15 Okt 2012

Mahathir Habiskan Usianya Untuk Bantu Tumbangkan UMNO BN Tanpa Sedar



Mahathir buka mulut, undi Melayu untuk BN menurun

KUALA LUMPUR: PAS melihat pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak langsung menjejaskan undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan datang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir membuka mulut mengkritik apa sahaja yang beliau kehendaki.

"Saya melihat Dr Mahathir memang mempunyai pengaruh tetapi ia tidak langsung memberi kesan undi kepada mereka yang menyokong Pakatan Rakyat.

"Tetapi ia akan memberi kesan secara langsung kepada sokongan Umno Barisan Nasional," jelasnya kepada Harakahdaily.

Jelas Mahfuz, tindakan Dr Mahathir membuka mulut atau mengkritik sebenarnya menimbulkan kerisauan kepada pemimpin Umno.

Malah, mereka beranggapan setiap kali Dr Mahathir membuat kritikan sokongan yang mereka perolehi dari undi orang Melayu akan menurun.

"Kita lihat bagaimana Dr Mahathir mengkritik mengatakan pemberian BR1M adalah seperti membeli undi, dan ini secara langsung akan terus mengurangkan sokongan kepada Umno Barisan Nasional.

"Inilah yang dirisaukan oleh Umno apabila Dr Mahathir menyuarakan pendapat, mereka bukannya mendapat peningkatan sokongan malah semakin berkurang," kata beliau lagi.

Mahfuz yang menyatakan, pengaruh Dr Mahathir adalah penentu kedudukan pemimpin Umno di dalam parti mereka sendiri bukannya penentu kepada kedudukan Pakatan Rakyat.

"Pemimpin Umno perlu tahu, pengaruh Dr Mahathir adalah penentu kedudukan mereka pada pemilihan dalam Umno itu sendiri bukannya penentu kedudukan Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir bersuara tetapi pemimpin-pemimpin Umno perlu risau kerana kedudukan mereka belum terjamin lagi," sambung beliau lagi.

Tambahnya lagi, setiap kali Dr Mahathir mengkritik sokongan kepada Pakatan Rakyat terus bertambah sama ada dari undi Melayu mahupun kaum-kaum lain.

Manakala, Umno terus tertekan untuk menepis setiap kritikan tersebut apatah lagi bila melibatkan keputusan yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional.

Ulasan GB

"Kita lihat bagaimana Dr Mahathir mengkritik mengatakan pemberian BR1M adalah seperti membeli undi, dan ini secara langsung akan terus mengurangkan sokongan kepada Umno Barisan Nasional.

Tetapi bagi GB, sumbangan terbesar Mahathir menumbangkan UMNO ialah pengakuannya bahawa UMNO BN sebagai syaitan yang dikenali.

Hukum kebenaran dan keadilan akhirnya mendedahkan siapa UMNO BN yang sebenarnya... dan yang mendedahkan hal itu tidak lain dari Mahathir sendiri, tanpa beliau menyedari.

Lagi dipanjangkan usianya, lagi banyak perkara yang bakal dilakukan yang akan menghancurkan UMNO sehinggalah UMNO dikuburkan.

9 ulasan:

Awanama berkata...

kononnya setiap kali ayat yang keluar dari mulut dia ni ada bisa tapi nampak nya dah mula bawa bahana

Ahmad Dzul Mohd berkata...

What's wrong wid dis old man? Malaikat kadang-kadang buat salah.Malaikat(arabic)dlm Islam adalah pesuruh Allah.Mungkin Che Det belajar istilah Angel(greek)sbb standard kot,maklumlah isteri dia siapa? ataupun Aduhra Mazda(sanskrit)...maklumlaa dia kasta tinggi tapi satu benda/kejadian dia tak kira siapa dibumi Allah ni miskin,kaya pangkat tinggi,rendah,Islam&bukan Islam hukum/law itu wujud ialah 'what goes around comes around'..iaitu Karma(sanskrit),Qaromah(arabic) and lastly Force(hollywood) but my choice is 1st Qaromah and 2nd is Karma????????

Awanama berkata...

orang tua kutuk tak sedar diri.

Dia ingat rakyat masih dalam era 80an dan awal 90an, boleh ditipu.

Semoga termakbul doa almarhum ustaz fadhil nor agar mahatir dipanjangkan umoq untuk dia melihat sendiri jahanamnya umporno.

Amuraria berkata...

tapi masih ramai ada macam spesis keldai & lembu kondo sokong maut kat mamak kutti pengkhianat negara ini ! ABU jangan lupa !

Awanama berkata...

Mentaliti diktator...biasa la org byk wat salah tp xinsaf2..ati kacau ke che det

Awanama berkata...

Kesian tgk pakcik nih... umur makin tua, hati semakin gelap! walaupun ramai yg menyanjunginya (termasuk mak/bapak aku) tp ramai juga yg menyumpah kat dia. Aku mmg x suka/x setuju dgn cara dia dan najib menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin negara. Tp aku tetap doakan mereka ini supaya kembali ke pangkal jalan (Lg pun mereka masih saudara seislam kita). Balasan tetap menanti selagi mereka ini tidak bertaubat!
-Amin-

Ahmad Dzul Mohd. berkata...

My dear Tun Mahathir Mohd,saya sebagai hamba Allah ingin meminta maaf jika saya dianggap mengutuk/hina sekeluarga Tun dan juga asal-usul.It all started when if I'am not wrong during 93'94'or 95' UMNO convention u're using a binocular for da 1st time on stage and I know why,coz u're focusing who sits besides Mokhzani as audience..remember Tongkah Habour?bydaway my late father supports u in 87' n my late mother luv's u....Looking Back! tq.

Awanama berkata...

kpd media2, tak payah dok layan lah org tua ni.. melalut dan mengarut..persoalan akidah pun di permainkan..mana perkasa, Jati, Isma, DAN ngo SEWAKTU DGN NYA.. NASEHAT SIKIT...

Awanama berkata...

Ketua Penyamun Tarbus ni @ Mahathir Kutty kata Ling Leong Sik orang baik.Bagi beruk ketawa aje,penyamun kata teman penyamun dia baik.Hakim beruk pun boleh percaya,Malaysia sudah jadi Planet of the Apes.