25 Okt 2012

Penarafan PETRONAS Menjadi Negatif Akibat Campurtangan Kerajaan

Campurtangan kerajaan menjejaskan reputasi Petronas di peringkat antarabangsa sehingga gagal mengambil alih Progress Energy Resources, sebuah syarikat gas yang berpusat di Kanada, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, usaha Petronas membina rizab gas luar negara adalah satu usaha yang wajar dipuji, bertepatan dengan pendirian partinya selama ini bahawa strategi minyak dan gas negara perlulah bersandarkan kepada matlamat menggantikan rizab minyak dan gas domestik dengan rizab dari luar negara.

"Kegagalan Petronas mengambil alih Progress Energy Resources adalah satu lagi perkembangan yang membimbangkan kebelakangan ini.

"Dalam bulan September 2012, agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings telah mengumumkan bahawa ia merendahkan penilaian prospek masa depan Petronas menjadi “negatif”.

"Ini adalah kali pertama dalam sejarah Petronas yang panjang apabila syarikat penarafan antarabangsa melahirkan kebimbangan mengenai kestabilan kewangan dan reputasinya di mata pelabur,"
katanya dalam sebuah kenyataan yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

Menurut Rafizi, Progress Energy Resources adalah sebuah syarikat pengeluar gas yang mempunyai rizab gas sebanyak 1.9 trilion kaki padu dan memiliki rizab tanah seluas 1.

25 juta ekar di seluruh Kanada.

"Saya yakin Petronas mempunyai alasan yang kukuh untuk mengambil alih Progress Energy Resources yang akan menjadi sebahagian dari aset strategiknya.

"Malangnya, usaha Petronas ini disekat oleh Kerajaan Kanada dan kita masih menunggu perkembangan seterusnya dalam tempoh 30 hari rayuan," katanya.

Pengarah strategi PKR itu juga menjangkakan syarikat Petroleum utama negara itu akan mengalami risiko dituruntaraf dalam jangkamasa terdekat.

"Kesan dari tindakan Fitch Ratings merendahkan penilaian prospek masa depan menjadi “negatif” bermakna penarafan Petronas (yang sebelum ini adalah di antara terbaik di dunia dan lebih baik dari penarafan kedudukan kewangan Malaysia) juga dijangka akan dituruntarafkan (downgraded) dalam masa terdekat.

"Ini akan menyebabkan Petronas terpaksa membayar kadar faedah yang lebih tinggi melalui pinjaman-pinjaman kewangan yang telah dan akan diambil, " katanya lagi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata berasaskan pengumuman Menteri Perindustrian Kanada pada Jumaat, Petronas mempunyai sehingga 30 hari atau lama sedikit seperti yang dipersetujui bersama, bagi membuat sebarang perwakilan tambahan dan mengemukakan cadangan selanjutnya.

“Petronas dan Progress Energy Resources akan bekerjasama untuk memastikan Menteri itu mendapat maklumat yang perlu bagi menentukan cadangan pengambilalihan Progress Energy Resources akan memanfaatkan Kanada,” katanya seperti dilapor oleh agensi berita Bernama. -TMI

2 ulasan:

Awanama berkata...

Perkara : ceramah pr
Tarikh : 27 oktober 2012
Masa : 2130
Tempat : No 27, jalan suria 55, bandar seri alam, masai, johor.
Masuk : percuma

Awanama berkata...

PR selamatkan PETRONAS dari tangan2 korupsi dan campurtangan KERAJAAN yang semakin menghuruharakan pengursan setiap lokasi loji petronas, pekerja berpengalamaj semakin rama behijrah dsebabkan kenaikan pangkat yang sangat rmit dan tidak mask akal.Selamatkan PETRONAS untuk rakyat jangka masa panjang.