5 Sep 2012

[NAJIB DITIMPA HARAMJADAH] Saham FGVH Jatuh Teruk Hari Ini


Harga saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) mengalami kejatuhan paling teruk petang ini dengan harga penutup RM4.85 berbanding RM5.00 semalam.

Ia semakin menghampiri harga penyenaraian awal (IPO) iaitu RM4.55.

Najib sebelum ini begitu megah mengumumkan IPO saham FGVH merupakan IPO kedua terbesar kedua terbesar di dunia selepas IPO Facebook dan telah menempelak "haramjadah" kepada pihak yang menentang usaha peneyeraian tersebut.

Namun apa yang jelas, semasa hari pertama IPO ditawarkan, tiada syarikat asing yang berminat kecuali dua syarikat yang membeli saham FGVH tersebut, iaitu Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd.

Walaupun digemparkan sebelumnya saham FGVH akan mendapat sambutan pelabur antarabangsa, tiba-tiba, dari ratuan ribu syarikat pelabur di dunia cuma dua syarikat yang berani melabur membeli saham FGVH.


FGVH terus merudum


(Gambar: Senarai pemegang saham utama FGVH beserta jumlah saham mereka)


Harga saham FGVH yang ditutup semalam mencatat penurunan, tinggal RM4.96. Jika peneroka menjualnya pada harga RM5.06 sewaktu Julai lalu setelah ditolak handling fee RM165.00, interest charged RM29.41dan lain2 cuma dapat lebihan RM212.37; kalau jual ketika ini, berapa yang tinggal?

Mengingati semula pesanan YAB Perdana Menteri (PM) ketika mengumumkan 'durian runtuh' pada 8 Mei lalu, peneroka jangan jual saham FGVH, jadikan pelaburan untuk simpanan masa depan...Apa jaminan buat peneroka jika ikut nasihat PM?

Barang diingat, mengikut penganalisis pasaran saham, jika saham FGVH turun ke paras RM4.70 maka pemegang saham FGVH mula menanggung rugi. Jika peneroka ikut nasihat PM, bertimpa-timpa beban peneroka.

Hutang Tanam Semula antara RM 50K-RM 157K dengan interest 6.25%, pinjaman rumah RM20K-RM40K dengan Kos Pengurusan 2.5% dan terkini hutang pinjaman saham FGVH RM3640 dengan interest 5%; kehidupan peneroka sesungguhnya diselubungi hari2 yang makin sukar!

Saya paparkan jumlah saham FGVH yang (Tan Sri) Isa Samad dan Ahli Lembaga Pengarah FGVH dapat. Ini belum mengambilkira proksi dan para kroni yang dapat. Saya tidak pasti samada mereka telah menjualnya atau belum bagi meraih keuntungan segera. Mereka tentu ada penasihat dan menghubungi remiser apa yang perlu dilakukan. Bagi staf Felda, mungkin juga mereka boleh berfikir nak bertindak macamana. Namun, bagi peneroka yang tak tau apa-apa, siapa yang nak menasihati mereka?

Saya berkongsi pengalaman pilu peneroka Felda Cahaya Baru, Sendayan, Labu Johnson, Bukit Cerakah dan Sg Buaya yang mula2 seronok dan gembiranya bukan kepalang tika dijanjikan pampasan jutaan ringgit. Akhirnya, bila tertipu...yang mereka tahu hanya menangis sahaja. Itulah bahasa mereka!

Peneroka Felda Bukit Rokan Utara menangis tersedu-sedu macam anak kecil tunjukkan kos Tanam Semula mereka mencecah RM157,000; bahkan dengan hutang sebesar itu, kebunnya tidak diselenggarakan dengan sempurna dan berusia 75 tahun....kepada siapa mereka mahu mengadu?

Sudahlah dibebankan dengan hutang yang kian menggunung, apa nak jawab depan Allah dosa riba' yg ditanggung peneroka puluhan tahun?

Penglibatan syarikat Yahudi dan judi dalam FGVH pula kita nak guna hujah apa?
407,005,000 saham Genting Bhd dlm FGVH sedangkan 97% peneroka Felda adalah orang Islam, mana mufti dan Ulama Muda Umno?

Kalau ye pun nak bodek Najib, Ahmad Maslan dan Isa Samad gunalah hujah intelek. Takkan hanya tahu meratib; syukur Umno bagi tanah, tak suka boleh keluar Felda, tak sedar diri makan hasil Felda tapi hentam Felda.... Skrip yang berulang dan saya dengar lebih 30 tahun dulu!

Terpulang, samada kita nak kata...'Ada aku kesah' atau 'Lu fikir la sendiri'.

*Penulis adalah Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) merangkap AJK PAS Pusat





14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak kena ucap tahniah atau takziah ni??

ermm.. apa2 halpun aku ucapkan tahniah kat isa samad dan najib sebab berjaya lingkupkan khazanah negara. tahniah juga sebab bagi modal free untuk PR kempen masa PRU nanti.

dan salam takziah utk peneroka felda sebab terus jadi bongok sokong najib :|

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada SEMUA yang terlibat dalam merealisasikan penyenaraian FGVH dalam senarai BURSA SAHAM.Tahniah kerana kamu semua adalah sebenar-benarnya PENGKHIANAT MELAYU.
Takziah kepada peneroka yang berjaya di tipu.

fidel castro berkata...

allah bagi akal untuk berfikir sayangnya peneroka semua bodoh bodoh..terbayang duit tak ingat dunia.

