26 Nov 2012

Kerajaan Takut Pemerhati Luar Kerana Pilihanraya Kotor - MAFREL

Kerajaan Umno BN tidak perlu takut dengan kehadiran pemerhati antarabangsa dalam pilihan raya umum (PRU) jika yakin sistem pilihan raya di negara bersih, kata Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh.

“Kalau kita yakin proses demokrasi kita baik, tak perlu takut dan bimbang untuk benarkan pemerhati luar (memantau PRU).

“Dari dulu lagi Mafrel konsisten tentang isu ini. Ia perlu dilihat dengan positif kerana pemerhati luar boleh beri perspektif dan cadangan yang baik.

“Jadi, (kerajaan) patut alu-alukan kedatangan mereka. Seolah-olah nak takutkan orang ramai, bahawa ‘ini negara kita, orang lain jangan terlibat’,” katanya ketika dihubungi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan kehadiran pemerhati antarabangsa pada PRU ke-13 akan memalukan negara.

Najib turut menuduh pemerhati luar sebagai ‘campur tangan asing’ dan kononnya merosakkan masa depan negara.

Menyangkal tuduhan itu, Syed Ibrahim menjelaskan, peranan pemerhati luar semasa pilihan raya di mana-mana negara biasanya berpandukan prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

“Mereka bukan sewenang-wenangnya buat laporan (untuk burukkan negara). Jadi tak perlulah takut sangat untuk benarkan pihak lain beri pandangan tentang negara kita,” kata beliau.

Menurutnya, Mafrel akan menjadi pemerhati dalam PRU 13 untuk memantau sebarang cubaan penipuan dan penyelewengan.

“Mungkin dalam masa terdekat, kami akan umumkan (penubuhan) gabungan dengan badan bukan kerajaan (NGO) lain untuk buat pemerhatian yang lebih baik dan meluas,” jelasnya.

Sejak 2005, Mafrel menjadi pemerhati di beberapa pilihan raya kecil, Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2006, termasuk PRU 2008.

Mafrel juga mengambil bahagian sebagai pemerhati antarabangsa di beberapa negara, antaranya Hong Kong, Pakistan, Thailand dan Bangladesh.

SPR sendiri jadi pemerhati negara lain – Bersih

KUALA LUMPUR 26 November: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) menempelak kerajaan Umno BN yang menolak kehadiran pemerhati luar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Ahli Jawatankuasa Pemandunya, Maria Chin berkata, ia tidak dapat diterima sedangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri menjadi pemerhati pilihan raya di negara lain.

“SPR sendiri ingin jemput pemerhati luar. (Malah) mereka juga jadi pemerhati semasa pilihan raya di negara lain.

“(Justeru) saya tidak tahu kenapa jadi isu besar apabila Pakatan Rakyat minta Australia jadi pemerhati luar (dalam PRU akan datang),” katanya ketika dihubungi.

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan Malaysia tidak memerlukan pemerhati luar untuk memantau perjalanan pilihan raya akan datang.

Maria yang kesal dengan tindakan itu menggesa kerajaan bersikap adil menerima pemerhati luar bagi menjamin pilihan raya umum ke-13 bersih dan adil.

Pada 12 Julai lalu, SPR dilaporkan berminat menjemput badan pengendali pilihan raya dari negara Asean sebagai pemerhati antarabangsa untuk PRU 13.

SPR sebelum ini turut menghantar seorang pegawai untuk menyertai delegasi pemerhati Malaysia semasa Pilihan Raya Myanmar tahun lalu.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca


8 ulasan:

Awanama berkata...

Nak tipu la tu.......kalau ada org dok perati mana bleh tipu.....

Kalau dah jenis penipu...camana pun dia nak tipu jugak...?

Najib penipu, penyamun , perasuah...

Awanama berkata...

Bak kata pepatah, anjing kalau tak makan tahi, dapat hidu pun cukup.

Sedikit sebanyak akan ada penipuan dalam pilihan raya nanti. Sebab itu kerajaan BN takut kepada pemerhati bebas.

Awanama berkata...

Berani kerana benar takut kerana banyak kali menipu dlm pelihanraya. Allah memandang semua penipuan ini. Jangan risau PRU 13 adalah penentuan, rakyat berdoa akan kemanangan pihak yang benar. Kita akan tengok apabila segala kesalahan kesalahan terbongkar. Ingat lah separuh tanah rezab Melayu tergadai.Benda ini memang tak boleh di maafkan derhaka nama nya. Sebab itu mereka takut kalah. Wahai bangsa ku bangkit henti perbuatan kianat ini

Roza berkata...

Bukankah Malaysia gah dengan segala macam yg nak dipertontonkan kepada dunia. Tiba2 marah pula. Kita tentu suka kalau org nak menjadi tetamu ke Malaysia.Apa nak ditakutkan.Kita pun pergi juga ke negara orang.

Roza berkata...

Bukankah Malaysia gah dengan segala macam yg nak dipertontonkan kepada dunia. Tiba2 marah pula. Kita tentu suka kalau org nak menjadi tetamu ke Malaysia.Apa nak ditakutkan.Kita pun pergi juga ke negara orang.

Awanama berkata...

UMNO memang suka yang kotor seperti rasuah.

Awanama berkata...

Krjn nk bkn pemerhati dr australia..dia pemerhati dr uganda,kenya or zimbawe ke..klu negara ni msti dpt sokongn..xcaya.. cuba dsai utara kn..

Awanama berkata...

Tunjukkan sikap kejantanmu Najib dengan menjemput pemerhati luar. Barulah kita ada respect sikit pada you sebagai perdana menteri UMNO yang terakhir.