23 Jan 2013

[KAJIAN UMCEDEL] Sokongan PR Meningkat, BN Turun, Populariti Anwar Hampiri Najib


UMCEDEL: Sokongan Pakatan meningkat, BN turun

KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan kepada Pakatan terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional.

Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara.

Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.

Dalam hasil kajian yang didedahkan hari ini, daripada 1409 responden, 42 peratus menjangkakan BN akan menang, 37 peratus pula yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala 21 peratus tidak pasti.

Dalam kajian sebelum ini, sokongan untuk Pakatan hanya bermula dengan Pakatan 18%, BN 43% (Disember 2011), Pakatan 21%, BN 49% (April 2012) dan Pakatan 30%, BN 44% (September 2012)

Yang terbaru, sokongan kepada Pakatan sudah 37% dan BN turun kepada 42% manakala 21% lagi masih atas pagar.

Pengarah UMCEDEL, Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, hasil itu menunjukkan pertarungan antara kedua-dua kelompok parti bertanding pada waktu ini adalah bersifat terbuka.

"Kita boleh kata penentu kemenangan bagi kedua-dua parti yang bertanding adalah golongan 21% ini," katanya ketika membentangkan hasil kajian itu di Pejabat UMCEDEL, di UM hari ini.

Memperincikan golongan 21 peratus ini beliau berkata, jika mengikut pecahan bangsa, paling tinggi adalah golongan Tionghua iaitu 53 peratus.

Dari segi pendidikan pula, paling tinggi adalah gologan lepasan ijazah iaitu 49 peratus.

Peringkat umur pula, peratusan paling tinggi adalah yang berumur antara 21 hingga 30 tahun.

"Jika dalam kategori status mengundi, peratusan paling tinggi adalah golongan yang kali pertama mengundi iaitu sebanyak 48%," katanya.

Menurut beliau lagi, parti yang mampu menguasai golongan 21 peratus ini mempunyai peluang untuk menang pada pilihan raya umum nanti.

Hasil kajian ini dibuat UMCEDEL bermula 26 Disember lalu hingga 11 Januari tahun ini. -HD


Calon PM: Najib dan Anwar jadi pilihan


Penemuan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mendapati Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan untuk menyandang jawatan perdana menteri jika perikatan masing-masing, Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) menang Pilihan Raya Umum ke-13.

Najib selaku perdana menteri akan mengetuai BN pada PRU13 manakala Anwar mengepalai PR selaku Ketua Umumnya.

Pengarah Umcedel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, hasil kajian mendapati pilihan pengundi lebih cenderung memilih salah seorang daripada dua pemimpin itu.

"Najib mendapat 43 peratus manakala Anwar mendapat 42 peratus (sokongan responden).

"Manakala (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mendapat 22 peratus dan (Presiden Pas) Datuk Seri Abdul Hadi Awang 26 peratus," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Kajian ini membabitkan 1,049 responden di Semenanjung Malaysia dan, dijalankan bermula 26 Disember 2012 hingga 11 Januari lalu.

Sementara itu, daripada kajian yang dibuat ke atas pengundi yang kali pertama mengundi, mereka lebih cenderung memilih Anwar (52 peratus) sebagai perdana menteri berbanding Najib (30 peratus).

Manakala bagi pengundi Melayu, pilihan utama lebih menumpukan Najib (46 peratus) manakala Anwar (34 peratus).

Perbezaan sokongan terhadap pemilihan orang No.1 negara itu turut dapat menyaksikan sokongan pengundi Cina memilih Anwar (61 peratus) dan Najib (35 peratus). Pengundi Cina juga tidak menunjukkan sokongan terhadap Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri apabila beliau hanya mendapat dua peratus undi.

Najib juga dijangka terpaksa berhadapan dengan cabaran getir dalam mempertahankan kedudukannya dalam PRU13.

Kajian itu mendapati populariti Najib turut mengalami penurunan 61 peratus (31 Mac - 15 April 2012), 58 peratus (1 September - 16 September 2012) dan 51 peratus (26 Disember - 11 Januari 2013).

Berhubung soalan sama ada Najib seorang pemimpin yang rapat dan mesra rakyat, beliau mendapat 61 peratus sokongan.

Najib mendapat 50 peratus undi apabila ditanya sama ada beliau seorang pemimpin yang berwibawa dalam pentadbiran.

Sementara itu, Mohammad Redzuan berkata, keyakinan pengundi terhadap kepimpinan Anwar menunjukkan peningkatan sebanyak 44 peratus berbanding tahun lalu.

Namun, katanya, sokongan pengundi wanita terhadap Anwar adalah sebaliknya.

