27 Dis 2012

FELDA Disaman RM200 juta Oleh 351 Peneroka

Seramai 351 peneroka Felda Mempaga 1, 2, dan 3 serta Felda Bukit Damar, Pahang hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi keseluruhan kira-kira RM200 juta terhadap Felda kerana menipu kadar perahan gred (KPG) sawit.

Saman difailkan melalui Tetuan Daim dan Gamany di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang pagi tadi menamakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai defendan pertama dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan kedua.

Plaintif dalam writ saman antara lain mendakwa, Felda Palm Industries berniat jahat dan sengaja menurunkan KPG sehingga enam peratus bertentangan dengan kadar sepatutnya dengan tujuan untuk menurunkan harga setiap tan buah sawit.

Peneroka terbabit turut mendakwa wujud konspirasi antara defendan pertama dan kedua menyalahgunakan kaedah penggredan untuk memastikan KPG diturunkan, selain menjual buah sawit dibawah KPG yang sepatutnya tanpa pengetahuan plaintif.

Disebabkan itu, plaintif mendakwa setiap mereka mengalami kerugian sebanyak RM30,912 pada tahun 2008.

Manakala bagi buah yang ditahan tapi tak dilupuskan, setiap peneroka telah kehilangan pendapatan sebanyak RM1345.63 (RM560.

08 setan).

“Kerugian kesemua plaintif untuk tahun 2008 lebih kurang RM11.322 juta,” writ saman itu menyebut.

Ganti rugi

Sehubungan itu, plaintif memohon mahkamah untuk mendapatkan printah supaya Felda dan Felda Palm Industries membayar ganti rugi khas kepada plaintif berdasarkan jumlah keluaran dan harga sawit untuk setiap tahun bermula tahun 1995.

Selain itu, peneroka terbabit turut meminta ganti rugi am dan teladan untuk penipuan dan pecah amanah, kadar faedah empat peratus setahun dikenakan keatas jumlah ganti rugi khas bemula dari tahun 1995 serta empat peratus jumlah ganti rugi am dari tarikh pemfailan writ sehingga kes selesai sepenuhny dan lain-lain kos.

Saman difailkan wakil peneroka Abdul Rashid Abdul Wahab sebagai plaintif pertama dan Din Mohd Arif (plaintif ke-331).

Mereka diwakili Ketua Biro Guaman PKR Latheefa Koya dan Timbalan Pengerusi Biro Peneroka Felda dan Orang Asal PKR T Kumar.

Turut hadir Pengerusi Biro Peneroka Felda dan Orang Asal PKR Suhaimi Said serta timbalannya Bob Manolan. -FMT

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah peneroka yang ditindas terus melawan

sizzly7761 berkata...

Warga Felda lain lain tempat..jangan jadi bodoh, bangkit dan saman sepertimana warga felda mempaga ini. Kalau felda Mempaga kena tipu, anda juga kemungkinan telah ditipu dari segi kadar perahan gred(KPG)! Samanlah ..kerana itu hak anda. Kalau menang anda sekeluarga mungkin boleh dapat lebih dari saham yang diberi oleh FGVB iaitu 800 unit(tak sampai 1 lot pun). Bangkit dan berjuanglah untuk hak dan usaha anda selama ini. Jangan biarkan anda dihina dengan ditipu KPG, 800 unit Saham yang tengah menjunam turun dan diharamjadahkan oleh Doraemon dan Najib hantu tuya!