5 Sep 2012

[WASPADA] Bahaya Simpan Air Tin Berkabonat Dalam Peti Ais


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, biasanya ramai yang suka meletak atau menyimpan air gas coca cola terutamanya di dalam peti ais, betul.. lagi sejuk lagi enak di minum.. tapi ramai yang tak tahu bahaya mungkin di hadapi jika meletakkan tin coca cola dalam freezer.

Terdapat satu kes berlaku di mana tin coca – cola itu mengeras dan meletup. Lihat gambar di atas.

25 ogos yang lalu, seorang anak menderita luka di mulut dan pipinya, akibat tin coca cola-nya meletup kerana disimpan di freezer. Dan dia terpaksa menerima 38 jahitan, 31 jahitan di pipi dan 7 jahitan di bibir dan mulut. Sadisnya luka itu.. Bayangkan betapa deritanya dia apabila kejadian itu berlaku.. Nasib baik pecahan tin coca cola itu tidak mengenai matanya. Ibu si anak ini telah menyebarkan foto ini, agar kejadian serupa tidak akan berulang lagi kepada sesiapa pun..



P/s: Jadi kepada yang suka menyimpan atau meletak tin air gas ni di dalam freezer baik hentikanlah, mungkin kita tidak pernah kena tapi kebarangkalian untuk kena itu sangat tinggi, jadi berhati-hatilah. Mohon sebarkan artikel ini kepada orang ramai supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa. -lamankongsi

Ulasan GB

Bukan saja di dalam peti ais, malah di mana-mana juga seperti di dalam kereta yang bertutup dan diletakkan di tempat panas, tin itu meletup dan akhirnya boleh memecahkan cermin kereta dan mencederakan. Berwaspada.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tk perlu minum pun air berkarbonat ini..yg ada kandungan gula tinggi...kenapa tk de iklan di tepi jalan "TAK NK PD AIR KARBONAT"
sebab risiko air ini pun seperti rokok jugak..

Tanpa Nama berkata...

tak payah minum la air macam ni. saya minum air kosong je dah boleh hidup sampai sekarang. badan pun fit and tough.hikhiik

Tanpa Nama berkata...

utamakan larangan beli coca cola...gas nya paling tinggi...minum selalu kencing manis...banyak mudarat dari nikmat....dah la coke tu israel supporter.

Tanpa Nama berkata...

GB, baru2 ni saya simpan air gula melaka dlm bekas air tupperware, dal peti ais (bukan freezer). Ada la kira2 3 minggu.

Tadi masa saya buka pintu frigde tu, tutup bekas air tu tiba2 tercabut sendiri, terbang ke atas. Dia tak kena dahi, mata atau muka saya sbb saya lum pegang.

Saya lupa nak baca Bismillah masa buka fridge tu le.

fayirullizal bin alias berkata...

sy confius dengan fakta ini..adakah dimpan ditempatbeku atau sebaliknya...lagi satu berkemungkinan air berkarbonat itu telah digoncang dahulu oleh individu sebelum dimasukan didlam freeze...jika difikirkan logik...habis semua kedai2 dan pasaraya besar kena saman oleh pengguna disebabkan masalah ini

Tanpa Nama berkata...

orang pun kata air gas... gas boleh meletup laa..