23 Dis 2012

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Dilaksanakan Semula Apabila BN Menang PRU13

Tindakan Jabatan Peguam Negara menangguhkan sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), hanya bersifat sementara hingga pilihan raya umum ke 13.

“Bila BN menang semula (pilihan raya umum ke-13), AES akan dilaksanakan,” kata Bendahari KEADILAN, William Leong.

AES ditangguhkan pada 18 Disember lalu selepas tiga bulan beroperasi dengan 300,000 saman dikeluarkan manakala 10,000 telah membayar denda.

“Peguam Negara kata AES ada masalah, sedangkan penguatkuasaan undang-undang tersebut yang bermasalah. Denda tak boleh dijadikan untung kepada syarikat.

“Saman RM300 itu adalah pendapatan kerajaan dan dimasukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan. Dalam Bajet 2013, pendapatan tersebut perlu dikemukakan di Dewan Rakyat,” katanya kepada Keadilandaily.

Jelas William, butiran kutipan saman yang dikongsi kerajaan dengan Beta Tegap dan syarikat pengendali AES, Ates Sdn Bhd tidak dinyatakan semasa pembentangan belanjawan Kementerian Pengangkutan bagi tahun 2013.

“Kalau AES kutip denda dan masukkan (dalam akaun syarikat), ia salah,” tegas William.

Pada 21 November 2012, speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia meluluskan bajet Kementerian Pengangkutan melalui undi belah bahagi menyaksikan 79 ahli parlimen BN menyokong, berbanding ahli parlimen Pakatan Rakyat bagi pelaksanaan sistem AES.

“Inilah hipokritnya ahli parlimen Barisan Nasional. Berani kritik AES di luar Dewan (Rakyat). Bila sampai waktu undi (mereka sokong sistem AES),” kata Wiliam.

AES: Nyatakan pendirian, tak perlu guna AG

KUALA LUMPUR: PAS terus mencabar kerajaan menyatakan pendirian berhubung saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tanpa berselindung di sebalik Jabatan Peguam Negara (AG).

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan seolah-olah menggunakan AG untuk menangguhkan prosiding demi kepentingan mereka dalam pilihan raya umum ke-13.

"Saya kecewa terhadap keengganan kerajaan nyatakan pendirian sama ada nak tangguh AES atau tidak.

"Kerajaan hanya gunakan AG dari segi aspek prosiding mahkamah. Mereka nak redakan kemarahan rakyat sebelum PRU.

"Kalau BN menang, prosiding berkaitan saman AES akan diteruskan," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Selasa lalu, AG membuat keputusan membekukan kesemua prosiding berkaitan saman (AES) yang dimulakan sejak dua minggu lalu, sehingga beberapa aspek perundangan dan teknikal diselesaikan.

Justeru, Mahfuz yang juga Pengerusi Kase menuntut AG turut mengeluarkan arahan kepada Orang Kena Saman (OKS) tidak hadir ke mahkamah sepanjang tempoh penangguhan prosiding.

Beliau berkata, mahkamah tidak wajar meletakkan OKS dalam keadaan serba salah dan menganggu tugas harian mereka untuk hadir ke mahkamah.

"Apa akan jadi kepada OKS yang diarah hadir ke mahkamah selepas AG umum penangguhan prosiding? "Kalau OKS hadir pun prosiding tak akan dijalankan. Tapi mereka terus rasa serba salah apa akan terjadi kalau mereka tidak hadir? Adakah tindakan akan dikenakan kepada mereka. AG tidak menyatakan perkara ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tegas beliau juga, kerajaan harus menghentikan saman AES.

"Tangguh prosiding tapi saman tetap dikeluarkan.

Ini tidak adil," katanya.

AG dalam kenyataannya berkata, langkah membekukan prosiding diambil bagi meneliti kesemua isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kes saman AES.

Bagaimanapun, saman-saman berkaitan kesalahan AES yang dikeluarkan masih sah.

-HD


Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini, iaitu di hari pengumuman penangguhan AES tersebut, di SINI Petikan:

GB melihat keputusan kerajaan "menangguhkan" (bukan membatalkan) saman AES adalah kerana pengumuman tarikh pilihanraya semakin hampir.

Kerajaan melihat dan mengakui dua kes besar ini (AES dan Lynas) sebagai bencana yang bakal menimpa UMNO BN kerana rakyat seluruh negara didapati menolak secara berterusan terhadap dua kes ini.

Ia akan dilaksanakan semula, malah mungkin dengan kadar lebih dasyat selepas pilihanraya jika UMNO BN berjaya lagi. Oleh itu rakyat jangan mudah terpedaya dengan taktik licik UMNO BN ini yang dilakukan semata-mata untuk kepentingan mereka menghadapi pilihanraya yang akan datang ini
.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sifat munafik memanglah begitu, setiap kebaikkan yang dibuat semua ada disebaliknya. Langsung tiada keikhlasan. Maka hati - hati dengan setiap kebaikkan yang diaorang buat kerana setiap kebaikkan semuanya ada disebalikya maka disebaliknya itu yang perlu kita siasat kerana itulah melambangkan niat sebenar mereka.

Tanpa Nama berkata...

banyak perkara BN tangguh, tunggu kalau BN menang PRU13, boleh mampus rakyat

Tanpa Nama berkata...

AES menzalimi rakyat, menguntungkan UMNO

Tanpa Nama berkata...

Jika BN menang lagi dalam PRU 13, banyak lagi masalah yang akan menimpa rakyat. Sekarang BN sembunyikan kuku dan taring kerana dekat pilihan raya. Rakyat telah sedar permainan UMNO/BN iaitu menipu rakyat sepanjang masa.