6 Jan 2013

Permohonan Papagomo Pinda Pembelaan Ditolak

Permohonan blogger mesra Umno, Wan Mohd Azri Wan Deris (Papagomo) mahu meminda pernyataan pembelaan kes saman Datuk Husam Musa ditolak Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Yazid Mustafa ketika menolak permohonan itu bersetuju dengan hujah peguam plaintif, Hisham Fauzi bahawa ianya dibuat terlalu lewat.

Katanya, mahkamah bersetuju hujahan peguam plaintif di mana semua kertas kausa sudah difailkan dan defendan juga telah melihat pernyataan saksi plaintif.

Hakim memberitahu sekiranya pindaan dibenarkan ia akan memprejudiskan plaintif.

“Kos untuk permohonan ini diarahkan menjadi kes dalam kes ini secara keseluruhan,” katanya. Bagaimanapun peguam defendan, Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur memberitahu kemungkinan memfailkan rayuan.

Sebelum itu hakim menerima permohonan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi untuk mengenepikan sepina ke atasnya dalam kes berkenaan.

Hakim memberitahu individu yang lebih sesuai untuk disepina bagi memberi keterangan dalam kes itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian atau panglima tentera laut.

Mahkamah kemudian mengarahkan plaintif membayar kos sebanyak RM2,000 kepada defendan terbabit. Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Mat Arshad mewakili Menteri Pertahanan.

Sebelum ini Husam memfailkan saman ke atas blogger Papagomo ekoran perbuatan fitnah yang disiarkan di ruangan blog defendan, http://www.papagomo.com.

Blogger terbabit pada 6 Disember 2011 menulis berita bertajuk “Gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China doll” yang disifatkan plaintif sebagai tidak benar dan tidak berasas.

Husam juga mengemukakan saman sama terhadap seorang lagi blogger, Mohamad Salim Iskandar yang lebih dikenali dengan blog http://www.parpukari.blogspot.com.

Blogger terbabit pada 19 Februari 2012 menerbit artikel bertajuk “Parpukari productions mempersembahkan kisah cinta terlarang 2 benua!” Dalam pernyataan tuntutan Husam berkata, artikel tersebut menggunakan gambar-gambar secara tidak tepat dan tidak benar yang dikaitkan dengannya.

Naib Presiden PAS itu menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta terhadap perbuatan fitnah yang disiarkan dalam ruangan blog defendan.

Defendan terbabit juga diwakili peguam Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur.

Bagaimanapun dalam satu lagi kes lain, Husam menarik balik kes saman terhadap Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang memandangkan saksi-saksi yang akan ditampilkan berada di luar negara.

Peguam Hisham berkata, ada saksi yang masih berada di luar negara menyebabkan kes tersebut tidak dapat dibicarakan dalam tempoh terdekat.

Namun katanya, plaintif bebas untuk memfailkan tindakan saman semula terhadap defendan.

Defendan diwakili peguam Nor Azli Ahamed. Mahkamah juga mengarahkan kos dibayar kepada defendan sebanyak RM2,000.

Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini, papagomo dan sekalian blogger pencacai pasti BINASA. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Allah tidak akan mengizinkan kebatilan mengatasi kebenaran.

6 ulasan:

Papagomol berkata...

Dah macam tempayan budu dah aku tengok muka mamat ni walaupun matanya dihitamkan.

Kah kah kah...

Awanama berkata...

Pasti manusia ini dihukum supaya dapat memberi pengajaran kepada orang lain betapa bahaya amalan menabur fitnah. Hukuman itu biar setimpal kalau tidak i nak komen hukuman tersebut.

Awanama berkata...

Rasakanlah akibatnya

papagomoi berkata...

Aku tambah... tempayan budu yang akan naik sawan ! ha ha ha

Awanama berkata...

Tun M:

Semua cerdik pandai/pro keluar umno,jadik semua yg tinggal skrg ni???

Awanama berkata...

Nape papagomol guna peguam kapir bukan melayu. Hari-hari melalak konon sebagai jaguh melayu. Rupanya tak yakin dengan peguam melayu.