Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, laporan muka depan sebuah akhbar berkenaan "Umno murtad" hari ini satu pembohongan dan fitnah terbaru ke atas beliau.
Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan.
"Tajuk muka hadapan Utusan Malaysia hari ini yang menulis 'Nik Aziz dakwa Umno murtad" adalah satu pembohongan yang besar ke atas saya.
"Barangkali gaji mereka yang bertanggungjawab menabur fitnah ini cukup besar sehingga berbaloi utuk menebus dosa akibat fitnah. Insya-ALLAH saya akan mengemukakan saman ke atas fitnah terbaru ini," kata beliau di laman sosial Facebook hari ini.
Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini berkata, selepas adiknya mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN), Nik Aziz pula memberi gambaran bahawa Umno merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.
Kata laporan itu, beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.
Sehubungan itu katanya, Umno tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar Umno dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.
"Bila Umno buang Islam daripada dasar hidup dia, maka Umno agama apa? Agama Islam itu al-Quran, bila Umno tolak Islam, dalam dasar parti maka Kristian ke, Buddha ke atau tidak ada agama?
"Timbul masalah murtad. Murtad ini khabarnya orang Kristian, paderi-paderi dia. Saya nak kata tidak, yang jadi orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam.
"Umno tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang," katanya dipetik akhbar itu.
Terdahulu 'admin' FB Nik Aziz berkata: "Setelah layanan baik diberikan kepada media termasuk Utusan Malaysia sepanjang Muktamar Pas Kali ke-58, inilah hadiahnya. Fitnah yang sangat dahsyat terhadap Tuan Guru Al Mursyidul Am Pas". -SH
Ulasan GB
"FITNAH" - talian hayat terakhir UMNO untuk survive.
Cukup jelas di dlam laporan semalam dimana begini laporan dari harakahdaily:
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam).
Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini.
"Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.
"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.
Amat nyata di dalam ayat itu, TGNA tidak menuduh UMNO murtad TETAPI yang nyata UMNO perlekeh Islam dan yang perlekeh Isla, BOLEH JADI murtad. TGNA menghuraikannya berdasarkan kitab Mestika Hadith yang diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri sendiri.
Mengapa tidak ditimbulkan kitab yang disebutkan oleh TGNA itu?
Apakah kerana sudan terpentong ke batang hidung maka isi kandungan kitab itu cuba diselindungkan?
Apakah kerana sudah tergigit cili dan merasa pedasnya maka dituduhnya TGNA telah berkata UMNO murtad?
Jelas, TGNA tidak menyatakan UMNO murtad, namun, yang nyata, hukum kebenaran dan keadilan dari Tuhan akan tetap terdedah nanti samada UMNO yang perlekehkan Islam itu murtad atau pun tidak.
klik untuk baca
6 ulasan:
sembahyang hajat minta doa bagi pihak yang dizalimi...
Utusan ni memang anak bangsat la...tajuk muka kaki bodek..Pencacai..Memang sah Utusan Meloya..
Cari makan bang hahaha
Asal poket kembang walau mulut bau longkang hahaha
Nampak gayanya stok duit syarikat Utusan ini masih banyak lagi, continue Saman Utusan ini sampai dia bankrap sebab saya yakin Utusan suatu hari nanti tidak akan dapat bertahan untuk bayar saman fitnah yang utusan selalu buat hari - hari kepada Pakatan Rakyat.
Tukar je nama utusan malaysia kepada utusan saman atau utusan fitnah..pilih je mana 1 korang suka..
Org yg dizalimi akn dimakbul kan do a nye..kte ttgk dn lihat sje ape yg Allah swt nk tnjuk.
Catat Ulasan