27 Dis 2012

Rebat RM200 Telefon Untuk Tolong Syarikat Kroni, Bukan Anak Muda

Syarat rebat telefon pintar bernilai bawah RM500 menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bukan mahu membantu anak muda sebaliknya mahu mengkayakan kroni yang terlibat dalam syarikat komunikasi.

“Ini bukan mahu tolong anak muda tapi nak tolong kroni syarikat telekomunikasi. Mereka yang akan dapat faedah.

Pasti banyak untung daripada rebat ini.

“Kalau syarat macam ini, siapa anak muda yang hendak beli telefon pintar sedangkan harganya ribuan ringgit, bukan RM500,” kata Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.

Perdana Menteri ketika membentang Bajet 2013 pada 28 September lalu, mengumumkan pemberian rebat RM200 pembelian telefon pintar kepada belia berusia antara 21 hingga 30 tahun.

Ia terbongkar selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam laman webnya, menyatakan itu hanya untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500 sebelum kenyataan berkenaan dipadam hari ini.

Khai Loon juga menyifatkan kerajaan Umno BN tidak ikhlas memberi rebat RM200 itu berikutan mereka mengenakan ketat yang tidak masuk akal.

“Syaratnya tidak ikhlas.

Langsung tidak bertepatan dengan keadaan semasa.

Sekarang telefon pintar mahal, mana ada harga RM500? Nampaknya, rebat itu hanya gimik kerajaan Umno BN, bukan serius mahu tolong orang muda,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan kerajaan supaya bertindak lebih ‘pintar’ dengan melebar saluran internet percuma.

“Lebih baik internet dinaik taraf dengan menambah jalur lebar internet setiap kawasan,” katanya. -KD

Rebat RM200 hanya untuk telefon pintar harga RM500.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar yang diumumkan dalam Bajet 2013 hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500.

* SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam lamanwebnya:

* Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
* Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
* Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.
* Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.
* Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.

Menurut notis yang disiarkan semalam, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.

Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui lamanweb SKMM.

Setem biru kelihatan di sudut kanan laman web yang bertulis Janji Ditepati, Mulai 1 Januari 2013, Bajet 2013.

Bagaimanapun, Malaysiakini mendapati lamanweb tidak boleh diakses sejak pagi ini.

Pada 28 September, di bawah Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun, dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah atau tanpa pendapatan bulanan, daripada peniaga yang dibenarkan bawah Pakej Komunikasi Belia.
-mk

7 ulasan:

The Didi Butter berkata...

Samsung Galaxy Y kan ada baru RM399

Awanama berkata...

samsung galaxy y smartphone paling cekai di pasaran. gsmarena hanya beri markah purata 5.2... mana anak muda nak pakai?

gengster melayu alaf baru. berkata...

Hidup najib penuh pura2 dan tipumuslihat.smartphone atau rebat 200 jika liputan internet d tahap menyedihkan tak guna juga tepon pintar itu...buat keputusan syok sendiri itu pm......pui..

Waris berkata...

Smart phone cap ayam kot... jenama chua soi lek (CSL)

Awanama berkata...

Samsung Galaxy S3 Clone pon boleh dapar lingkungan RM600, beli bawah pokok.

Awanama berkata...

Yoo la.hp klon,bwk blk boleh baling anjin....

Awanama berkata...

inilah salah satu unsur kebendaan yang terdapat dalam bajet 2013. tiada manfaat pun. semua ini adalah bertujuan melembukan rakyat supaya mengundi kerajaan Belaian Neraka. memang betul pun apa yang diperkatakan oleh pemimpin PAS/PR tentang bajet sampah ni. Bajet ini tiada pun usaha pembangunan modal insan. Kebendaan lebih diutamakan berbanding kebajikan rakyat & Sekolah Agama Rakyat terus dipandang hina oleh kerajaan jahanam BN ini.