5 Sep 2012

Gambar Najib Hisap Curut Depan Sultan Selangor Tersebar


UMNO Usah Dok Berlakon Jadi Juara Pertahan Raja Raja Melayu.. Padahal UMNO Juara Hina dan baruakan Raja2 Melayu !!

1- Ni Gambar Najib Boleh Relax je Hisap Curut Depan Sultan Selangor.. Macam Sultan Selangor Member dia La Pulak.. Lepas Tu Bila Sultan Selangor Nak Balik.. Sultan Selangor Terpaksa Sua Tangan Bersalam dgn ROSMAH.. Maklum lah.. Rosmah Kan Bini PRESIDEN MALAYSIA.

2. UMNO Toksah Lupa macam Mana Kisah Bekas MB Selangor dari UMNO Muhammad Taib Melarikan Anak Dara Sultan.. Dan Kawin pun.. Kawin lari.. Takde la Pulak Sultan Selangor Dulu Murka.. Buang Negara ke.. Lagi Kurang Ajar !!

Ni Lagi Cerita Pasal Kes Kawin lari MB UMNO ngan Anak Sultan Selangor ->
http://shalattas.blogspot.com/2009/12/26-kuyah-lawan-mike-tyson-1993.html -ipohmali

NAJIB HISAP CURUT


Curut yang sinonim dengan minuman keras dan judi


Dari dahulu hinggalah semalam, saya menganggap Datuk Seri Najib merupakan seorang yang baik dan lurus bendul. Mungkin isterinya seorang saja yang jahat. Ramai orang tahu bahawa Datin Rosmah Mansor telah terkena terjahan saya sewaktu jabatan F.L.O.M ditubuhkan. Ekoran itu Najib terpaksa menipu mengenai kewujudan jabatan itu dan nombor telefon yang tertera pun ditamatkan perkhidmatannya.

Seseorang yang menghisap rokok atau curut ini bukanlah orang yang lurus bendul macam ulat buku. Para penghisap rokok ini lazimnya mempunyai sejarah hidup atau latar belakang yang gelap. Mereka hidup dengan penuh tekanan jiwa yang mengelirukan diri mereka sendiri. Jadi jalan keluarnya ialah dengan menghisap rokok.

Jika menghisap dadah dapat memberikan ketenangan pada si penghisap dadah, merokok itu juga dapat memberikan ketenangan pada si penghisap rokok dan merokok itu sangat susah ditinggalkan sehingga mampu membuatkan si penghisap runsing atau serba tak kena jika tak dapat sebatang rokok sehari.

Tapi apa kena mengena rokok dengan curut? Curut itu bapak kepada rokok. Ia mengandungi lebih tembakau dan mengandungi lebih nikotin.


Najib sedang hisap curut


Sultan Selangor menghulurkan tangan pada Rosmah


Pak haji kita?

Hari ini, saya terjumpa gambar Najib menghisap curut. Kalau ikut logik akal, curut merupakan benda sinonim dengan minuman keras dan judi. Ia sudah tentu bukan benda yang secocok dengan cara hidup orang Islam.

Jika anda ingin menulis karangan mengenai seorang alim (contohnya Pak Haji), jangan sesekali menulis Pak Haji tersebut menghisap curut. Kerana curut dengan orang yang baru menunaikan ibadah haji di bandar suci Mekah tidak sepadan sama sekali. Tambahan, Pak Haji telah terlatih selama berpuluh-puluh hari dengan undang-undang Mekah yang mengharamkan rokok apatah lagi curut.

Malah curut juga adalah benda yang memalukan bagi orang yang baru menghapuskan dosa dan bertaubat sambil menangis tersesak-esak di depan Ka'abah. Ini kerana Pak Haji sangat arif tentang bertapa pentingnya memelihara kesihatan diri seperti para Nabi junjungan S.A.W. Masakan si Pak Haji bodoh benar untuk membahayakan kesihatan diri dan memalukan umat Islam dengan menghisap curut?

Curut juga sama dengan rokok. Kedua-duanya ada cebisan dadah nikotin. Wujudnya dadah nikotin dalam kedua-dua benda ini, sama juga kewujudannya ulama' pengampu dalam dunia kita. Maka kiranya curut yang dicipta pada kurun ke-14 ini sudah wujud, sekali dengan ulama' pengampu yang akan menghalalkannya, mengapa kita harus sangsi lagi? Kita harus jelas dengan keputusan kita.

Justeru, jika kita tolak benda negatif, kita juga harus tolak pemimpin yang mengamalkan cara hidup negatif. Kerana pemimpin yang dilantik rakyat, bukan hanya dilantik untuk menghabiskan wang cukai rakyat, tapi juga dilantik untuk menunjukkan contoh yang baik pada rakyat.
-hanief.blogspot


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nnt lepas ni ada lak puak2 yg kurang cerdik ni kata super impose lak... wakakakakkaa

Tanpa Nama berkata...

Maap yer cucu tompang lalu nak side track sikit.

GB,

Pasal insiden dua orang yg ditahan pijak gambar najib, saya teringat ada gambar polis pijak gambar najib semasa Bersih 2.0 baru ini di laman ini.

Gambar itu menunjukkan seorang polis wanita yg memakai baju Bersih 2.0 pengsan. Seorang polis lain berdiri sebelahnya memijak gambar najib.

Tanpa Nama berkata...

curut ini dibuat dengan mengunakan arak, yang terkenal HAVANA CIGAR. kala buat curut halal guna teh tarik atau air sirap, itu bukan di panggil curut tapi cencurut boleh kot.

bila tengok kan anak2 yang dulu nya budak kampong mak bapak hidup dengan bantuan rakyat, hidup kemek kembang dan muka bonyok hidup curut dah nampak sangat sesat kehidupannya....

kita perlu kesian pada mereka2 ini dewngan harapan dapat hidayah dan taubat sebelum mati. lagi pon bila mati nanti kena bungkus dengan kain kapan putih RM50 aje bukan masok keranda kayu mahagony cina yang berharga RM20,000...

benggap benggap, orang Melayu juga!

Tanpa Nama berkata...

Hmmmm kurang setuju rokok atau cerut ada arak.kalau chocolat ye kot..