23 Jan 2013

[VIDEO] Rakaman Samseng UMNO BN Halang Ceramah PKR


Sebagaimana ramai maklum, pada 15 Januari yang lalu, saya bersama Tan Poh Lai, Ketua Cabang KEADILAN Johor Bahru dan rombongan yang lain telah berhadapan keganasan UMNO ketika cuba mengadakan ceramah di Flat Sri Stulang, Johor Bahru.

Hari ini kami tampil dengan tiga rakaman video insiden tersebut.

Kami pada mulanya tiba sekitar jam 8.30 malam dan berjalan ke flat apabila dihalang kumpulan berpakaian baju Umno BN. Mereka enggan membenarkan kami masuk ke dalam sekalipun kami sudah bersiap-siap untuk program kami terlebih dahulu.

Mereka turut mengeluarkan makian dan kata-kata kesat terhadap kami.

Selepas berbincang dengan pihak polis, maka kami berundur sementara untuk menyejukkan keadaan. Kemudian kami cuba masuk dengan kenderaan kami ke perkarangan flat menerusi pintu satu lagi. Kini kami dihalang anak-anak muda berbaju Umno yang kemudian memanggil kumpulan pertama. Kami cuba masuk dengan berjalan kaki tetapi terus dihalang dan saya turut ditendang (rujuk video a).

Kami kemudian keluar daripada tempat kejadian, sekalipun cuba dihalang beberapa orang Umno-BN (rujuk video b) dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Majidee Johor Bahru.

Kemudian dengan ditemani teman-teman daripada KEADILAN Pasir Gudang dan Gelang Patah serta PAS bersama-sama pihak polis masuk semula ke tapak ceramah untuk mengambil peralatan ceramah.

Saya telahpun dihubungi pegawai penyiasat kes ini. Saya berharap pimpinan tertinggi Umno, Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak , Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad dapat menyatakan dengan jelas pendirian mereka menolak keganasan politik.

Rakaman video

Video a


(Di pintu masuk kedua Flat Sri Stulang di mana kenderaan kami dihalang dan ditendang, dan kemudian rombongan kami dihalang dan saya ditendang lelaki di dalam baju BN berwarna biru)

Video b


(Kami terus dihalang beberapa individu ketika kami cuba meninggalkan kawasan tersebut)

Video c


(Kami mengambil peralatan ceramah dengan diiringi pihak polis selepas membuat laporan polis)


NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI & ADUN SERI SETIA -KD


Samseng Umno halang ceramah, Shahrir, Khairy setuju politik ganas?


PETALING JAYA 22 Jan: Ahli Parlimen Johor Bahru dan Ketua Pemuda Umno dicabar menyatakan pendirian berhubung serangan ala samseng dan kempen politik ganas terhadap program ceramah Pakatan Rakyat di Stualang, malam 15 Januari lalu.

“Pimpinan tertinggi Umno (termasuk) Tan Seri Shahrir Samad dan Khairy Jamaluddin dicabar menyatakan dengan jelas pendirian mereka menolak keganasan politik,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad pada sidang media di ibu pejabat parti.

Beliau sebelum itu menayangkan tiga rakaman video serangan sekumpulan lelaki berbaju Barisan Nasional terhadap rombongan KEADILAN di Flat Seri Stulang, Johor Bahru.

“Kami pada mulanya tiba sekitar jam 8.30 malam, berjalan ke flat dan dihalang sekumpulan lelaki berbaju Umno BN. Mereka enggan benarkan kami masuk,” kata Nik Nazmi.

“Mereka turut memaki dan menghambur kata-kata kesat kepada kami. Selepas berbincang dengan polis, kami berundur untuk meredakan keadaan.

“Kami cuba masuk menerusi pintu lain tapi terus dihalang. Malah, saya turut ditendang. Apakah ini yang dikatakan pemuda Melayu dan Islam?” soal Nik Nazmi.

Menurutnya, kereta anggota KEADILAN yang mengiringinya kemek ditendang.

Turut kelihatan dalam video tersebut, beberapa kanak-kanak dan wanita. Manakala seorang lelaki dewasa rapat ke pintu kereta dan memegang cermin sambil memberi kata-kata amaran.

Justeru, satu laporan polis dibuat Nik Nazmi 16 Januari lalu di Balai Polis Majidee, Johor Bahru ditemani Ketua Cabang KEADILAN Johor Bahru, Tan Poh Lai bersama anggota KEADILAN Pasir Gudang, Gelang Patah dan aktivis PAS tempatan.

“Kami datang atas undangan penduduk tempatan melalui Cabang Johor Bahru. Mereka mengalu-alukan program KEADILAN kerana kawasan ini tidak pernah diadakan program Pakatan,” kata Ahli Dewan Undangan Seri Setia itu.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan polis yang membantu meleraikan ejen provokasi dan mengiringi mereka keluar dari kawasan tersebut supaya lebih bersedia jika berlaku insiden sebegitu.

“Sepatutnya lebih awal. Polis tak perlu tunggu keadaan macam itu,” tegas Nik Nazmi memaklumkan tidak serik turun ke Johor semula untuk meneruskan program-program penerangan.

-KD

3 ulasan:

Awanama berkata...

Dulu dalam TV BN Kempen Keganasan bukan budaya Kami, sekarang ni dah jadi budaya BN?. INNALILLAHI WAINAILAHI ROJIUN

Awanama berkata...

Macam2 cerita dah skrg muncul dan yg paling sedih skali bila masuk bab agama pun nak diperdebatkan hgga alpa di mana diri kita skrg. Dgrkan dulu, bertanya lebih baik dari menuduh. Bersama Pak Lan WICC: Tipuan Demokrasi dan Kapitalis Bersama Ustaz Halim dan Rakan-Rakan. http://www.youtube.com/watch?v=G2i1fPvvtpM

Awanama berkata...

Just saman saja orang baju biru tu lepas tu senyap terus dia...... ni semua berlagak saja ..... xpi xda habuk pun