20 Nov 2012

PAS Berdoa Demikian Kerana Tiada Tempat Lain Untuk Mengadu

Berdoa kepada ALLAH, kerana tiada tempat mengadu

SHAH ALAM – Pas mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) mungkin disebabkan kezaliman yang dibuat terhadap rakyat.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik berkata, Pas berbuat demikian kerana parti itu didakwa tidak ada tempat untuk mengadu menyebabkan mereka berdoa dengan ALLAH.

Menurutnya, Pas berbuat demikian kerana kezaliman yang dihadapi oleh mereka antaranya royalti minyak rakyat Kelantan, kezaliman kepada parti itu yang merupakan parti pembangkang dan fitnah serta kebebasan media.

“Doa harus bagi yang dizalimi. Doa orang yang dizalimi tidak ada hijab (dinding) dengan ALLAH SWT,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Maszlee berkata, Pas seharusnya menggunakan perkataan yang baik dan berhikmah ketika berdoa.

“Cadangan saya untuk mengelakkan supaya didoakan keburukan, setiap pihak perlu diberikan peluang dan ruang demokrasi, kembalikan hak rakyat dan pihak terlibat,” katanya. -SH

Ulasan GB

Ketara sangat UMNO BN kini terlalu takut dan kecut dengan doa PAS berkenaan.

Jika yakin tidak melakukan kesalahan dan kezaliman sepatutnya UMNO BN tidak perlu rasa takut dan kecut kerana orang-orang PAS berdoa demikian, seperti kata Dr. Maszlee di atas, adalah kerana kezaliman yang dihadapi oleh mereka antaranya royalti minyak rakyat Kelantan, kezaliman kepada parti itu yang merupakan parti pembangkang dan fitnah serta kebebasan media.

Jika UMNO BN tidak zalim, doa orang-orang PAS itu tidak terangkat ke langit. TETAPI jika benar UMNO BN itu zalim maka barulah doa itu dimakbulkan Allah swt seperti hadith menyebut:

Daripada Abdullah bin Abbas ra baginda berkata bahawa Rasulullah saw telah mengutus Muadz bin Jabal ke Yaman dan baginda bersabda: " Takutlah akan doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya ia (doa tersebut) tidak ada hijab (pendinding) antaranya dengan Allah swt."


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



8 ulasan:

Awanama berkata...

Puak penipu dalam SPR mesti terkencing kerana doa PAS akan terkena pada mereka juga.

Awanama berkata...

sorang veteran umno kg berkongsi cerita, BN selama ni mmg menipu ketika PRU. terpaksa. kalu x, abis la melayu merempat dan Islam ditindas.

Aku tanya blk, bukankah itu salah dan x amanah? Dia akui, tapi terpaksa utk menyelamatkan negara Malaysia daripada tergadai. maklumat dari risikan SB. mestilah sahih! (nada serius)

keh keh keh. murni sungguh niat smpai da x kenal halal haram. ni la cara umno. Modus operandi - membodoh dan menghaprakkkan melayu yg kat bawah supaya sentiasa menyokong walaupon dlm perkara yg kabur dan salah

Awanama berkata...


Subjek yang sering UMNO guna untuk takutkan melayu khususnya golongan tua dan orang muda akal pendek di kampung yang sebahagian mereka ada pengalaman hidup susah zaman jepun ialah ayat 'SB kata'.

Mereka tidak sedar semua itu adalah komponan atau pekakas UMNO untuk melebong melayu supaya mereka terus berkuasa. Termasuk juga'cerita-cerita' kononnya keburukan pihak pembangkang.

Segala keboborokan dan onar pemimpin yang sedang berkuasa walau telah terbukti melemah dan merugikan rakyat, bangsa dan negara langsung tidak diperkata.

Melayu tadbiran UMNO terus diperbangangkan minda mereka. Mereka yang celik dan iklas dengan kebenaran pasti tidak akan terus diperbodohkan lagi

Awanama berkata...