"Hasil kajian mendapati pengundi wanita yang tidak menyokong kepimpinan Anwar adalah sebanyak 41 peratus.

"Trend mendapati pengundi wanita ini lebih cenderung mengikuti perkembangan politik semasa melalui media arus perdana berbanding media baru," jelas beliau lagi.

Sementara itu, hasil kajian ini turut mendapati laporan media mengenai percanggahan pendapat dalam Pakatan Rakyat (PR) turut boleh menjejas sokongan pengundi terhadap parti itu.

Sebanyak 59 peratus pengundi bersetuju dan hanya 10 peratus tidak setuju, manakala 11 peratus lagi tidak pasti jika percanggahan pendapat dalam PR boleh kurangkan sokongan.

Kajian pertama dibuat pada 2010 manakala kedua dan ketiga pada 2012
-SH



Populariti: Anwar makin hampiri Najib


Hanya satu peratus sahaja yang memisahkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kajiselidik menjelang pilihan raya umum dijangka diadakan beberapa minggu lagi.

Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Najib memperolehi 43 peratus berbanding 42 peratus untuk Anwar sebagai calon pilihan utama bagi jawatan perdana menteri.

Ketua Kajiselidik Umcedel itu, Prof Mohd Redzuan Othman berkata rating penerimaan terhadap Najib merosot kepada 54 peratus daripada 61 peratus pada kajiselidik Mac-April 2012 dan 58 peratus pada September tahun lepas.

Kajiselidik terbaru ini dijalankan antara 26 Disember dan 11 Januari, dengan 1,409 responden di semenanjung yang ditemuramah secara bersemuka
-mk

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perlu diingatkan populariti Pak Lah lebih 70% hilangnya majoriti 2/3 parlimen. Kini Najib akan mencipta satu lagi sejarah untuk UMNO sebagai pembangkang di Parlimen.

Tanpa Nama berkata...

insyaallah....pihak yg jujur berjuang akan menang...ALLAH bersama pejuang2 islam demi keadilan untuk semua rakyat

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Satu ramalan ahli Nujum.....

Tanpa Nama berkata...

Dalam kita sibuk buat analisis dan soalselidik, perlu diingat jika PRU akan datang penuh dengan penipuan, maka analisis atau soalselidik ini tidak akan memberikan sebarang makna kerana sudah pasti ia tidak akan menggambarkan situasi yg sebenarnya...

Osama berkata...

Aku setuju dgn anon 12:33.
penipuan adlh resipi yg akn diguna pakai oleh SPR utk memenangkan umno be end! Dlm pada kita meyakini doa2 rakyat yg selama ni dizalimi umno be end agar umno be end ko, kita tidak boleh hanya bertawakal serta berpeluk tubuh membiarkan perbuatan menipu seakan2 perlakuan ith halal walhal ianya di haramkan oleh islam.
Dlm menuntut pilihanraya bersih, telus & adil berdemo BERSIH 1,2 & 3.0 telah dibuat, lapuran polis & sprm telah dilakukan, perbincangan sudah dilaksanakan malah peringkat parlimen sudah didebatkan! bukti demi bukti telah dikemukakan juga Dr Mahdey sendiri mengakui melakukan penipuan dgn pemberian kad pengenalan kpd warga asing utk memenangkan umno be end!, wajarkah kita merestui penipuan itu sedangkan anak bangsa warganegara kelak juga akn mewarisi kebejatan & kesongsangan perlakuan itu???
Masanya kininutk bertindak!
selain terus mentarbiyah rakyat Malaysia yg tingal di ceruk rantau yg ketandusan berita2 terkini dri media2 alternatif, apa kata kita hasut & terus menghasut dgn fakta, kita wajib BANGKIT sekali lagi seumpama # KL 112 utk berhimpun di pejabat SPR bgi mendesak agar pengerusi SPR mengambil tindakan drastik membersihkan senarai pengundi2 atau mengasak agar penverusi SPR meletakan jawatan serta merta!!
Tiada berlengah & no excuses demi rakyat utk negara kpd rakyat keadilan ditegakkan!! Jom pakat2 kita berhimpun secara aman utk keharmonian, kedamaian warga negara & tanah air serta islam tercinta.

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha lawak universiti...

tinggalkan selori monyet depan sesapa BN, mesti banyak melekat dengan BN.

tetapi tiada monyet pun depan pemimpin pakatan rakyat.

kerana pakatan rakyat tiada guna polisi beri pisang pada monyet, macam "wa tolong u, u tolong wa".

pemimpin pakatan rakyat sedar monyet tak paham bahasa manusia...