25 Okt 2012

MP Umno Belasah UMNO: Ada Individu Sabah Terima 1 juta Saham Felda!

Seorang MP BN menuntut kerajaan menjelaskan dakwaan bahawa terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures Holding (FGV) walau "tiada kena mengena dengan pembangunan Felda", demikian lapor malaysiakini.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) juga berkata individu yang didakwa menerima saham tersebut tidak menyumbang kepada pembangunan Felda.

"Ada orang di Sabah, yang tidak ada kena mengena dengan Felda, mendapat sejuta saham. Saya tidak sebut nama. Saya minta menteri menjawab secara bertulis, kerana orang ini tidak menyumbang dari segi politik dan pembangunan Felda.

"Saya minta diberi senarai pihak yang menerima pink form ini yang dapat sejuta syer," kata Abdul Ghapur dalam satu soalan lisannya di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Ahmad Maslan kemudiannya mempersetujui saranan Abdul Ghapur untuk mengemukakan jawapan bertulis bagi menyenaraikan golongan yang layak menerima tawaran saham dan syarat kelayakannya.


Sebelum itu, Ahmad menjelaskan bahawa golongan yang menerima “pink form” tersebut adalah pengarah kumpulan FGV, kakitangannya serta kumpulan yang menyumbang kejayaan Felda dan FGV.

"Tetapi daripada senarai yang saya ada, saya tidak dapat melihat sesiapa yang disebut oleh Yang Berhormat itu.

"Saya ingin menjelaskan di sini, kerajaan negeri Sabah telah diperuntukkan 5 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini.

"Itu nilainya yang amat besar untuk sebuah kerajaan negeri.

Dan saya khuatir kekeliruan di situ nanti. Kerajaan negeri Sabah dapat 5 peratus saham itu," kata Ahmad Maslan.

Sementara itu Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mahu kerajaan membuat siasatan menyeluruh dan mendalam tentang pengagihan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH), KeadilanDaily dipetik.

“Ia bukan soal Sabah atau di mana-mana, ia soal ketelusan,” kata Ahli Parlimen Batu itu kepada Keadilan Daily.

“Saya turut terkejut dengan kenyataan Ghapur itu, jelas ada pilih kasih dalam pengagihan tersebut.

“Justeru, kita juga perlu siasat di Semenanjung Malaysia sama ada perkara yang sama turut berlaku,” katanya.

2 ulasan:

Awanama berkata...

umno berjuang kerana fulus, lubuk duit, betul ke nak bantu melayu????

Awanama berkata...

Padanlah rakyat sabah semakin miskin lagi bodoh kerana program membodohkan orang sabah dijalan tahap besar besaran. Lakukan audit dapat mengenal pasti sikayap itu.