6 Okt 2012

Prosedur Kompaun AES Kelirukan Rakyat

Kerajaan Pusat diminta memperkenalkan satu mekanisme baru berkenaan notis kompaun pesalah trafik Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negara ini supaya tidak membebankan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (KASE), Datuk Mahfuz Omar berkata, prosedur yang jelas mengenainya perlu ada agar tidak timbul kekeliruan di kalangan orang ramai.

“Bila rakaman imej itu diperolehi, kerajaan kata akan terus keluarkan notis saman sedangkan notis itu sebenarnya adalah notis bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta kepastian samaada betul atau tidak betul imej yang dirakam itu adalah pesalah yang sebenar.

“Maka kerajaan tidak boleh terus mengatakan bahawa individu itu mesti ditawarkan kompaun.

Tidak boleh begitu, ia mestilah selepas ada pengesahan bahawa seseorang itu mengaku itu imejnya barulah individu terlibat boleh ditawarkan untuk bayaran kompaun atau didakwa di mahkamah,” katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri bahawa AES sudah merakamkan 63,558 imej pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat di 14 lokasi panas dari 23 September hingga 30 September lalu.

Abd Rahim juga menjelaskan semua imej tersebut sedang dalam proses semakan dan pengesahan JPJ sebelum saman dikeluarkan.

Mahfuz berkata, persoalan mengenai pelaksanaan AES itu sudah dibangkitkan banyak kali terhadap kerajaan di Parlimen namun sehingga kini ia belum diperjelaskan.

Katanya, pengguna kebiasaan menghadapi masalah ketika waktu puncak di mana anggota polis mengawal lalu lintas serta persimpangan lampu merah.

“AES yang dipasang di simpang lampu merah, bagaimana pada waktu puncak dan ada empat simpang serta polis akan datang untuk mengawal laluan.

Lampu tidak digunakan dan pengguna jalan raya perlu mengikut arahan polis.

“Pada waktu itu ada lampu yang berwarna merah, kalau kita langgar lampu merah bermakna kita melakukan kesalahan.

Kalau polis suruh jalan waktu lampu warna merah dan kita tidak ikut arahan polis, kita juga dianggap salah.

Ini satu penganiayaan kepada pengguna,” katanya.

Beliau seterusnya berkata, kerajaan juga diminta menjelaskan berhubung status AES tersebut dan pihak mana yang mengelola atau mengawalnya.

Tambahnya, kerajaan menetapkan Kementerian Pengangkutan dan JPJ adalah sebagai pemilik maka ia melibatkan penggunaan wang ringgit sedangkan sebelum ini kerajaan mengatakan tidak mengeluarkan satu sen pun sebaliknya ia dilakukan secara penswastaan kepada dua syarikat.

“Sehingga hari ini kita masih belum mendapat kepastian tentang dua syarikat tersebut maka kerajaan harus beritahu secara jelas apa kedudukan sebenarnya mengenainya.

Jika ia dibangunkan oleh dua syarikat in maka sudah tentu ada satu perjanjian antara kerajaan dengan mereka,” katanya.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bravo tn hj mahfuz, teruskan usaha membela rakyat yg teraniaya, ya RAKYAT YG TERANIAYA OLEH KERAJAAN SENDIRI!!!!

begitulah jadinya bila org zalim dan jahil diberi kuasa memrintah negara, tindas dan tindas, aku tidak akan maafkan sesiapa yg pangkah bn selama ini, memenangkan kaum zalim, aku dan keluarga aku anak cucu aku teraniaya, jiran tetangga aku semua ditindas, dihisap darah...

di akhirat esok aku akan tuntut drp mereka terutama org amno.

tengoklah, bayaran saman setahun sahaja dah berapa, tak kira lagi segala cukai yg lain2nya, cukai pendapatan, cukai jln + insuran yg memyara kroni, cukai pintu, cukai tanah cukai perkhidmatan yg macam2. Lagi tol atas highway yg jem, highway boleh jem? adakah regim amno yg memrintah ni ambil kira keperluan rakyat dlm soal pengangkutan, ada planning nak mengurangkan kesesakan? highway dah tak muat dahhhh.

pendek kata celik mata ja cukai, bergerak saja cukai, apa nak jadi ni, yg pemimpin amno sampai anak bini belanja ultra mewah. tu yg org awam nampak, yg tersembunyi entah macamana?

saman had laju ni, aku baru beli kereta dlm 2,3 hari, check2 saman dah ada, tu pun jln dlm beberapa kilo meter saja. apa lah salah sgt kami org awam bawa kereta ni, takat bawa laju lebih sikit, kawasan 90 terbawa 100 lebih sikit, salah sgt ka? kami tak kacau org pun, tak mati pun org dgn kelajuan macam tu? habis kalau dah takut sgt kelajuan kereta, buat kereta meter besar2 buat apa? yg hukum dgn duit poket kami yg tak seberapa, kerajaan zalim yg isap darah lah jwpnya, bukan nak mendidik tapi nak kutip duit segera nak belanja boros atau nak beli undi sebenarnya.

