23 Dis 2012

[VIDEO & GAMBAR] Akhirnya Mazidul "Pelesit" Diburu Penunggang Motorsikal


Penunggang desak Mazidul, Majalah 3 mohon maaf

Seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi hari ini berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka.

Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci.

Kumpulan motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah hari. Kelihatan kira-kira 30 anggota polis di kawasan sekitar Sri Pentas.

Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan "Kami sayang TV3".

Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya.

Kumpulan itu turut memberi masa dua minggu kepada Mazidul serta pihak program Majalah 3 untuk memohon maaf.

Menurut Shahid yang ditemui pemberita selepas memorandum diserahkan, jika dalam masa dua minggu, tiada permohonan maaf secara terperinci dibuat, pihaknya akan membuat perhimpunan yang lebih besar.

"Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini 'pelesit jalanan'.

"Kami mahu permohonan maaf secara khusus dari Majalah 3 dan Mazidul. Memang dah mohon maaf tapi kami nak permohonan maaf dengan ayat yang khusus secara terbuka terutama daripada Mazidul," katanya.

Selain itu, bagi Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata gelaran pelesit jalanan merupakan satu gelaran yang tak sewajarnya diberikan.

Menurut Asri, pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka "syaitan jalanan".

"Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu," katanya lagi. -mk

PANAS!! Mazidul lari tak cukup tanah...

Panas! Seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi hari ini berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka.

"Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu.", Asri Hamid, wakil kumpulan.

p/s : Menyorok dalam tandas ke Mazidul Akmal Sidik? Syaitan yang dikenali memang sukar nak ubah perangai. ABU! -fb

Zizan (rajalawak) turut buat kejutan apabila muncul ketika 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi berdemo di hadapan TV3 hari ini. Dan kelihatan memegang kertas 'Tolak AES'.(lihat gambar di bawah)










9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mazidul dah jadi badigul.....padan muka dulu kes kat kelab malam JB tapi kes dapat ditutup.....

Tanpa Nama berkata...

aku memang dari dulu berbulu dengan mazidul. perangai macam samseng. padan muka kau mazidol. kena kau buku dengan ruas.

waksab berkata...

Kalau dah bersekongkol dgn syaitan yg dikenali maka benarlah TV3 ini syaitan yg dikenali juga...

http://tagter.com/kitsbestbuy

1098s berkata...

mazidut tu dengki!

dia tu gemuk dan pendek.. tak boleh naik superbike sebab kaki tak boleh cecah tanah. perutpun boroi dan gendut kalau naik moto senak sebab sangkut kat tangki minyak moto.

oii! mazidut kalau fizikal lu tak lepas naik moto, lu jgn laa dengki. lu naik kereta sudahhhh.

ps: dia naik kereta pun kantoi sebab perut sangkut stereng.

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH! PERHIMPUNAN YANG BERJAYA..

Tanpa Nama berkata...

SULTAN JOHOR TAK MURKA KE PANGGIL PELESIT JALANAN

Tanpa Nama berkata...

padan muka ketaq lutut dlm ketakutan, umpama setan yg direjam.

Tanpa Nama berkata...

ada bezanya airmuka yang bersih dan rupa yang tidak berpelajaran. lihat saja mukanya dapat dikenalpasti tahap pendidikan serta perilaku nya.

moga moga beliau dapat mengambil iktibar dari kejadian ini.

Tanpa Nama berkata...

Majikan borek pekerja rintik. Kalo dah tv3 tu mmg selalu menipu apatah lagi kakitangannya seperti mazidul ni. Jgn heran la ye. PRU nanti bikers jgn undi kerajaan BN sebaagai tanda kita boikot tv3