27 Mac 2013

SPR Benarkan Papagomo Mengundi 2 Tempat Timbulkan Persoalan

Keadilan mempersoal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana membenarkan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo (gambar) didaftar dalam senarai pemilih dengan tarikh lahir berbeza-beza sehingga menimbulkan kekeliruan rakyat.

“Ini menimbulkan tanda tanya yang amat serius apakah kesilapan nama dan tarikh lahir di bawah kad pengenalan polis yang sedikit berbeza disengajakan untuk menyukarkan ia dikesan?” kata Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli.

Rafizi sebelum itu melalui semakan dengan rekod sistem kawalan Imigresen mengesahkan tarikh lahir Wan Muhammad yang juga dikatakan sebagai blogger Papagomo di bawah kad pengenalan polis dan kad pengenalan awam adalah sama iaitu, 21 Januari 1983.

“KEADILAN berjaya mendapatkan paparan skrin rekod Imigresen Papagomo yang menggunakan pasport antarabangsa bernombor A20485305 dan menunjukkan kedua-dua kad pengenalan polis dan biasa (Wan Muhammad) adalah sama,” jelas Rafizi pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

KEADILAN pada 22 Mac lalu mendedahkan, Wan Muhammad mempunyai dua pendaftaran di dalam daftar mengundi, menggunakan kad pengenalan biasa dan polis.

Ini membolehkan Papagomo didaftar mengundi di dua tempat iaitu sebagai anggota polis dan sebagai orang awam.

Melalui skrin daftar pemilih tersebut, kad pengenalan polis Papagomo menunjukkan tarikh lahir 8 April 1983, manakala kad pengenalan biasa bertarikh 21 Januari tahun yang sama.

Bagaimanapun, pendaftaran mengikut kad pengenalan polis telah dipadam dari daftar pengundi serta merta.

Namun, tindakan pantas SPR itu tidak meredakan syak wasangka mengenai kepincangan daftar pengundi yang dikelolakan badan kerajaan itu.

“Penafian mudah Pengerusi SPR kini tidak boleh diterima bulat-bulat begitu saja. Beliau perlu menjelaskan apakah kegagalan menangani perkara yang mudah ini sebahagian dari perancangan terancang untuk mengelirukan rakyat dalam usaha untuk mengekalkan pengundi hantu?” tegas Rafizi.

“Sebuah badan seperti SPR tidak mempunyai alasan tidak dapat menangani maklumat ringkas seperti tarikh lahir, apabila jabatan kerajaan lain dengan mudah sahaja merekodkan tarikh lahir yang tepat,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Papagomo kini sedang menghadapi dua tindakan saman mahkamah dari Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berhubung artikel fitnah yang diterbitkan melalui blognya.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, bekas isteri Papagomo, yang dikenali sebagai Bellina akan turut memberi keterangan berhubung kes Husam yang sedang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.

“Saya ada bertemu Bellina semalam di Kota Bharu. Dia juga akan memberi keterangan tentang Papagomo,” kata Saifuddin pada sidang media sama.

– NS / KD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kebenaran tetap akan menghapuskan kebathilan..Bahaawa kita hidup bertuhan.. KIFARAT Allah tetap akan hadir ...betul apa yg GB sering sampaikan..

Tanpa Nama berkata...

pergg!! dah glemer cam artis wan azri ni. hasil perjuangan video lucah. x ramai blogger yg dpt coverage camni. bersyukur la gomo. hik hik..

Tanpa Nama berkata...

puak2 haramjadah dah lama buat keja tu...tapi pembangkang hanya baru dapat kesan...banyak lagi tipudaya yang depa buat dlm pilihanraya dgn bantuan pihak dalam,..yg heran puak agama masih ada yg sokong...pengerusi dan SU tu asyik berlakon...bila dituduh kata fitnah minta bukti...ni yg didedahkn bkn bukti kepala bapak hang...Lpas PRU 13 PR menang tangkap siasat klu trbukti salah hukum mereka2 ini...jgn ksasi belas kasihan puak perosak negara ini

Tanpa Nama berkata...

Setan spesis begini BERTUHAN DUIT...Katanya bukan soal duit dan orang tengah DSAI ada menawarkan berjuta-juta, kalau video lucah pandai pulak SETAN nie letakkan di blog..kenapa tak rakam perbualan atau video orang tengah DSAI yang tawarkan berjuta-juta tu dan muaturun ka BLOG SETAN nko tu..DASAR SETAN MEMBUAT FITNAH SESAMA MANUSIA...

Tokwan Pencen berkata...

Salam GB,
Tok cadangkan dlm masa terdekat niiii minta cucu Tok yang namanya Rafizi niii semak semua daftar pengundi blogger sebelah sana, tah tah semua "hidup dua alam" (blh mengundi 2 tempat).

Tanpa Nama berkata...

"Pengkhianat Negara" bukan sahaja layak diberi kepada Bekas Perdana Menteri(Mahathir Kutty) kerana menaburkan IC Biru diSabah tapi releven juga untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang memporak-perandakan sistem pilihanraya negara.Berselindung dibelakang Section 9A Akta Pilihanraya,menipu pengundi untuk memenangkan UMNO/BN adalah satu pengkhianatan.Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya kePutrajaya,manusia-manusia jenis ini pun wajar dihadapkan kemahkamah.

Tanpa Nama berkata...

INI BUKAN KES TERPENCIL, TAPI ANTARA KES TERBESAR YANG CUBA DITUTUP SPR

Tanpa Nama berkata...

Penipuan undi pos bukan papagomo saja, ada yang lain lagi.....

amboKB berkata...

Meme nie kes terpencil sajo tok say kecoh2 laa tapi nila diyo BESAAAAAAAAR blanar !

Tanpa Nama berkata...

Mungkin ini satu strategi UMNO untuk penyokongnya boleh undi kali setiap orang macam papagomo.

Mungkin banyak lagi polis dan askar pencen atau penjawat awam pencen atau penyokong UMNO/BN didaftar di dua tempat supaya dapat mengundi BN dalam PRU ke-13 nanti.

Memang sah SPR tidak boleh dipercayai.

Tanpa Nama berkata...

rakyat mesti periksa juga samada Lembu Lembu dalam kandang juga dapat pergi mengundi nanti...dah kalau Keldai dapat undi 2 kali, Lembu pun boleh mengundi ler.

Tanpa Nama berkata...

Tgk ic kod lahir nate nie kat klate...spesis lagu bo lah kelik klate buat nyemok...muka supo nyelok jail...puiiiii

Tanpa Nama berkata...

Sebab itulah SPR tak mahu guna cap jari, tak boleh tipu?