahu rasakah penampar dari rakyat?