27 Nov 2012

Isu Pemecatan Qatrun Nada: Tindakan JAWI Diselar

Jangan pecat kerana fahaman politik, Jawi

PETALING JAYA: Sebuah NGO, Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan) hari ini mengkritik tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Labuan kerana memecat kakitangan atas alasan politik.

“Insan menentang sekeras-kerasnya campur tangan politik dalam pengurusan Jawi. Sebagai sebuah agensi awam, Jawi sepatutnya bersifat berkecuali dan profesional dalam tatakelola pengurusan. Campur tangan ini hanya mencemarkan imej Jawi sebagai sebuah badan kerajaan yang berteraskan Islam.

“Kegagalan Jawi memberikan sebab yang munasabah di atas pemecatan ini menguatkan dakwaan bahawa Jawi telah dipengaruhi oleh kepentingan politik Umno sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.

“Perkara ini jelas bertentangan dengan visi Jawi sendiri yang ingin menjadi badan peneraju dalam memartabatkan Hal Ehwal Islam.

“Insan juga mengecam tindakan Umno yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan. Umno sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitik adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan,” kata Penyelaras Insan, Mohd Faris Abdullah dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata begitu ketika mengulas pemecatan kakitangan sementara Jawi yang bertugas sebagai guru, Qatrun Nada Latfi.

Qatrun menerima notis pemecatan sebulan yang berkuatkuasa pada 1 Disember pada 24 Oktober. Beliau menerima notis tersebut kerana menghadiri ceramah Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September lalu.

Menurut Faris, notis yang diterima Qatrun pada 24 Oktober itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan secara terperinci.

Faris turut mendedahkan bahawa Qatrun menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya sebagai orang kuat Umno Labuan pada 9 Oktober.

Pemanggil tersebut telah memberi amaran kepada Qatrun agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.

Pejabat Jawi Labuan telah menyiasat kegiatan luar Qatrun pada 22 Oktober.

Guru dipecat kerana dengar ceramah Pakatan
.

LABUAN: Kerana menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, seorang kakitangan sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Qatrun Nada Latfi (gambar), yang bertugas sebagai guru sementara di Labuan telah menerima notis pemecatan sebulan.

Beliau menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September 2012.

Qatrun Nada telah disiasat dan menerima notis pemecatan yang akan berkuatkusa pada 1 Disember ini.

Walau bagaimanapun, notis yang diterima beliau pada 24 Oktober itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan secara terperinci.

Sebelum pemecatan tersebut, Qatrun Nada menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat UMNO Labuan pada 9 Oktober 2012.

Dalam panggilan itu, individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.

Tidak lama selepas panggilan itu, Qatrun Nada dipanggil ke pejabat JAWI Labuan untuk disiasat mengenai kegiatan luar beliau pada 22 Oktober 2012.

Sehubungan itu, NGO Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (INSAN) menentang sekeras-kerasnya campur tangan politik dalam pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan.

Sebagai sebuah agensi awam, JAWI sepatutnya bersifat neutral dan profesional dalam tatakelola pengurusan, kata Koordinatornya, Mohd Faris Abdullah.

Bagi beliau, campur tangan ini hanya mencemarkan imej JAWI sebagai sebuah badan kerajaan yang berteraskan Islam.

Katanya, kegagalan JAWI memberikan sebab yang munasabah di atas pemecatan ini menguatkan dakwaan bahawa JAWI telah dipengaruhi oleh kepentingan Politik UMNO sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.

Perkara ini jelas bertentangan dengan Visi JAWI sendiri yang ingin menjadi badan peneraju dalam memartabatkan Hal Ehwal Islam, tambah beliau.

"INSAN juga mengecam tindakan UMNO yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan.

"UMNO sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitk adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sehubungan dengan itu, INSAN akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, YBhg Datuk Hj Che Mat Bin Che Ali pada 29 November 2012 bagi mendesak beliau membebaskan JAWI daripada sebarang campur tangan politik sempit.

INSAN juga akan mengadakan sidang media bagi mendedahkan penglibatan UMNO dalam isu ini.

"INSAN memiliki bukti kukuh yang akan menunjukkan penglibatan UMNO sebagai dalang yang menzalimi rakyat hanya kerana kepentingan politik," katanya.

Qatrun Nada binti Mohd Latfi merupakan seorang guru yang bertugas di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau dilantik sebagai guru sementara di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.

Beliau juga merupakan bekas Ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang terlibat dalam demonstrasi menuntut Air bersih di UMS Labuan pada tahun 2009
-HD

8 ulasan:

Awanama berkata...

Datuk gagap tu tak bulih buat apa dah..Dia sendiri org kuat Umno T'ganu..selalu bersekongkol dgn Umno di Bahagian2 Wilayah dlm mengatur dan menentukan jawatankuasa masjid dan surau sehingga menjadi berpecah belah...

Awanama berkata...

ya allah kenapa sampai begini takutnya pemerintah pd kuasa rakyaat...... bersedialah PR utk memerintah malaysia insyaallah

Ammy Hassan berkata...

Tindakan Jejawi ini adalah atas dasar takut periok nasi berisi pasir dan utk jaga tembolok semata2. Jejawi pun makan gaji, bila UMNO Labu-labuan gertak, abih terlondeh suar Jejawi... Mahu tak mahu Qatrun menjadi mangsa, kalau Qatrun itu Qarun UMNo takpe...

Awanama berkata...

Inilah Islam ala UMNO. Wasatiyyah katakan.

warung KL berkata...

Wahai Cik QN : yang awak pi dok dengar ceramah tu buat ape ? Adakah ia membantu pengajaran awak ? Tentu tidak kan ? Dah tu awak pekerja sementara bukan tetap. Pengajaran la untuk yang lain tak payah pi dengar CERAMAH KA APA KA ! Yang penting UNDI!

Awanama berkata...

Nampak sangat JAWI sudah gila. Guru sementara pun kena pecat. Tak boleh sabar ke tunggu habis kontrak ?

Awanama berkata...

Rezeki ada d mane..inshaallah lps msti byk dpt keje..sbr ye Qatrun

Awanama berkata...

sepatutnya rakyat berhak pilih calon terbaik tanpa unsur kepartian..selepas menang baru wakil rakyat undi siapa pm..calon pm mesti berdebat untuk tonjolkan diri.tiada ketokohan dan matalamat baik jgn cuba..selepas itu baru namanya kerajaan malaysia..soal ustaz dpecat ni nampak tak demokrasilah gayanya...dia ada hak utk mendengar..dengar saja undi siapa tahu...so ianya ganjil berubahlah fikirlah lebih matang...i am from sabah