15 Okt 2012

Jangan Ditipu Lagi Oleh UMNO BN Di Selangor!



Lihatlah wahai rakyat semua, inilah yang dilakukan oleh rejim umno barisan nasional bila kuasa anda beri kepada mereka.

mereka datang menagih simpati menjelang pilihanraya, mereka beri umpan dan gula-gula untuk terus berkuasa, untuk apa itu semua?

Ada agenda disebalik ketagihan kuasa mereka, tanah rakyat dirampas, umno yang kononnya berjuang untuk bangsa melayu itu sebenarnya melacurkan maruah orang melayu sendiri, bangsa melayu yang kononnya mahu dibela mereka itu dipijak-pijak lebih hina dari pendatang asing.

Video ini bukan video yang disunting, bukan juga video yang dilakonkan, ini ialah rialiti sebenar di sebalik kekuasaan umno di negeri selangor dahulu, hak rakyat diperkosa, pihak berkuasa polis dikudakan semata-mata kerana umno mahu roboh rumah rakyat, mahu rampas tanah rakyat yang kebanyakkannya penyokong setia rejim umno barisan nasional sendiri.

Sila saksikan video dibawah



Bila anda sudah tonton, sila tonton sekali lagi dan beri perhatian pada butiran dibawah

Minit 1:54 - "inilah tanah melayu yang diteroka oleh melayu,pendatang diberi keistimewaan, kita teroka 25 tahun dapat apa? pendatang 20 tahun boleh bagi ic kita teroka sini kita dapat apa?"
Minit 2:06 - "kami duduk disini dah hampir 30 tahun, dihalaunya kami macam binatang"
Minit 2:22 - "melayu dibuat macam sampah...kalau nak menang dia bukan main lagi, bila dah menang apa yang dipandangnya pada kami"
Minit 2:33 - "masa nak mengundi dia la yang beria-ia sangat, hujan berpayung dia datang"
Minit 2:40 "saya sebagai penyokong kerajaan sebelum merdeka lagi, saya berjuang bermati-matian, dalam masa darurat saya berjuang dengan ( lawan) komunis tapi kerajaan tidak ambik pandang langsung"

Dan ayat dibawah adalah bukti betapa umnoapco tidak akan pernah mengenang jasa orang yang memberi undi agar mereka terus berkuasa.

"tapi kerajaan bila nak mengundi saja, datang memungut, merayu, tapi bila dah menang, memandang tidak"
Peristiwa ini berlaku pada 2007 di Rimba Jaya yang merupakan salah sebuah perkampungan peneroka yang besar di Selangor, dengan lebih 1,000 keluarga. Lebih 80 peratus penduduk kampung ini adalah keluarga Melayu manakala yang selebihnya keluarga India dan lain-lain

Sejak tahun 2003, pemaju swasta Khidmat Tulen Sdn Bhd telah merancang untuk membangunkan tanah yang diduduki warga peneroka ini. Khidmat Tulen Sdn Bhd telah mempergunakan jentera kerajaan tempatan dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengusir dan merobohkan rumah peneroka Kampung Rimba Jaya .

MBSA telah menggunakan Ordinan Darurat 1969 Pembersihan Setinggan untuk merobohkan 12 rumah peneroka yang betul-betul berada di tapak projek Khidmat Tulen Sdn Bhd. Apabila kes didengar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 November 2003, MBSA telah membongkar bahawa kerajaan negeri (BN) yang memberikan arahan untuk kerja perobohan tersebut dan bukannya tuanpunya tanah swasta tersebut .

Sejak itu, peneroka Rimba Jaya telah menyedari penyelewengan yang berlaku dan mula memahami bagaimana kerajaan negeri dan pemaju swasta berganding bahu untuk merampas tanah yang mereka duduki sejak 30 tahun yang lalu.

Inilah sekelumit kisah tentang rakusnya umnoapco meroboh rumah penduduk Kampung Rimba Jaya, Shah Alam, saat pemimpinnya bina istana indah untuk dirinya rumah rakyat diroboh dengan rakus, awas, nasib sama mungkin akan menimpa anda.

Umno harus dikuburkan, ayuh pencenkan umno pada PRU13 ini. -tukanglawan

4 ulasan:

Awanama berkata...


Kesihan tuh memanglah kesihan. aku simpati. Tapi jangan lupa. Kerajaan yang sedang menggilai kuasanya sekarang ini sape yang pilih...? Ikut pengakuan penduduk yang 'paling Taat' kepada BN/UMNO tuh tangan mereka juga yang menaikkan..

Tidaka ada kah pihak tertentu khususnya yang dilabel BN/UMNO sebagai pembangkang telah memberi pesan dan ingat..?

Siapa yang mencerca 'pembangkang' masa itu. Jika belum nak sedar lagi maka nasib anda akan sama seperti penduduk di Palestin sana. So PRU-13 apa pendirian..?

Aku sekampung dan insyaAllah ABU. Harapan kini tertumpu kepada DSAI yang menerajui Pakatan Rakyat. Tiada BN/UMNO negara dan rakyat sejahtera.

Awanama berkata...

UMNO bukan saja mesti dipencenkan pada PRU akan datang dia mesti rasa kesusahan supaya ahli UMNO dapat tahu macam mana susahnya hidup rakyat M'sia ini. disebabkan kebanyakkan pemimnpin UMNO sudah dibiasakan dengan kesenangan dari kecil lagi diaorang tak tahu mcm mana deritanya kehidupan rakyat M'sia sedangkan Majoriti Pemimpin PR sudah pernah rasa kesusahan rakyat maka mereka tahu apa masalah yang dihadapi oleh rakyat bahkan berusaha supaya apa kesusahan yang mereka hadapi pada masa lalu tidak akan dihadapi oleh generasi akan datang. Ajar UMNO apa itu erti kesusahan pada PRU akan datang. Gunakan kuasa yang ada pada anda untuk ajar mereka.

Awanama berkata...

Bukan setakat tumbangkan umporno be end, buru satu persatu karpak karpak lahanat itu semua termasuk yang lari keluar negara. silap silap semua lari keluar . Tangkap sumbat dalam penjara pas tu buang negara, biar dia reput

Osama berkata...

Di Selangor Kg Rimba Jaya, di KL Kg Berembang, di Penang Kg Buah Pala, Di Johor Kg Cahaya Masai, Kg Lurah Kempas & kg2 melayu lain yg jdi mangsa pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar malah di Trengganu pun tak terkecuali jdi mngsa kerakusan pemimpin2 Umat Melayu Naif Otak nya kroni BeEnd!
Ini kah kerajaan yg rakyat nk pertahankan utk anak bngsa sndri?
Be End patut dinyahkan dri bumi Malaysia ini!
Umat Melayu Naif Otak patut dibasmikan dri jdi parasit bngsa sendiri!
Menangkan PR pd PRU 13 nanti!
Pilih ABU... Asal Bukan Umno Be End!