21 Nov 2012

Kenyataan Donald Lim Bukti Nyata Kebodohan BN Mentadbir

Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini membidas kenyataan semberono dan tidak berintegriti daripada Datuk Dr Donald Lim yang mengatakan kerajaan Selangor tidak prihatin masalah rakyat apabila tidak membatalkan kelulusan projek kondominium di Batu Caves sekaligus menyatakan beban kesalahan itu seharusnya ditanggung oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Kenyataan Datuk Dr Donald Lim itu nyata tidak bertanggungjawab, apatah lagi sebagai Timbalan Menteri Kewangan, beliau sepatutnya tahu segala prosedur kelulusan yang perlu dilalui sebelum sesuatu projek itu dilaksanakan.

Tindakan beliau menyalahkan Menteri Besar Selangor adalah satu usaha terdesak untuk mengalihkan isu dan tumpuan terhadap kegagalan kerajaan lama Barisan Nasional memerintah Negeri Selangor.

Tindakan Datuk Dr Donald Lim yang juga Pengerusi MCA Selangor mempersoalkan kenapa Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim tidak membatalkan perlaksanaan projek tersebut yang dibentangkan 26 Jun 2002 dan menunjukkan Pakatan Rakyat tidak sensitif dengan isu rakyat adalah melucukan.

Sedangkan pelan cadangan datang dari Ahli Majlis Perbandaran Selayang ketika itu.

iaitu Senataor A Kohilan Pillay, yang kini menjawat jawatan Timbalan Menteri Luar.

Maka jelas sepatutnya pelan cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan lama Selangor inilah yang jelas berpaksikan keuntungan semata-mata, tidak sensitif kepada perasaan penganut Hindu sekitar dan sekarang dengan begitu dangkal cuba menyalahkan kerajaan yang mengambil alih selepas itu.

Keputusan-keputusan yang buruk seperti inilah yang mencerminkan kebodohan kerajaan Barisan Nasional terdahulu dalam melaksanakan pembangunan untuk negeri dan rakyat.

AMK Selangor melihat ini sebagai satu simbol bahaya dan penanda aras bagaimana salahguna kuasa boleh berlaku sekiranya kuasa dan tanggungjawab dipikul oleh mereka yang tidak layak.

AMK Selangor mempersoalkan kebolehan Datuk Dr Donald Lim dan Senator A.Kohilan Pillay sebagai dua Timbalan Menteri, yang memegang portfolio penting dalam negara untuk mengurustadbir permasalahan sekiranya inilah tahap pemikiran yang mereka tunjukkan.

Tumpu agenda merakyatkan ekonomi, jangan ikut rentak pembangkang Selangor AMK Selangor percaya kes-kes sentimen dan terpencil seperti ini sengaja ditimbulkan untuk mengganggu kesinambungan kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir di Selangor.

Malah kecenderungan Barisan Nasional ‘mencuci tangan’ dengan mudah ini sangatlah dikesali.

Sewenang-wenang menyalahkan pihak lain, sedangkan secara terang-terangan mereka yang terlalu rakus semasa memerintah.

AMK Selangor yakin dengan kemampuan Menteri Besar Selangor serta barisan Exco untuk terus menumpukan kepada agenda merakyatkan ekonomi dalam pusingan akhir sebelum pilihan raya umum ke-13.

AMK Selangor juga meminta rakyat menilai tahap kebolehan wakil-wakil yang dimiliki oleh Barisan Nasional dalam menjalankan urus tadbir negeri.

Jika begitu besar kesilapan yang boleh dilakukan sewaktu menjawat jawatan kecil seperti Ahli Majlis, bayangkanlah kerosakan yang boleh dilakukan ketika menjawat jawatan Timbalan Menteri.

Keraguan ini AMK Selangor tujukan kepada Senator A.

Kohilan Pillay Natijahnya, Barisan Nasional terlalu memandang enteng keperluan dan kehendak rakyat sehingga mengabaikan perkara yang mendasar.

Mereka tidak pernah menjangka rakyat akan menghukum mereka pada 2008 dan masih tidak sedar rakyat mahu terus menghumban mereka pada PRU ke-13 nanti.

Cuma apa yang menbimbangkan, betapa banyaklah penyelewengan yang harus ditanggung Pakatan Rakyat atas ketidakcekapan Barisan Nasional apabila mengambil alih Putrajaya kelak? Namun demi rakyat, kemaraan diteruskan.

AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang membahayakan negara apabila individu yang dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri terdiri daripada orang yang pandai tapi tak cerdik.
Rakyat dan PR perlu tegas dalam 8 tuntutan BERSIH sebelum PRU13. Beri time frame kepada SPR terhadap tuntutan tersebut yaani sebelum PRU13. Kalau tuntutan tersebut tak dipenuhi kita buat HIMPUNAN BERSIH setiap hari diseluruh negara supaya rakyat tidak keliru.

Unknown berkata...

Ha cmner tu..

McD Malaysia VS McD Luar Negara

Tanpa Nama berkata...

Ini menunjukkan kebodohan pemimpin BN/UMNO. Rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya sudah sedar akan kemampuan pemimpin BN yang rendah ini apalagi yang dilantik sebagai senator (kerana tak bertanding atau kalah dalam pilihan raya dan dilantik menduduki barisan kabinet).

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin-pemimpin MCA ni bukan faham berpolitik pun.MCA tu maknanya Malaysian Chinese Association - macam kumpulan pengakap atau kumpulan untuk kesihatan badan aje.Asal MCA sekadar buat lotery kebajikan masyarakat untuk membantu orang Cina yang diperkampungan "New Village" semasa Malaya diZaman Darurat.Tengku Abdul Rahman Putra,Perdana Menteri Malaya Pertama selalu menekankan "Depa bukan mau apa-apa,depa cuma nak berniaga aje".Jadi tak heiranlah pemimpin-pemimpin MCA buta politik dan buta pentadbiran.

Tanpa Nama berkata...

Kepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk

Contohnya yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Permuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.

Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……

Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat

Sekian, Terima kasih