6 Jan 2013

[BERGAMBAR] Tembok Kolej UPM Runtuh, 7 Kenderaan Rosak


Hujan lebat petang kelmarin menyebabkan tembok di Kolej Serumpun, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang runtuh.

Kejadian yang berlaku pada pukul 6 petang itu turut merosakkan tujuh buah motosikal di tempat letak motosikal akibat dihempap tembok setinggi 1.5 meter itu.

Pakar kejuruteraan geologi UPM, Dr Husaini Omar berkata tembok tersebut dipercayai runtuh kerana tidak dapat menahan kapasiti air yang banyak akibat hujan berlarutan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya yang menerima panggilan turut menghantar enam anggota dan sebuah jentera dari balai Serdang untuk memantau keadaan. - Bernama

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saudara GB,
makin kerap kejadian tanah runtuh berlaku. Di sana sini berlakunya pulak tu.adakah perkara yg tersiratnya, menandakan satu runtuhan sebuah kjn pada PRU yg akan dtg???

Carlos Santiago berkata...

perggghhh..kesian kt student...insurance xcover motor yg hancur...adakah pihak universiti akan menhadiahkan motosikal baru? ataupun najib akan bg motoskal percuma?

BANkami

wan berkata...

setahu saya insurance tak cover bencana alam, harap pihak atas hulur tangan

Tanpa Nama berkata...

Jangan lah kaitkan Tanah runtuh dengan politik. Runtuh tu dah nak berlaku tak Kira siapa memerintah.

Tanpa Nama berkata...

Macam takut aje anon 3:29 tu

Tanpa Nama berkata...

kesian student UPM....takyahlah nak mintak kerajaan Persekutuan...kerajaan Negeri pandang ke tak ni? cepatlah MB Selangor...kesian student..

Zaki berkata...

Tanah runtuh ni peringatan dari Allah.

wan Jitra berkata...

Tahniah kepada Ybhg. Dato Radin kerana lebih mementingkan perkhidmatan kepada anak bangsa daripada kepentingan peribadi. Moga Allah pulihkan kesihatan Dato.