tapi kalau tengok lori2 besar bawa muatan macam nak runtuh, balak, macam2 muatan, asap hitam tebal (macamana penunggang motosikal tahan jika tersedut?) kereta2 bercermin gelap cucuk bontot kereta lain dan macam2 kesalahan trafik lain, ada kerajaan peduli??? alih2 org2 awam rakyat kebanyakan yg terpaksa bayar saman, sebab apa, mungkin sebab rakyat kebanyakkan ini patuh undang2, kena saman ja pegi bayar, jadi senang dpt duit.

kereta2 siam yg samseng tu tah kena saman ke tak, tah2 lepas macam tu aja.

jadi conclusionnya, regim amno ni org lemah ja dia tindas isap darah, tapi kalau samseng dia lepaskan, dah memang amno pun samseng!!!
macam mana kroni yg songlap duit juta dan bilion, lepas macam tu aja. tengoklah. di akhirat besok, terimalah balasan wahai regim zalim.

Tanpa Nama berkata...


Kerajaan terajuan UMNO itu dah tak boleh berfikir waras dan tak layak lagi mengelolakan negara ini.

Belanjawan Najib OMNO, jika dibandingkan dengan bajed Pakatan Rakyat, itu pun macam pengagihan duit poket dia je. Bukan bersifat belanjawan untuk sebuah negara yang jelas sumber, belanja dan hasilannya.

Kepastian aku ialah
TUKAR KERAJAAN.
TUKAR KERAJAAN umno barisan kepada kerajaan PAKATAN RAKYAT.
ABU

Tanpa Nama berkata...

Had laju yg ada sekarang memang tak sesuai lagi. Bayangkankalau semua kereta di Malaysia patuh kpd had kelajuan 110 di lebuh raya. Sepatutnya had kelajuan dinaikkan kepada 130 km . Tapi kalau naik 130 kerajaan tak dapat hasil. Inilah cara zalim dan halus kerajaan menindas rakyat. Dengan keadaan lebuhraya yang baik dan kereta yg lebih selamat kelajuan 130km tidak membahayakan. Harap nanti bila Pakatan memerintah kaji undang-undang lapuk ni.

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong post2 di atas.
Yg aku pelik, mcm mana kenderan2 berat spt lori, bas dll masih bole berluluasa terlebih laju dari kereta2?

Pelik sungguh lah.

Tanpa Nama berkata...

Mereka yang pasang AES ini pandai, sebenarnya. Kalau nak kelentong rakyat dan tipu duit rakyat buatlah prosedur pening kepala, bila rakyat tak paham mula lah tipu terang terang. Kalau AES cantik operasi nya, rakyat mula banyak tanya maka kantoi lah tujuan nya. Mana ada sekim cepat kaya yang telus lagi tak memeningkan?

Unknown berkata...

aku sbnarnya sgt bersetuju dgn aes cuma pelaksanaannya biar telus...semua org memberi alasan bawak laju tidak apa.cuba bygkan kalu kereta yg laju tu terbabas..bkn setakat kereta tu tp org laen spt pak imam nk g surau, mak cik miskin jual kuih tepi jaln pun jd mangsa...ayah ak,sepupu ak semua telah jd mangsa pemandu yg bawak laju dan terbabas..

Unknown berkata...

bila ada kes rogol,bunuh, semua org meminta supaya dikenakan hukuman berat.tp bila kesalahan trafik semua org duduk diam.padahal kesalahan trafik juga boleh membunuh...membunuh org laen..kalu diri sendiri x apa..sepatutnya pesalah trafik tidak sepatutnya dikenakan saman duit tp masukkan dalam jel..

ak bukan org umno bangsat..

Unknown berkata...

ak mmg benci segala tidak tanduk bn spt tol, konsesi yg x masuk akal,jalan raya yg sgt bangng,berlubang sana sini..

tp ak sikong kalu hukuman pesalah trafik berat..x kira lah parti mana yg pegang..

Tanpa Nama berkata...

mudahnya BN perintah Malaysia, pasang kamera kutip wang rakyat untuk tadbir negara

pisangmalaysia berkata...

Waspada lah semua, ini projek banyak untun maaa...tanya lah kat mana pun, speed trap telah merata - rata. Sepatutnya mendidik masyarakat tetapi disebabkan pelaksanaannya oleh mereka yg gagal 'management' maka menjadi satu bisnes yang berjaya dan menekan rakyat marhaen...semua org setuju ada speed trap tetapi masalahnya pelaksanaanya itu menimbulkan kebencian orang. Bayangkan lah, di pekan Jeli, Kelantan yang terpencil pun dah ada speed trap...Orang kampung yang menoreh getah naik Datsun 120Y pun kena...ape ke hainya? Tak ke bisnes minded namanya tu?