25 Okt 2012

Cuti Aidil-Adha: 2 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuhraya Esok


JJdual Perjalanan PLUS Untuk Cuti Hari Raya Aidil Adha 2012 :

Para pengguna lebuhraya terutamanya lebuhraya PLUS telah dinasihatkan mengikut jadual waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi Lebuhraya Utara-Selatan sempena cuti Aidiladha dari 25 hingga 28 Oktober ini.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat PLUS, Mohd Nizam Ismail berkata, TTA yang dikeluarkan pada musim perayaan lalu berjaya membantu orang ramai bergerak dengan lebih selesa di Lebuhraya Utara-Selatan untuk merancang perjalanan selain mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Justeru, PLUS sekali lagi menasihatkan pengguna jalan raya yang pulang bercuti dan kembali ke Lembah Klang supaya terus memberi kerjasama dengan mematuhi jadual perjalanan yang dikeluarkan ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pengguna Lembah Klang, 25 dan 26 Oktober 2012

Bagi tarikh 25 dan 26 Oktober, waktu perjalanan yang dicadangkan ialah dari Lembah Klang ke Kedah, Perlis dan Pulau Pinang melalui Juru serta perjalanan ke Johor melalui Skudai, Senai Utara, Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak.

Sementara itu, perjalanan dari Lembah Klang ke Kuala Kangsar, Changkat Jering dan Taiping serta Melaka melalui Ayer Keroh antara 12 tengah hari dan 3 petang manakala perjalanan ke Ipoh, Simpang Pulai dan Gopeng serta Tampin dan Alor Gajah melalui Simpang Ampat bermula antara 3 petang dan 6 petang.

Para pengguna dan orang ramai boleh mula memasuki lebuh raya ke Tapah, Bidor, Sungkai, Slim River, Tanjung Malim, Senawang, Port Dickson dan Seremban selepas 6 petang.

Untuk kenderaan dengan nombor plat ganjil bagi semua laluan perjalanan melalui Tambak Johor dan Linkedua serta Jambatan Pulau Pinang pula dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam ganjil seperti 9 pagi, 1 tengah hari dan 7 malam manakala kenderaan plat genap dinasihatkan memulakan perjalanan pada setiap jam genap.

Pengguna Lembah Klang, 27 dan 28 Oktober 2012

Bagi tarikh 27 dan 28 Oktober, jadual perjalanan dari Lebuhraya Utara-Selatan ke Lembah Klang pengguna dicadangkan bermula sebelum 9 pagi dan selepas 10 malam manakala perjalanan yang tidak melalui kawasan Lembah Klang pula adalah antara 12 tengah hari atau selepas 6 petang.

Bagi semua perjalanan dari utara dan selatan melalui Tambak Johor dan Linkedua serta Jambatan Pulau Pinang bagi kenderaan dengan nombor plat ganjil dinasihatkan pada setiap jam ganjil manakala kenderaan dengan nombor plat genap pula bermula pada setiap jam genap.

Para pengguna dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau mengikuti laman Twitter PLUSTrafik.

Cuti Aidiladha: 2juta kenderaan dijangka guna lebuh raya PLUS esok.

KUALA LUMPUR – Kira-kira dua juta kenderaan dijangka menggunakan laluan lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mulai esok berikutan cuti sempena Aidiladha pada Jumaat.

Ketua Komunikasi Korporat PLUS Mohd Nizam Ismail berkata angka itu mencatatkan peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding 1.6 juta kenderaan sehari pada hari biasa.

“Kami jangkakan dua juta kenderaan ini kerana pada setiap waktu puncak dan musim-musim perayaan, jumlah kenderaan akan meningkat,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Nizam berkata data itu merangkumi jumlah trafik yang menggunakan semua lebuh raya di bawah kendalian PLUS termasuk Lebuhraya Baru Lembah Klang, Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Linkedua, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya mematuhi nasihat waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS untuk mengelak mereka terlibat dalam kesesakan lalu lintas
– Bernama.

Berhati-hati kepada semua pemandu dan sentiasa amalkan pemanduan berhemah.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dari Kelab Greenboc.

5 ulasan:

khairul berkata...

saya nampak perlu cari penyelesaian penambahbaikan jalan.
- besarkan jalan atau jalan bertingkat(masa akan datang)
- tutup tol sempena raya
- meletakkan polis trafik di persimpangan2 yang biasa sesak teruk

Bukan meminta pengguna jalanraya mengikut jadual yang sedia ada.

Awanama berkata...

Kaya lah umno dengan duit tollnya. Sedekah dan bantu lah umat melayu yang rata rata kais semalam, makan hujung bulan. Hidup dengan kad kredit....apa nak dibonggkak jika perut sendiri di tanggung rakyat melyu.

Awanama berkata...

Tahniah Mahfuz, insyaallah berjuta pengguna jalanraya akan tolak BN dan AES.....

Awanama berkata...

Tumbangkan UMNO/BN peneraju tol dan AES

Awanama berkata...

Cuti aidil adha adalah masa untuk kempen jatuhkan BN PRU13 nanti