26 Nov 2012

Taklimat Kes Scorpene Oleh Peguam Perancis Di Singapura Esok

Taklimat kes Scorpene yang sepatutnya diadakan di Parlimen esok dipinda ke Hotel Changi di Singapura berikutan arahan daripada Speaker Dewan yang enggan membenarkan kehadiran peguam Perancis.

Taklimat akan bermula pada 11 pagi sehingga 2 petang esok dan dijangka akan dihadiri majoriti ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Tambahan, taklimat yang sepatutnya dilakukan oleh dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Brohem terpaksa dibatalkan dan hanya diwakili peguam bersekutu mereka, Apoline Cagnatn.

Cagnatn dikatakan sudah berlepas daripada Perancis pukul 3 petang tadi (waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Singapura pada pukul 7 pagi esok.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam responnya berkata, keputusan itu dibuat beradasarkan kuasa mutlaknya untuk menentukan, memberi kebenaran atau arahan bagi membolehkan seseorang masuk ke kawasan Parlimen.

Menurut Pandikar, keputusan itu turut dilakukan kerana mendapat bantahan rasmi daripada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) demi menjaga kedaulatan dan nama baik institusi Parlimen supaya kekal terpelihara.

“Kalau pun ada bukti baru yang perlu diperjelaskan kepada mana-mana pihak khasnya ahli Parlimen, pada hemat saya, ia masih juga berstatus tuduhan, bersifat fan berunsur politik yang bukan ‘bipartisan’.

“Sehubungan itu, saya amat bersetuju dengan pendirian BNBBC jika agenda peribadi ini hendak diperjelaskan, bolehlah menggunakan ruang lain seperti ibu pejabat parti, pejabat Suaram atau lain-lain premis awam yang bersesuaian tanpa melibatkan institusi Parlimen Malaysia.

“Keputusan muktamad ini juga sejajar dengan keputusan saya dalam Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat pada 8 November 2012 mengenai ‘Isu Keselamatan Parlimen Malaysia dan Penggunaan Ruang Sidang Media’ dengan mengambil kira keistimewaan dan hak ahli Parlimen dibawah Peraturan Mesyuarat 93 dan 94 demi memastikan tahap integriti, keluhuran dan kedaulatan institusi Parlimen Malaysia terpelihara sepanjang masa,” katanya.

Tambah Pandikar, setakat ini tiada sebarang permohonan rasmi yang diterimanya, sebaliknya hanya surat makluman mengenai hasrat untuk membawa tetamu undangan (peguam Perancis) masuk ke Parlimen.

Pandikar berkata demikian dalam satu surat jawapan rasmi kepada pejabat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Tian Chua dalam sidang media berkata, William dan Joseph tidak dapat hadir kerana enggan mengambil risiko yang tinggi apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak memberikan sebarang jaminan keselamatan kepada mereka.

“KDN kata tertakluk kepada syarat-syarat imigrasi yang akan ditentukan Jabatan Imegresen…tugas mereka hanya nak masuk dan buat taklimat ringkas. Mereka tak berminat nak buat kecoh pun,” katanya.

Sehubungan itu Tian Chua berkata pihaknya mengalu-alukan kehadiran ahli Parlimen BN termasuk ahli Senat ke Singapura esok dan berusaha untuk menyiarkan taklimat tersebut secara langsung termasuk melalui laman sosial Facebook.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang R Sivarsa berkata keputusan Speaker itu merupakan langkah terbaru untuk mengurangkan ruang bagi rakyat menyuarakan pendapat dalam Parlimen.

“Secara langsung menunjukkan adaperkara yang tak mahu didedahkan. Ada perkara yang mereka tak mahu rakyat tahu,”
katanya. -FMT

Dihalang masuk M’sia, peguam Perancis beri taklimat Scorpene di Singapura esok

KUALA LUMPUR 26 November: Taklimat Scorpene yang dijadual berlangsung di Parlimen Malaysia ditukar di Singapura esok, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Katanya, keputusan itu dibuat berikutan permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan taklimat tersebut ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ekoran itu, sesi taklimat tersebut akan diadakan di Hotel Changi Village selama dua jam bermula 12 tengahari oleh Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon.

“Hari ini pejabat Ketua Pembangkang terima surat rasmi dari Speaker yang beri jawapan negatif (berhubung permohonan taklimat).

“Antara sebab yang diberi Speaker adalah bantahan dari Ahli Parlimen BN dengan alasan menjaga kedaulatan dan nama baik institusi Parlimen,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

“Surat rasmi yang dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bagi meminta jaminan peguam boleh masuk ke Malaysia juga sampai hari ini tidak dijawab,” kesalnya.

