26 Dis 2012

Mereka Mengaku Menghalang Konvoi Oren, Patutkah Polis Berdiam Diri?

Konvoi Jelajah Oren: 'Kami memang rancang sekatan'

JEMPOL - Pemuda Umno bahagian Jempol mendakwa, insiden kekecohan yang berlaku pada Jelajah Oren ‘Selamatkan Felda’ di Felda Bukit Rokan Utara Ahad lalu sebenarnya berpunca daripada tindakan provokasi pihak berkenaan.

Ketuanya, Mohd Nizam Aman berkata, tidak timbul isu pemuda Barisan Nasional (BN) bersama penduduk bertindak agresif semasa kejadian seperti didakwa.

“Keadaan mula tegang ketika konvoi jelajah terbabit sampai ke persimpangan Felda Bukit Rokan Utara yang dicetuskan oleh kumpulan itu.

“Saya tidak berada di lokasi kerana mengadakan sekatan di Felda Bukit Rokan Barat. Tapi saya diberitahu penduduk yang juga terdiri daripada pemuda BN telah menghalang perjalanan mereka kerana sejak awal lagi kami semua tidak setuju kumpulan itu masuk ke Felda,” katanya.

Menurutnya, mereka sememangnya sejak awal lagi merancang mengadakan sekatan jalan di lebih 30 tanah rancangan di sana sebaik sahaja mengetahui kehadiran konvoi jelajah berkenaan.

Bagaimanapun katanya, tujuan sekatan bukan untuk mencetuskan huru-hara tetapi hanya untuk menghalang konvoi itu terus diadakan.

“Kami generasi kedua Felda menolak kehadiran mereka. Tiada sesiapa pun mengalu-alukannya.

“Tiada apa yang perlu diselamatkan kerana nasib peneroka semakin baik di bawah Felda. Lagipun selama ini tidak pernah mana-mana parti politik selain Barisan Nasional (BN) yang membantu peneroka,” katanya.

Mohd Nizam berkata, dia bagaimanapun kesal dengan insiden yang berlaku kerana dua pemuda BN juga turut mengalami cedera ringan.

Sementara itu, penganjur konvoi tersebut menyifatkan ia kejadian terburuk dan terhebat di Negeri Sembilan berbanding di negeri lain.

Pengarah Program Kembara Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli berkata, kekecohan yang tidak disangka-sangka itu turut memberi kesan kepada peserta konvoi apabila dua daripada mereka cedera.

Katanya, kejadian berlaku apabila rombongan konvoi itu tiba berdekatan persimpangan Felda Bukit Rokan Utara dan kemudiannya dihalang oleh beberapa individu.

“Semasa perbincangan sedang dijalankan, secara tiba-tiba kumpulan yang menghalang konvoi Oren ini bertindak agresif, dengan memukul kenderaan pacuan empat roda kami dan secara meluru ke arah Ketua Penerangan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Noraza Muda.

“Pada waktu yang sama, seorang lagi Ahli Jawatankuasa Anak, Razali Rashad turut dipukul, sehingga mendatangkan kecederaan di kening, manakala Noraza cedera di kepala akibat dipukul dengan kayu.

“Melihatkan keadaan Noraza dalam keadaan separuh sedar, kami memberinya rawatan ringan sebelum pasukan polis membantu menghantarnya ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan pesakit luar,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas 2 berkata, keadaan Noraza bagaimanapun kini stabil. -SH

Ulasan GB

Sekarang mereka (UMNO BN) telah secara terang membuat pengakuan bahawa mereka menghalang konvoi oren berkenaan. Akibat dari "halangan" itu mereka bertindak liar dan ganas terhadap para peserta konvoi.

“Kami generasi kedua Felda menolak kehadiran mereka. Tiada sesiapa pun mengalu-alukannya." Fasal yang mana di dalam Undang-undang yang mereka gunakan boleh menghalang ornag lain untuk memasuki mana-mana kawasan di dalam negara ini?

