27 Dis 2012

[VIDEO] Selepas UMNO, MCA Pula Berlagak Samseng, Serang Majlis DAP

Sesi tinjauan DAP di Bentong dicemari pergelutan kecil

Sesi tinjauan DAP Pahang di Kampung Baru Manchis, Bentong semalam telah dicemari oleh pergelutan kecil apabila kumpulan itu bertembung dengan sekumpulan ahli MCA.

Ahli MCA, Lee Shu Hwa pergi menemui kumpulan yang diketuai pengerusi DAP Negri Sembilan, Anthony Loke DAP, dengan membawa keratan akhbar yang menyiarkan isu-isu yang membabitkan kawasan parlimen Rasah.

Shu Hwa menuntut penjelasan Loke mengenai rancangan ahli parlimen DAP itu untuk menyelesaikan beberapa isu-isu tertunggak di kawasan Parlimen Rasah yang diwakilinya.

Apabila Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah cuba campurtangan, abang Shu Hwa - Ah Kaw yang merupakan ketua MCA Kampung Manchis - didakwa mula bertindak kasar.

Satu klip video insiden yang dimuat naik oleh penyokong DAP memaparkan Ah Kaw menarik lengan baju Leong dari belakang.

Satu pergelutan pendek tercetus apabila ketua DAP Bentong, Ching See Tai cuba menghalang Ah Kaw. Shu Hwa bertindak balas dengan menolak Ching.


Ketika Dihubungi petang semalam, Ah Kaw menafikan dakwaan pemimpin DAP bahawa adiknya Shu Hwa cuba menolak Ching ke tanah dan telah merosakkan mikrofon DAP.

Katanya, beliau mempunyai bukti fotografi untuk menyokong dakwaannya.

Ulasan GB

Ini semua kes-kes terdesak.... terdesak sangat apabila mendapati kekuasaan BN berada di penghujung jalan dan usia.

3 ulasan:

Din Mun berkata...

Rugi3. Akan mengakibatkan bertambah kebencian rakyat kepada Bn.

XUMNO berkata...

Kalau parti bapaknya syaitan, pukul orang, tikam orang sana sini; maka parti anaknya akan ikut perangai syaitan bapaknya.Lepas tu pekik sana pekik sini kononnya lawannya yang buat salah.Menang DAP di Bentong nanti, bukan telinga Denan saja kena potong, telinga2 pemimpin MCA pun patut dipotong sama.

Osama berkata...

moral of the story,
kita tolak umno mca be end pd pru ke 13 nanti! kita martabatkan Najib jdi ketua pembangkang! kita bersihkan mlaysia dri gejala2 tak bermoral. kita bebaskan ulamak2 muktabar bersuara! kesiani org2 umno yg selama ni bergelumang dgn dosa rasuah, fitnah, khianat & hasad dengki. Pencenkan umno mca be end!
usah abaikan doa2
hancurkan umno mca be end!
be end ko ko be end!
ko ko ko umno!
umno ko ko be end!
Justru itu maka kita tunjukan solidariti rakyat prihatin yg inginkan perubahan! jom kita ramai2 ke Himpunan Kebangkitan Rakyat pasca PRU ke 13 pd 12hb January 2013 di Stadium Merdeka! Kita realitikan 1 juta kehadiran utk beri isyarat kpd SPR agr usah jdi kaldai tunggangan umno!!