6 Jan 2013

PR Hulur Bantuan Banjir Kepada Rakyat Pun UMNO Takut...


Foto ini ialah aksi seorang Ketua Kampung (Tok Empat UMNO) yang menghalau petugas Pakatan Rakyat yang hadir untuk memberikan bantua banjir kepada mangsa di Rancangan Rumah Murah (RRM) Semambu Kuantan baru-baru ini.

Tindakan beliau amatlah memalukan, kerana memberi bantuan banjir sebenarnya tidak terikat kepada mana-mana parti politik.

Malah, pemimpin UMNO BN yang turun padang meninjau mangsa banjir selama ini pun dilihat tidak membezakan fahaman politik kepartiaan.

Semua mangsa diberi bantuaan seadanya mengikut keperluan masing-masing.

Persoalannya, wajarkah ada pihak yang menghalau pihak lain memberikan bantuan hanya kerana berbeza fahaman politik?.

Bukankah bantuan itu bagi meringankan bebanan mangsa terbabit.

Makanya, kenapa terbawa-bawa politik ketika musibah melanda?

Apa yang berlaku ini jelas sekali memalukan dan tidak wajar.

Tambahan pula dikala kerajaan sendiri mengatakan semua rakyat akan didahulukan sekarang ini.

Menerima adalah hak kita, sama ada mahu menggunakan bantuan tersebut itu perkara lain.

Justeru semoga kejadian seperti ini tidak beraku lagi pada masa akan datang.

RRM Semambu terletak di DUN Semambu yang diwakili oleh MCA, manakala parlimennya pula ialah Indera Mahkota yang diwakili oleh PKR.

Tidak salah pembangkang hulur bantuan kerana Semambu berada di dalam parlimen mereka.

12 ulasan:

Awanama berkata...

Kesian tgk tok empat ni. Lagi kesian tgk dia kalau PR yg memerintah Malaysia. Mau dia lari dan tinggal dalam hutan sbb semua kebajikan akan disalur oleh PR. Hehehe

BaDiN berkata...

Inilah antara virus virus yg akan ganggu di peringkat Negeri dan juga Pusat jika Inya"allah PR bentuk Kerajaan nanti.
Kena scan awal awal supaya tidak membarah lebih teruk lagi.
Org tua sedar diri ,dia ingat apa yg diberikan itu ini hak mak bapak dia punya. Tangkap dan potong telinganya macam MB Nan cakap.

Awanama berkata...

Sedih!

Terlalu lama hidup makan di suap hinggakan terlupa mengunakan akal untuk menghadapi kehidupan seharian.

Ini kes lebih teruk dari Lembu ataupun Kambing.

Tok Empat wajar di anugerahkan Datuk Seri jika begini kelakuannya yang rata rata membebankan rakyat sekelilingnya. Dengan Datuk Seri, Tok Empat terpaksa pindah ke bukit bukau duduk menyendiri seperti mereka mereka di Setiawangsa nun.

Sedih benar... biasanya orang tak masuk masbuk perangai sebegini.

Awanama berkata...

Sekeping gambar boleh membawa seribu cerita...

Awanama berkata...

Bisa la umnooooo dia aja yg betul.

muzium padi gunung kheyang berkata...

akai dok di kepala lutut!

Awanama berkata...

Dah orang nak bagi bantuan tu di ambil je la.. Time mengundi nanti kau nak pangkah apa pun itu hak kau la.. Ishh.. Apasal la bengap sangat..

Awanama berkata...

Apa salahnya sama-sama memberi bantuan kepada mangsa banjir. Orang lain nak buat pahala juga.

Awanama berkata...

tuduhan pada PR yg kononnye memecahbelahkan masyarakat. Hakikatnya umno la pelaku yg sebenarnya.

wan Jitra berkata...

Eh eh eh benak sungguh la tok ketua nie. Ini la jadinya kalau dah hati tu jadi hitam ! Tak boleh rasional dah, kesian kepada para penduduk.
Teringat aku masa banjir kat Jitra dulu; kumpulan persatuan Buddha yang rerawal sampai dengan bantuan mineral, ubat gigi, berus gigi, tuala.....kalau orang tua ni jadi ketua, mampuih kami !

Awanama berkata...

Patutnya mangsa mangsa banjir ni benamkan Ketua Kampong ni dalam banjir. Orang bagi bantuan, terima saja ler! UMNO totok ni!

Awanama berkata...

Patutnya mangsa mangsa banjir benam Ketua Kampong ni dalam banjir. Orang hulurkan bantuan, terima saja ler! Ikhlas tak ikhlas, itu antara dia dan tuhan. UMNO totok! Tak de akal.