Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri bakal membongkar penyelewengan dan penipuan Umno BN terhadap projek hospital kerajaan, khususnya mengenai peruntukan katil buat pesakit dan hospital baru yang gagal dibina untuk setiap negeri. Gambar hiasan
Beliau berkata, kerajaan sepatutnya menyediakan peruntukan 60,000 katil hospital untuk lebih 28 juta rakyat, tetapi perjanjian itu dilanggar apabila jumlah yang disediakan tidak mencukupi.
“Apa yang berlaku sekarang, hanya ada 30,000 katil di setiap hospital seluruh negara, iaitu separuh daripada yang diperuntukkan,” jelasnya kepada Keadilan Daily.
Bagaimanapun, kata Yahya, butiran lanjut mengenai penyelewengan tersebut akan didedahkan beliau pada sidang media 2 Januari.
Ketua Cabang Tanjung Karang itu turut mempertikai pengumuman kerajaan untuk membina hospital di setiap negeri, tetapi hingga sekarang proses pembinaan masih tidak berjalan.
“Konon beriya-beriya umum, buat acara pecah tanah dan sebagainya. Tapi pembinaan tak ada.
Itu yang saya nak persoalkan nanti, dan saya ada jawapan untuk kedua-dua isu ini,” katanya.
“Ia juga bagi menunjukkan janji kerajaan untuk menyediakan khidmat kesihatan yang cemerlang kepada rakyat tidak ditunaikan,” sambung beliau.
Sebelum ini, Yahya mendedahkan seorang bekas pegawai tertinggi polis memiliki aset berupa 10 unit rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur.
Kemudian, beliau mempersoal isu pemberhentian 37 pekerja kilang kelapa sawit (KKS) Bukit Talang, yang dimiliki anak syarikat perladangan konglomerat Sime Darby berusia 60 tahun.
Yahya turut membongkar isu air mineral yang diedar BN Selangor dalam kempen politik dikesan melanggar pelbagai peraturan, malah status halalnya diragui.
“Seperti yang saya beritahu sebelum ini, setiap minggu akan ada penyelewengan Umno BN yang akan saya dedahkan sehinggalah Pilihan Raya Umum ke-13,” katanya.

2 ulasan:
Janji orang munafik biasalah tu. Ingat janji orang munafik adalah tidak boleh dipercayai sampaikan Allah S.W.T. melarang kita menjadikan orang munafik sebagai saksi dalam urusan hutang piutang. Siapa kata munafik tidak boleh dipercayai? Allah yang cakap dalam kitab Al - Quran. Rajin - rajinlah baca dan carilah mana ayat tersebut.
Inilah rompakan berlesen.
Catat Ulasan