Justeru, beliau menjemput semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk dari BN serta pihak media untuk hadir sama.

“Bagi yang tak dapat hadir, boleh tanya soalan melalui laman twitter dan facebook.

Kami juga akan usahakan supaya taklimat boleh disiarkan secara langsung melalui internet,” kata Ahli Parlimen Batu itu.

Turut hadir sidang media, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Perkara tersebut turut disahkan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.

“Ya, taklimat tersebut akan diadakan di Singapura esok,” katanya kepada Keadilan Daily.

Mengikut jadual, William dan seorang lagi peguam Perancis, Joseph Breham akan memberi maklumat terperinci mengenai perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis.

Khamis lalu, Sivarasa memberitahu, taklimat yang sepatutnya diadakan pada Khamis lalu ditunda dan dijadual berlangsung di bilik taklimat, bangunan Parlimen esok.

Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Anwar pada 7 November lalu.

Sebelum ini, Hishammuddin menyatakan peguam terbabit akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan ‘keputusan yang dibuat’.

Pada Julai tahun lalu, kerajaan bertindak menghantar pulang William ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di Petaling Jaya.

Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.

Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh mengguna bom C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006.

Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.

Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin
- KD

10 ulasan:

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Yang Pakcu nak tanya peguam yang datang tu wakil syarikat kapal selam tu ke atau peguam yang hanya diupah untuk lipat sana lipat sini lepas tu balik kampung dia.????? Yang tinggal kita terpingga-pinga dengan nasi dagang yang dia jual...

Awanama berkata...

pakcu..... kan ini negara demokrasi apa salahnya kita dgr ulasan org putih yg nak ajar kita ttg undang2 dan demokrasi bebas bersuara dan bebas upah peguam.... kalau undang2 {hukum} hudud dah lama dah tengelam kes nee

Awanama berkata...

kita tunggu je pak cu ooii...kes ini melibatkan juta juta duit rakyat

Awanama berkata...

Pakcu perlu berlapang dada dan berfikiran terbuka. Jangan jadi katak di bawah tempurung. Dengarlah juga pendapat orang lain.

wau78 berkata...

Saya setuju dengan Pakcu, takat mai dok pong pang pong pang nak buat menatang apa ? Peguam ni berdiri atas tiket apa ? Jangan tiket wayang dah ...........

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Terima kasihlah kerana respon kat komen Pakcu..tapi bagi Pakculah kalau kita bercakap tentang undang-undang sampai bila tak habis jika peguam sendiri cakap dikedai kopi. dan pi jaja serata dunia.Cara betul cakap dimahkamah..yang pelik pula peguam entah darimana nak cakap pasal kapal tu..kenapa tak penguam syarikat tu...baru kena lagu..betul tak ??????

WarFitnah berkata...

BERANI KERANA BENAR, TRAKUT KERANA SALAH......JIKA UMNO RASA ALLAH AKAN MENYEBELAHINYA SO APA NAK DITAKUTKAN......TAPI KALAU DAH BUAT SALAH TUU, FIKIR2 LAA SENDIRI YEA, BANYAK NAK JAWAB ESOK SEKIRANYA KORANG DARI UMNO MENYELEWENG DUIT RAKYAT, WALHAL 1 SEN PUN ESOK AKAN DITANYA TAU !!! INSAFLAH DAN BERTAUBATLAH SEMENTARA PINTUNYA MASIH TERBUKA.....

wau78 berkata...

Hidup Pakcu............

Selipar berkata...

Salam pakcu. Peguam perancis tu bertindak atas tiket anti-rasuah. kat perancis tu badan anti rasuah dia lagi bagus dari malaysia. badan anti rasuah ICAC hingkong pun lagi bagus dari malaysia. kalau badan pencegah rasuah malaysia ni, bila ada kes high profile, konpom kes tutup terus. peguam perancis tu mai malaysia nak habaq apa yang kita tak tau lah. bukan nak suruh percaya, ada otak kita pakailah..kita pun pikiaq otak kita jangan kat kedai kopi aja.. pi la guna internet buat research sendiri..kalau tak tau elok kita diam diri aja...toksah nak percaya paper sangat. kalau paper semua jujur, ada satu ja paper kat melaysia nie. tapi la ni ada paper kerajaan dan paper pembangkang..pi baca dua2 paper..murah ja pun.. pastu pakai otak sendiri pikiaq... hakim pun dengar dua pihak cakap, baru adil.. kalau dok dengaq sebelah saja semua orang pun kata tak adil...

acop berkata...

wahai pakcu dan wau78..kami dah pasti nak tumbangkan umno busuk tu..malunya kami terpaksa menerima Naji sebagai piem Malaysia..dia bnyk nya terpalit dgn kejahatan..