Undang-undang ciptaan dan rekaan sendiri lantaran takut dengan konvoi berkenaan?

Kemudian setelah ada pengakuan sejelas itu, apa pula tindakan polis selanjutnya terhadap mereka yang mencabul undang-undang ni?

Bukankah sepatutnya mereka ditangkap dan ditahan kerana mencabuli perlembagaan dan undang-undang negara?

9 ulasan:

Awanama berkata...

Sempena sambutan Hari Krismas baru-baru ini, Datuk Seri Najib Razak berharap masyarakat Kristian berkongsi harapan dan pandangan bersamanya untuk memastikan negara terus kekal aman dan harmoni. Najib berkata, sejak menjadi Perdana Menteri, beliau menekankan beberapa perkara termasuk konsep perpaduan menerusi semangat 1Malaysia serta Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM). Kita sangat bersyukur kerana Malaysia sentiasa aman dan harmoni meskipun rakyatnya pelbagai kaum dan kepercayaan agama. Katanya lagi, konsep ini bukan hanya mengenai dialog tetapi saya mahu ia menjadi kenyataan. Sebab itulah, saya melawat Pope Benedict XVI tahun lalu, sekali gus mewujudkan hubungan diplomatik secara rasmi dengan Vatican City, katanya. Najib begitu yakin dengan gagasan Konsep 1 Malaysia dan GMM. Mungkin ia nampak hebat, dengan konsep 1 Malaysia dilihat untuk melayan isu-isu dalam negara dan GMM pula menjadi mekanisme Najib untuk ke pentas antarabangsa. Namun, apakah dengan mengunjungi Pope Benedict XVI itu suatu tindakan yang wajar atau satu tindakan seseorang yang sedang terdesak untuk mencari populariti di pentas antarabangsa?. Jika untuk meraih populariti, ia mungkin tercapai. Persoalan seterusnya adalah, adakah konsep 1 Malaysia itu boleh menjamin keamanan dalam negara sedangkan pada ketika ini masyarakat bergelut dengan seribu satu macam permasalahan keselamatan; kes-kes melibatkan rogol, rempit, rompak, ragut dan banyak lagi yang masih belum ada kesudahannya. Persoalan-persoalan ini sebenarnya tidak perlu dijawab, ia hanya sekadar satu bentuk ungkapan untuk difikirkan. Apa yang jelas adalah, tidak kiralah 1Malaysia atau GMM, kesemuanya itu tidak berlandaskan kepada mana-mana dalil kecuali hanya disokong oleh hujah-hujah akal seperti maslahat, mengelak risiko dan lain-lain hujah akal yang dianggap kuat dari segi berhujah. Tetapi kekuatan berhujah bukan ukuran untuk mengukur kebenaran. Sebagai indvidu yang beragama Islam dan mengaku beriman kepada Allah SWT dan RasulNya, seseorang mukmin itu mestilah mengukur sesuatu perbuatan, tindakan, dasar, polisi dsb mengikut dalil yang terdapat di dalam nas-nas syara’. Inilah yang akan membezakan setiap penyelesaian daripada Islam dan penyelesaian daripada barat (Demokrasi-sekularisme). Berbanding Sistem Demokrasi yang berlandaskan idea sekularisme, Syariat Islam adalah suatu sistem dengan aturan yang akan menyekat segala jalan-jalan yang menuju kepada kehancuran. Apabila jalan-jalan/perilaku yang boleh membawa kepada kehancuran itu disekat, maka di situlah keamanan akan muncul. Contohnya, Sistem Ekonomi Islam yang akan menjamin hak dan keperluan asas setiap individu rakyat, Sistem Pergaulan Islam yang mengatur dan menetapkan perilaku setiap individu dan Sistem Penghukuman Islam yang apabila dilaksanakan akan memberikan pengajaran kepada setiap pelaku jenayah agar tidak melakukan atau mengulangi perbuatannya. Namun, jika syariat Islam masih tidak dilaksanakan, maka selagi itulah keamanan yang sebenar tidak akan dapat dicapai. Adakah kita hendak terus yakin dengan Sistem Sekular-Demokrasi yang sememangnya digubal untuk gagal? Suatu persoalan yang bukan untuk dijawab tetapi suatu bentuk ungkapan sinis agar memberi sedikit pencerahan.

