R Sivarasa, peguam mewakili pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli dalam hujahnya menegaskan hak kerahsiaan seseorang individu dalam maklumat perbankan hilang serta-merta jika didapati terlibat dalam jenayah.
Hujah tersebut diberikan oleh Sivarasa semasa sesi pendengaran permohonan membatalkan pertuduhan dibawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) ke atas Rafizi hari ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
“Ia diakui maklumat perbankan seseorang individu itu adalah rahsia.
“Tetapi jika seseorang itu menghadapi pertuduhan pecah amanah dan jenayah, secara serta-merta hak kerahsiaan itu terbatal,” kata Sivarasa dihadapan hakim, Datuk Ghazali Cha.
Dalam hujahnya lagi, Sivarasa juga mempertahankan pendedahan maklumat perbankan Pusat Fidlot Nasional (NFC) oleh Rafizi memandangkan perkara tersebut bertujuan untuk kepentingan awam.
“Apa yang Rafizi lakukan ini adalah atas tanggungjawabnya kepada orang awam.
“Lagipun aduan BAFIA ini bukan dibuat sendiri oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mahupun Public Bank tetapi ia dilakukan oleh individu (pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail) yang kini menghadapi tuduhan jenayah di mahkamah,” kata Sivarasa lagi.
Selain hujah tersebut, Sivarasa juga mengesyorkan dihadapan hakim supaya mengiktiraf tindakan pendedahan Rafizi ini dengan satu penghargaan dan bukan mendakwanya di bawah BAFIA.
“Beliau telah mendedahkan salah laku menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan diri sendiri.
“Jika negara luar, Rafizi akan diiktiraf dan dianggap sebagai wira kerana pendedahannya telah mengheret Datuk Salleh ke muka pengadilan.
“Tapi sebaliknya beliau pula didakwa. Jika ia diteruskan, apa pula persepsi orang ramai nanti,” tambah Sivarasa lagi.
Rafizi pada 24 Oktober lalu telah melakukan permohonan menggugurkan tuduhan tersebut kerana bukti-bukti pertuduhan terhadapnya berniat jahat dan terpilih bertujuan menutup pendedahan butiran perbankan skandal NFC.
Dalam hujahnya lagi, Sivarasa juga mendedahkan dalam semakannya dengan BNM mendapati sejak BAFIA dikuatkuasakan tidak pernah ada individu yang didakwa di mahkamah kerana mendedahkan maklumat perbankan sekaligus mengukuhkan lagi bahawa pertuduhan ke atas Rafizi bersifat memilih.
“Semakan saya dengan BNM mendapati tidak pernah ada seorang pun yang didakwa dibawah BAFIA. Kenapa sekarang baru mahu menguatkuasakannya?” soal Sivarasa. -TMI
6 ulasan:
Lawan Tetap Lawan
Kalau didunia timbangannya berat disebelah sana, di Negeri Akhirat PASTI dipihak yang benar.
Satu penghujahan yang baik daripada peguam.
Penggubahan Wang Haram , wajib didedah kepada awam , penjenayah harus dihukum .
bongkar jenayah dan kejahatan mengikut BN dah jadi jenayah?patutlah ada OSA...
BN tidak boleh terima kebenaran, hanya selalu ubah dan buat slogan...
Sepatutnya orang patut didakwah akta Bafia adalah si Sharizat dengan suaminya kerana diaorang memang sah mengubah wang haram tersebut. bahkan diaorang ini boleh juga dikenakan hukuman akta money laundering kalau diikutkan sebenarnya. Fikirlah sendiri, wajarkan Rafizi yang satu sen tak ada dikenakan hukuman akta bafia?
Catat Ulasan