23 Jan 2013

Rakyat Selangor Diseru Hadir Himpunan Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Selangor hari ini menggesa seluruh rakyat Selangor hadir ke perhimpunan menolak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebagai syarikat mengurus air di negeri ini.

Perhimpunan yang diadakan di perkarangan Masjid Sultan Sulaiman, Klang itu akan diadakan selepas solat Jumaat pada 25 Januari ini.

Menurut satu kenyataan Penyelaras SAMM Selangor Azhar Achil, perhimpunan yang dianjurkan bersama dengan AMK Selangor itu turut mendapat kerjasama dari Pakatan Rakyat Selangor.

“Rakyat Selangor terpaksa melanggan perkhidmatan Syabas yang tidak mempunyai kepakaran dalam pengurusan bekalan air hingga menyebabkan rakyat mendapat perkhidmatan yang tidak memuaskan.

“(Dan) kini mengalami gangguan bekalan air ditambah dengan kadar tarif yang tidak munasabah dan amat membebankan,” menurut Azhar dalam satu kenyataan.

Sebelum ini Kerajaan Negeri menjalankan usaha untuk mengambilalih Syabas apabila syarikat konsesi itu gagal memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pengguna di Selangor.

Bagaimanapun usaha itu menemui jalan buntu apabila Kerajaan Persekutuan enggan memberi kerjasama kepada usaha Kerajaan Negeri.

4 ulasan:

Awanama berkata...

TAHNIAH!! PENGANJUR PROGRAM YANG MEMBELA RAKYAT, BUKAN MACAM UMNO MENINDAS RAKYAT

Kassim Patalon 25% berkata...

Apa kata buat di kawasan letak kereta stadium shah alam yang berdekatan dengan wisma rozali. Baru org tua dahi sampai ubun-ubun bukak mata bahawa rakyat selangor menolak syabas.

Awanama berkata...

oops?bukan ke SYABAS tu membawa makna
dulu kini selamanya SYARIKAT YG TERUS
BINASAKAN AIR SELANGOR

Awanama berkata...

SAMMN diharap lepas 25/01/13 ni buat pulak diKlub Sultan Sulaiman,membantah cukong-cukong yang dikepalai oleh Menteri WP - nak rembat tanah Melayu Kampong Baharu.