Tanpa Nama berkata...

Sila himpun dan papar semula artikel najib dgn megah kata fgvh akan naikk tu biar buka lagi bijik mata org lain

Tanpa Nama berkata...

Kesian....Melayu tipu Melayu..habis melayu jd layu..
Apa lah nasib bangsa ku..dah habis hrta trgadai, anak branak ddk kat tangga cari kutu..
Malang sungguh nasib mu Melayu...harta banyak tapi habis d sapu ddk melangut mcm kayu..
Trpesona dgn laungan Hidup Melayu..sekadar had trpesona dgn laungan saja....

Tanpa Nama berkata...

Nampak gaya nya Melayu Melayu Felda ini memang di lahirkan untuk jadi bonggok se umur hidup kot. Buta buta sembah UMNO, sampai dah tahu sekim cepat kaya mana boleh buat orang kaya tetapi masih sanggup jadi benggap nak kaya cepat tak pakai otak.

Elok juga tak bertahan lama sebabnya cara dibuat untuk Penyenaraian pun dah tak betul nawaitu nya. Tak halal penuh dengan spekulasi judi dan riba untuk kaya cepat.

Berubah lah ke jalan yang benar!

Tanpa Nama berkata...

najib boleh berbanggga sekarang...

Tanpa Nama berkata...

sapa yang untung?? umno.. isa samad.. orang2 besar dalam opis felda jugak.. peneroka... diharamjadahkan... tahniah kepada peneroka yg masih totok dengan umno. esok lusa .. tanah korang pun lesap..

Tanpa Nama berkata...

1Felda... Huruhara peneroka... Tanyalah ANAK...
Heheheeee

abuamir berkata...

Tak lama lagi KWSP dan lain2 dana akan bailout saham FGV ini utk naikkan harga saham itu. Sekali lagi rakyat dan penyimpan KWSP akan dijadikan mangsa oleh pemimpin umno/bn yg bodoh.

Selagi umno/bn memerintah selagi itulah kita ditipu, hanya yg bodoh saja terus sokong umno macam org kampung dan felda.............ABU

Tanpa Nama berkata...

cantik graf!mesti untung juta2 rupiah.

Tanpa Nama berkata...

06 Sep 2012 03:23PM
Prices delayed by 15 mins.

Last Done 4.760 (-0.090)

Tanpa Nama berkata...

06 Sep 2012 03:39PM
Prices delayed by 15 mins.

Last Done 4.740 (-0.110)

Tanpa Nama berkata...

Mengikut analisa saya saham FGVH akan jatuh disekitar 3.40 sesaham menjelang oct nanti ......
Sudah menjadi kebiasaan bermain saham .....ada turun dan naik .....jika naik kita akan untung .....tapi jika turun kita akan rugi dan mingkin mati .didalam soal ini peneroka FELDA pada umumnya tidak menanggung sebarang kerugiaan jika merika tidak mengambil pinjaman untuk membeli saham .saham 800 unit yang diberikan oleh felda itu kononnya percum .Akan tetapi ianya satu pembohongan oleh felda terhadap peneroka .Peneroka kena bayar balik pinjaman tersebut dgn kadar fedah yang telah ditetapkan oleh bank.
persoalanya kenapa felda perlu untuk mengapongkan FGVH?.Begitu licik sekali FELDA membuat persiapan sebelum disenaraikan .Felda telah menukar FELDA HOLDING BHD ,Felda Holding BHD menaungi syrikat yang dimiliki oleh KPF sebanyak 55%.Dengan tertubuhnya FGVH KPF telah kehilangan pegangan .Begitu liciknya FELDA ,Najib dan tun M didalam percaturan ini .
Peneroka felda dan rayaat kebanyakan telah ditipu......Tanah tanah ladang felda plantation sepatutnya wajib diagihkan kepada orang orang yang layak dan bekas bekas askar yang memerlukanya .
Memang peneroka tidak rugi kerana tanah ladang peneroka tidak 1 incipun diusik .Sekarang ni peneroka sudah kehilangan kilang pemprosesan kelapa sawit kerana kilang kilang tersebut telah diambil secara rompakan disiang hari oleh FGVH.
Memang malang nasib rayaat yang miskin dan tidak bertanah .Dan selama ini peneroka felda telah memakan wang yang bukan hak merika .Sebab keuntungan dari ladang FELDA itu bukan hak peneroka dan felda sebenarnya .Walaupun ianya pahit untuk ditelan akan tetapi itulah hakikat sebenar yang perlu diakui .
Kita sebagai rayaat boleh secara bersama menyaman dan mendakwa kerajaan negeri yang terlibat kerana cuai mentadbir dan menentukan tanah tanah tersebut diagihkan seperti yang termaktup didalam penubuhan FELDA dulu .
Sekarang ini masalah ini semakin menjadi semakin rumit keran FELDA telah membursasahamkan nya .