10 Nov 2012

1,000 Sertai Demo Bantah Chua Soi Lek Hina Hudud


Marang: Hampir 1,000 umat Islam yang selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Rusila, semalam mengadakan bantahan secara aman terhadap kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disifatkan menghina hudud serta hukum Islam.

Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali berkata Presiden MCA itu tidak mengetahui perundangan Islam tetapi bersikap kurang ajar kerana menghina hukum hudud dan Islam amnya.

Menurutnya, pemimpin MCA tersebut juga biadap kerana mempertikai agama Islam dengan mempersoalkan hudud yang telah digubal di Kelantan dan Terengganu sebagai hudud versi PAS.

“Tunjukkan contoh, di mana lemahnya (hudud), di mana kurang atau pun tempat tidak kena undang-undang hudud yang digubalkan khususnya di Terengganu dan Kelantan yang telah mengubalkan undang-undang di bawah Kanun Jenayah Syariah,” ujarnya.

Antara pimpinan PAS yang hadir dan berucap iaitu Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Ahmad Faizul Wan Abas dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu, Syeikh Muhammad Hanafi.

Yahaya selaku Yang Dipertua PAS Marang menegaskan perhimpunan secara aman tersebut bagi menyatakan sikap serta pendirian PAS mempertahankan Islam.

Ini kerana, kata beliau, hati umat Islam di negara ini terguris, terkilan dan marah dengan kenyataan dibuat oleh mereka yang tidak faham serta membenci Islam.

“Ini (demontrasi) adalah untuk menyatakan sikap dan pendirian kita membela Islam.

Hati umat Islam terguris, terkilan dan marah dengan kenyataan-kenyataan dibuat oleh mereka yang tidak faham dan dilihat seperti membenci agama Islam.

“Kita sendiri juga diajar oleh agama (Islam) agar kita tidak menghina agama-agama lain walau pun kita tidak bersetuju dengan agama-agama lain (namun) kita tidak sampai menghina agama-agama mereka,” jelasnya. -HD

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maaflah Pakcu masuk mencelah lagi...
Kadang-kadang Pakcu terfikir sebenarnya hari ini siapa pencentus kepada masalah agama kita nii....MCA ke DAP.???

PAS ke UMNO???? Manusia ke Syaitan ke ????

Kalau kedua-dua parti ni saling bergaduh kerana untuk meraih undi-semata-mata untuk kuasa politik nampak benar Syaitan yang cerdik.....

Tanpa Nama berkata...

Bubar UMNO semua masuk PAS, syaitan yang dikenali pun menangis

Tanpa Nama berkata...

UMNO PENYOKONG KUAT MCA

Tanpa Nama berkata...

UMNO mahu bekerjasama dengan PAS dengan syarat PAS jadi budak suruhannya, TGNA dah faham..sebab tu tolak...

Tanpa Nama berkata...

peranan Ulama Muda UMNO hanya bodek, mana berani tegur MCA...