15 Okt 2012

Budak Lelaki Dua Tahun Maut Dihempap TV



Seorang budak lelaki berumur dua tahun mati dihempap televisyen di rumahnya di Jalan Saujana 1, Taman Ampang Saujana di Ampang semalam.

Kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu berlaku ketika Halif Hariz Khairil Anuar (gambar kecil) menarik sebuah laci rak televisyen dalam bilik tidur, yang menyebabkan televisyen 29 inci condong ke depan dan menghempap mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Md Nazri Zawawi berkata semasa kejadian, ibu mangsa, Nor Azlin Mohd Ali, 31, yang berada di bilik itu terdengar bunyi benda jatuh.

"Apabila menoleh ke arah anaknya, beliau mendapati anaknya dihempap televisyen," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata Halif Hariz mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Ampang.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut - Bernama

Anak longlai dihempap TV

AMPANG: “Ketika suami mengangkat peti televisyen itu, anak saya sudah tidak bermaya. Telinga, hidung dan mulutnya juga berdarah,” kata Nor Azlin Mohd Ali, 31, ibu kepada kanak-kanak berusia dua tahun yang mati dihempap televisyen di rumahnya di Taman Ampang Saujana, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit Haris Hariz Khairil Anuar meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang.

Nor Azlin berkata, kejadian berlaku ketika anak bongsunya itu bermain-main dengan pakaian yang dimuatkan dalam laci almari setinggi satu meter di dalam bilik tidur yang turut menempatkan televisyen bersaiz 29 inci (73.6 sentimeter).

“Saya dan suami ketika itu berada di dalam bilik sementara dua lagi anak kami berusia lima dan lapan tahun bermain permainan komputer di dalam bilik saya.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi benda jatuh dan terus berpaling ke arah Haris sebelum terkejut apabila mendapati peti televisyen sudah menghempapnya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Ampang, di sini, semalam.
-HM

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Untuk sharing purpose, anak aku pun pernah mengalami insident yg sama 3 tahun lepas, tp tv 14 inci. Alhamdulilah xde kejadian x diingini berlaku. Pada pendapat aku, ini munkin bkn kes yg pertama dan kejadian ini biasa berlaku. Di negara2 maju "Safety Standard" utk barangan sangat ketat untuk menjamin keselamatan penguna. Bila kita tukar kerajaan, sy berharap kerajaan PKR akan menaik taraf "Safety Standard" negara tercinta ini. AMIN

Tanpa Nama berkata...

Apa maksud 'safety standard' tu? dalam hal ni.. adakah kerana TV tu berat maka syarikat elektrik dan kerajaan perlu dipersalahkan? Pada saya kes2 begini adalah kemalangan dan telah ditakdirkan berlaku. Sekiranya pemilik TV meletakkan tv pada rak yang betul dan stabil.. insyaallah perkara sebegini dapat dielakkan.. (Tokey rak tv kena bertanggungjawab?)