27 Mac 2013

TG Nik Aziz Pilih Untuk Beriktikaf Di Masjid, Tidak Berehat Di Hotel


Alkisah To Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dari Seorang Sahabat..

Dah lama teringin berjumpa depan mata dengan beliau. Selalu lihat di dalam media sahaja. Kini sesosok tubuhnya sedang baring di hadapanku, tempat ia menjadi imam di masjid berhampiran rumahnya. Mungkin ini masanya beliau berehat sebentar selesai urusannya di siang hari. Beliau iktikaf di sini.

Hajat di hati ingin bersalam dan berborak dengan beliau, namun lihat keletihan beliau, hati kata "tunggu hingga beliau bangun".

Saya, warga Kuala Lumpur, kagum pada beliau, Menteri Besar Kelantan, Dato' Seri Nik Aziz Nik Mat. Alhamdulillah, perjalanan dari KL tidak sia2 bertemu ulama'.

[Kredit to syahirul.com] p/s Ganjaran untuk orang beriktikaf adalah selama mana dia duduk dalam masjid akan mendapat rahmat Allah dan walaupun ia sengaja tidur (dengan niat beriktikaf) maka akan tetap mendapat pahala yang berterusan.

Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang bermaksud:-

Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu ia berkata, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, “Apabila sesorang itu sudah berwudhu dengan sempurna dan berjalan ke masjid dengan niat semata-mata hendak bersembahyang, maka setiap langkah yang dilaluinya itu akan mendapat pahala dan menghapuskan satu dosanya.

Kalau dia beriktikaf pula dalam masjid (dengan ada wudhu) selepas selesai sembahyang, para malaikat berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wataala memohon ampun untuknya. Dan selagi dia beriktikaf di dalam masjid menunggu untuk bersembahyang, dia akan terus menerus mendapat pahala seolah-olah dia itu sedang sibuk melakukan sembahyang”.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagitulah sifat2 kekasih Allah.

Tanpa Nama berkata...

zuhud nya seorang insan, ALLAHUAKBAR.

Tanpa Nama berkata...

plik aku, kenape orang selalu fitnah tuan guru.???tak rase brslh ke?

Hana berkata...

Sorrylah takbur sikit..sy bsyukur mdapat hidayah dari Allah swt dan ingin sy perkenalkan inilah org yg menjadi sala satu sebab sy mmeluk islam..sifat dan sikap beliau yg tidak racist dan menbenci agama lain, mmbuatkn hati ini ttarik mngenal islam..alhamdullilah

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !!!!

Sesungguhnya hidup mati kita hanya untuk Allah , bukannya Bentley , Tun , Istana dan Harta MahaFiraoun.

Tok Guru satu contoh baik mesti di tauladani.

Tanpa Nama berkata...

link it
http://tunhisyamuddin.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Sorrylah takbur sikit..sy bsyukur mdapat hidayah dari Allah swt dan ingin sy perkenalkan inilah org yg menjadi sala satu sebab sy mmeluk islam..sifat dan sikap beliau yg tidak racist dan menbenci agama lain, mmbuatkn hati ini ttarik mngenal islam..alhamdullilah

http://tunhisyamuddin.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Utk Hana,

Alhamdulillah anda nampak kelebihan tn guru nik aziz sbg idola anda memeluk ugama islam.... Tp kalau awak nampak najib.. Harus rosak. Apapun alhamdulillah dan tahniah.

Utk anon 1:44am,

Ehhh, anda agak silap. Bentley, Rolls, Benz, Beemer, Hummer, Porche dan segala mcm harta benda mewah itu amat penting bg pemimpin Umno.... Utk dibawa bekalan ke alam baqa nanti tu, nanti takkan nak naik lembj korban..lambat n x glamour la. Nak kena naik kereta mewah bila mati nanti, baru ada class....

Umno.... Rosakkan aqidah, minda dan jatidiri muslim.

Umno... Pengeluar dvd lucah

:)

Andre Irwan berkata...

Melayu macam mana lagi yang Melayu mahu? Tak kan kita nak biar Insan seperti TGNA berlalu pergi begitu saja. Insaflah Melayu sementara Allah swt masih memeberi kita kesempatan. Pertingkatkanlah martabat bangsa Melayu dengan memartabatkan Islam, agama kita, terlebih dahulu. Baiknya agama kita, maka baiklah bangsa kita. Hebatnya Melayu selama ini bukan kerana bangsanya tetapi kerana agama Islam yang dianuti depa.
Tanpa Islam, Melayu akan jadi paria sama seperti Mahdet and the gang.
Untuk makluman tuan, aku bukan Melayu tapi aku sayang akan Melayu sebab kerana Melayulah, aku mengenali Islam. Terima kasih kepada arwah ustaz sekolah saya, arwah ayah angkat saya, TG Hj Hadi, En. Ghani, .... Kerna kamu semualah, aku telah menerima hadiah yang tidak ternilai harganya di dunia. Doa aku agar mereka ni sentiasa dilindungi Allah swt dan dirahmati Allah swt.
Terima kasih semua.
Terima kasih semua.
Terima kasih semua.

fidel castro berkata...

ceramah TGNA yg ke dengari buat pertama kali dalam hidup ku merubah kehidupan ku..sayang ku pada TGNA tidak akan hilang hingga akhir hayat ku

Tanpa Nama berkata...

TGNA yang dikasihi selalu mengingatkan kita dunia jambatan ke akhirat, semoga Allah memberkati dan merahmati kepimpinan TGNA dunia akhirat..amiiin....

Tanpa Nama berkata...

TPM dalam majlis di TV Hijrah macam orang bodoh dan tension saja?

amboKB berkata...

Hok aloh, mano nok cari weh pemimpin lagu neh, tok bekiro eh eh. Sejuuuk mato ambo tengok oghe tuo nie eh eh. Mugo2 panje umo diyo de sihat selamonyo.....amin.

Ridzuans berkata...

Najib pilih beriktikaf di hotel 100ribu smlm tatkala rakyat byk lg merempat tepi jalan...

Tanpa Nama berkata...

Berehat sebentar, untuk perjalanan ke Putrajaya, Tahniah Hijau Ke Putrajaya makin nampak hasil,insyallah, allahuakbar

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin yang sukar dicari ganti. Kalau nak dibandingkan dengan pemimpin BN, mcm langit dengan bumi. Banyak lagi cerita2 beliau yg rakyat kagumi. Semoga jadi pedoman untuk anak2 muda. "SIAPALAH MELAYU TANPA ISLAM".