6 Okt 2012

Kes Polis Minta Rasuah Drp Deejay Suria.FM: Terbukti Ia Bukan Persepsi, Tapi Realiti

Ketua Polis Negara Kecewa Anggotanya Minta Rasuah Dari Deejay Suria FM Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar kecewa dengan sikap anggotanya yang meminta rasuah daripada penyampai radio Suria FM, Tyzo dan berhasrat mengambil tindakan tegas.

Ismail berkata, perbuatan meminta rasuah tidak boleh dimaafkan dan beliau mahu siasatan terperinci dilakukan berdasarkan kepada laporan yang dibuat penyampai radio itu.

“Saya akan siasat. Perkara begini tak boleh dimaafkan. Kalau perlu, kita akan gugurkan keanggotaannya jika benar didapati bersalah,” katanya kepada mStar Online dalam wawancara eksklusif bersama The Star di Ibu Pejabat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, dekat sini pada Khamis.

mStar Online pada Rabu lalu melaporkan Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris telah melalui pengalaman ditahan anggota polis kerana kesalahan memandu kereta bercermin gelap dalam satu sekatan Isnin lalu di sekitar jalan Sunway dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, anggota polis trafik tersebut telah memberi dua pilihan terhadap Tyzo sama ada mahu menyelesaikan kes itu dengan cara membayar wang ataupun dikenakan saman.

Bagaimanapun anggota polis tersebut melepaskan Tyzo selepas deejay tersebut memaklumkan dia adalah petugas media dan berhasrat melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak atasan PDRM selepas mencatat nama dan nombor badannya.

Sementara itu Tyzo yang dihubungi mengucapkan terima kasih kepada Ismail kerana memberi respons terhadap aduan tersebut.

Malah kata Tyzo, dia juga telah menerima panggilan telefon daripada Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Zulkifli Joned yang mahu mengambil tindakan terhadap perkara itu.

“Saya juga akan ke Bukit Aman hari Jumaat dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu mengambil keterangan selepas berita mengenai kes ini disiarkan di media.

“Insya-Allah, saya akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkenaan,” katanya - Mstar

Rasuah: Deejay Tyzo Beri Keterangan Ke Bukit Aman & SPRM




Penyampai radio Suria FM, Tyzo telah memberi keterangan kepada pegawai polis di Ibu Pejabat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Jumaat, berhubung kejadian sorang anggota polis meminta rasuah akibat kesalahan lalu lintas daripadanya pada Isnin lalu.

Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris, 36, tiba di Bukit Aman kira-kira pukul 2.30 petang dan memberi kenyataannya selama kira-kira 90 minit kepada seorang pegawai polis di Bahagian Tatatertib.

Selesai memberi kenyataan itu, dia turut hadir ke ibu pejabat SPRM di Jalan Cochrane, Cheras di sini kira-kira pukul 4.45 petang dan diambil keterangan kira-kira 30 minit.

Tyzo berkata, dia tidak pernah membayangkan selepas membuat keputusan untuk tidak memberi rasuah, dia perlu memberi kenyataan kepada beberapa pihak berkuasa.

“Saya bagaimanapun gembira kerana saya dapat mempertahankan prinsip saya dan berkata “tidak” kepada rasuah,” ujarnya kepada mStar Online pada Jumaat.

Adalah difahamkan pihak polis telah mengenal pasti anggota yang dikatakan meminta rasuah daripada Tyzo itu dan kedua-dua pihak berkuasa berkenaan akan merakamkan kenyataannya dalam waktu terdekat.

Sementara itu Tyzo memberitahu dia bimbang dengan keselamatannya selepas menerima satu panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali melalui talian telefon pejabat yang mendakwa kononnya mahu menyiasat kes berkenaan.

Deejay itu curiga kerana sebelum ini Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintenden Zulkifli Joned dan pegawai penyiasat kes berkenaan telah berhubung dengannya secara terus melalui telefon bimbitnya.

“Rakan-rakan saya tidak memberikan nombor telefon saya kerana bimbang perkara yang tidak diingini.