Semoga Allah menumbangkan keangkuhan, keegoan, kedurjanaan & kezaliman kerajaan BN di bumi Malaysia yang tercinta ini. InsyaAllah, Dia sentiasa bersama pihak yang benar.

acop berkata...

yg mudah dilihat sana sini dlm Malaysia..umno, keluarga dan kroni2 dia yg sibuk menambakkan harta benda wpun menyusahkan org ramai.. hanya umno dan anak beranaknya dah kayaraya dan jadi sibuk sgt utk menghabiskan duit2 merampas td dgn senang lenang sepuas2nya sedangkan ramai rakyat dlm kesusahan dan kesempitan...

Awanama berkata...

UMNO nak takut apa? Kalau tak zalim,tak rasuah,tak menipu dan tak bersekongkol menghina Islam,tak perlu takut.Buatlah perhimpunan pulak minta Fatul Bari minta doa kekalkan kezaliman dan kerakusan UMNO.

Awanama berkata...

Dalam islam kita adalah hamba..allah adalah tuhan Maha Esa..Dia lah yang menciptakan seluruh alam..termasuk kita hamba yang hina..bila kita diberi nikmat..ucap lah alhamdulillah..itu cara kita mengadu pada allah tanda syukur kita atas nikmatNya..begitu juga bila kita dizalimi..hanya Allah tempat kita mengadu..memohon..merayu..meminta..menagih..Allah Maha Mendengar..Maha Mengetahui..dan doa org yang dizalimi tiada hijab..tunggu sahaja bala dari Allah wahai pemimpin yg zalim..waktu itu..mana mau lari..??waktu itu harta kamu berbillion xkan mampu menolong kamu..pencacai setia kamu juga akan lunyai bersama kamu..anak pinak kaum keluarga kamu juga akan binasa bersama kamu..kuasa kamu tersangat kerdil utk menangkis bala allah..bertaubat la sebelum terlambat..mungkin apa yang berlaku skg ini peringatan utk kamu dari Allah tanda kasih sayang Allah terhadap hamba hambaNya..

Awanama berkata...

Saya berada di Stadium bersama-sama mengaminkan doa tersebut. Puas dan berbaloi perjalanan sejauh dari Selangor ke Kota Baharu kerana sama-sama dapat berada di dalam suasana bermunajat ke hadrat Allah SWT mengaminkan doa orang yang dizalimi selama ini.
Saya bukan orang ke Kelantan namun bangga menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat. Saya dapat merasa denyut nadi rakyat Kelantan yang telah dizalimi dalam berbagai cara. Penafian Hak Royalti merupakan kezaliman UMNO terhadap umatMelayu Islam Kelantan. Pengamalan fahaman politik sempit yang langsung tidak berteraskan demokarsi Berpelembagaan dan semangat Persekutuan. Ini merupakan satu penganiayaan besar. Kenapa takut untuk diberi royalti kepada yang berhak. Yang mendapat manfaatnya adalah juga orang Melayu Islam. Yang akan membangun adalah umat Melayu Islam, hanya kerana perbezaan fahman politik sanggup penganiayaan ini dilakukan. Berapa banyak orang Melayu Islam Kelantan yang kan mendapat faedah dari hasil royalti ini. Berapa banyak pembangunan berfaedah dapat dirancang dan dijalankan jika wang tersebut disalurkan melalui kerajaan negeri kerana mereka adalah golongan yang amanah.
Selepas dinafikan hak tersebut ditohmah lagi negeri Kelantan tertinggal dari arus pembangunan, kerajaan Kelantan sekarang tidak berupaya membangunkan Kelantan. Sudah geran Persekutuan pun dilambatkan.
Siapa yang teringgal? Ya umat Melayu Islam. Masih banyak yang perlu dibantu untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu Islam Kelantan. Peluang pekerjaan perlu diperbanyakkan melalui pelaburan samada dari pihak kerajaan mahupun swasta. Dana royalti mampu melonjak Kelantan setanding Selangor. Tiada cara lain selain jalan ke Putrajaya dirintis oleh PR dan hak rakyat Kelantan dikembalikan kepada yang berhak. Doa ini mustajab, Insya Allah. Amin