Amuraria berkata...

PDRM ADA BERANIKAH BERTENTANGAN DENGAN SAMSENG-SAMSENG UMNO-APCO ? NANTI 'PIHAK ATASAN' MASUK CAMPUR SIAP LA LU WORANG TRANSFER KA CERUK HUTAN SABAH ATAU SERAWAK ! ABU SAJA PENYELAMAT !

m berkata...

undang-undang kami yang bikin!

jadi senang la puak haprak ni melanggarinya.

Awanama berkata...

tidak baik baik puak puak Felda muda yang tak berpuas hati dengan aktiviti penerangan PR menceritakan fakta terbaru dan hal kedudukan negara sebenar kepada rakyat Felda kampong yang rata rata lemah otak lagi malas perangainya.

kegiatan PR ini bagai mengembang ilmu pendidikan kepada anak anak Felda yang ramai gagal memahami kehendak kehidupan masakini, tetapi masih teguh mengamalkan cara hidup zaman dulu kala, hanya lebih baik sedikit dari penghidupan Orang Asli.

amat sedih jika di renungkan angkara anak anak Felda Generasi ke2 in yang agak bangga membahalolkan pemikiran dan carahidup hanya untuk kemajuan yang secoit, malah rakyat Papua New Guinea lebih matang.

Awanama berkata...

apa nak heran, cabul mencabul dalam undang2 memang kerja umno/bn...

dan...apa nak heran, polis dah jadi anjing kpd umno/bn, takkan dia nak lawan tuannya..... nak mampos..!!

Awanama berkata...

Sukar bagi sesiapa pun membuat penilaian tentang benar tidaknya sesuatu tindakan jika hanya menggunakan akal tanpa didasari ilmu yg bersumberkan Al Quran dan hadis...Kita hanya manusia biasa yg terbatas keupayaan.

Kerana itulah Rasullulah diutuskan untuk menerangkan jalan yg lurus dan benar.

malang bagi seorang pemimpin yg mengaku Islam, namun tiada kesungguhan dalam pelajari Islam itu sendiri.jadi tindakan mereka sebenarnya berdasarkan apa yg mereka fikir betul.

Tambahan pula jika input input yg mereka dapat juga datangnya dari mreka yg Jahil Ugama, Atau pengampu yg hanya mengejar Dunia.

Yg penting setiap individu yg cintakan Islam, bertindakan menurut panduan yg telah disediakan.
Berjuanglah dengan Ikhlas dan niat yg suci.Kehidupan ini hanya sementara.

GEBU berkata...

Konsep 1 Malaysia ni hanya copyright dari Yahudi Laknatullah, jadi kat mana ada kebenarannya? Ha 1 Malaysia hanya najib saja yang faham dan terima tapi tidak kepada rakyat Malaysia keseluruhannya kerana rujukannya pope benedict XVI bukan kepada Al-Quran yang menjadi panduan kepada umat manusia yang dicipta Allah SWT.
Samseng UMNO dari generasi kedua Felda ni adalah hasil daripada kefahaman konsep 1 Malaysia najib yang terang2 memperbodohkan rakyat Malaysia yang sebelum ini memang cukup faham dengan perpaduan yang diwar-warkan oleh konsep haramjadah 1 Malaysia.

Awanama berkata...

Jangan marahkan penyokong BN kerana mereka ini sudah "mati rasa"... Bagi mereka ini Malaysia haknya dan terutama keimanan semakin terhakis.. Kerana duit serta kerana talibarut Zionis laknatullah

Awanama berkata...

polis bukan kerja dengan kerajaan tapi dengan umnu yang semakin terkubur..