"Saya bimbang kenapa orang yang mendakwa pegawai polis tidak mempunyai nombor telefon bimbit saya sedangkan sebelum ini pihak-pihak berkenaan telah berhubung secara terus dengan saya,” katanya.

mStar Online pada Rabu lalu melaporkan Tyzo telah melalui pengalaman ditahan anggota polis kerana kesalahan memandu kereta bercermin gelap dalam satu sekatan jalan raya di sekitar jalan Sunway dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, seorang anggota polis trafik telah memberi dua pilihan terhadap Tyzo sama ada mahu menyelesaikan kes itu dengan cara membayar wang ataupun dikenakan saman.

Bagaimanapun anggota polis tersebut melepaskan Tyzo selepas deejay tersebut memaklumkan dia adalah petugas media dan berhasrat melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak atasan PDRM selepas mencatat nama dan nombor badannya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar turut memberi reaksi terhadap kes berkenaan dan mahu individu yang meminta rasuah tersebut dikenakan tindakan tegas.




9 ulasan:

Awanama berkata...

Tan Sri, bole ke gua caya sama lu?

Awanama berkata...

amboi polis layan baik punya kalau celebriti ka atau org terkenal, sampai ketua polis, ketua trafik pun call personally, kalau org awam yg biasa2 ni, polis bo layan aja.. kalau pembangkang lagi ditindas.

budaya polis yg bukan menjaga kepentingan awam tapi menjaga air muka pemimpin regim zalim.

habis sampai bila rakyat nak idup dlm negara macam ni??? tumbangkan BN segera!! sebarkan kezaliman regim amno dan educate dan buka mata saudara2 kita, jiran tetanggga dan rakan sekerja. ayuh.

Awanama berkata...



Sebagai pencerahan,

Jangan diperbodohkan hingga terpedaya oleh respon polis BN yang bagai nak rak itu.

Apa pula pernyataan orang yang dituduh? Kita belum tahu kan..

Jika dia nafikan ada berbuat begitu maka si DJ tuh pulak kena buktikan tuduhan dia atau kena saman malu pulak. Setakat catat pengenalan polis tuh belum kuat untuk mensabitkanya.

Ada bukti bergambar atau rakaman percakapan..? Berapa ramai saksi penuduh dan yang dituduh..?

Polis tuh bukan bodoh melulu jugak. Al-Hasil tak mustahil si DJ yang kena semula.

Kongsi trad mark si Tukar Tiub,
Kah... kah... kah... kah...

Awanama berkata...

Hahaha....mmg pdrm byk rasuah sjak azali lg..x dinafikn !!!

Awanama berkata...

Byk lg kes mcm tan sri..xnk jolok ugut saman ..mane budibicara pdrm

Awanama berkata...

tanya pelajar sekolah pun tahu, naik motor tak perlu lesen, hanya rasuah RM5 cukup

Awanama berkata...

pasal tu pendatang asing kat Malaysia ni pun bebas kesana dan kemari dengan kenderaan tanpa perlu permit dan lesen memandu yang sah, sebab boleh jolok polis malaysia dengan duit, apa nak heran PDRM dan rasuah tak dapat dipisahkan begitu juga dengan penguatkuasa yang lain semuanya kaki rasuah dan makan duit haram untuk sara anak dan isteri

pisangmalaysia berkata...

Gua pernah kena saman ekor beb.Surat x dapat, apa notis pun xde. Gua tau bile member cek guna sms. Gua mengadu kat BPA- Biro Pengaduan Awam....Ape pun tak boleh! Jawapan yg diberikan ialah pihak berkuasa dah poskan, terima @ x terima notis kita punye pasal!Har_am J!!!Gua tetiba teringat slogan Rakyat diDAHULUkan...sekali betul daaaa..Gua kan rakyat...so memang kena DULU lah...gua nak pesan kat kerjaan yg memerintah sekarang...AKAN SAMPAI MASA HANGPA...dont woryy...hangpa x layan gua sekarang xpe...gua x kan layan hangpa dlm PRU nti...bai bai bai...

Adie berkata...


Amik nama dan no je boleh dijadikan bukti ke?

'Punca' perkara ni terjadi kerana kos sara hidup yang tinggi, semua barang mahal & gaji yang sangat tidak relevan dengan kos hidup.