21 Sep 2012

Isu Gambar Superimposed: Khalid Samad Menang Lagi Kes Ke Atas Adun Umno

Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Exco Kerajaan Negeri Perak dan juga ADUN Sungai Rapat, Perak, Hamidah Osman dengan kos bagi mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang diberikan pada 1 Jun yang lalu.

Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh Hakim Datuk Ramly Haji Ali, Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Anantham Kasinather memutuskan bahawa mereka bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa bagi mendengar kes tort.

Pada 1 Jun yang lalu Hakim Datuk Haji Zainal Azman telah menolak permohonan Hamidah bagi membatalkan saman Khalid Samad ke atas beliau atas tulisan yang mengandungi tuduhan fitnah ke atas Khalid Samad di blog Hamidah http://hamidahosman.blogspot.com/ pada atau sekitar Januari 2010.

Antara lain di dalam blognya, Hamidah menyiarkan gambar super imposed Khalid Samad sebagaimana di atas.

Dan beliau juga menulis antara lain “Golongan yang menyokong pengunaan ini terdiri daripada golongan Islam Liberal dan menariknya Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menyokong kehendak Mubaligh Kristian mengantikan perkataan ‘God’ kepada didalam Bible kepada perkataan Allah. Kak Midah yakin kekesalan pasti bersarang jauh disudut hatinya dengan keputusan mahkamah ini.”

Beliau juga menulis “Sekalung tahniah buat parti PAS kerana melalui pembesarnya iaitu Khalid Samad, isu penggunaan nama Allah ini tercetus dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam di negara ini."

Atas tulisan beliau di blog tersebut Khalid telah melalui peguamnya, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates memfailkan writ saman ke atas Hamidah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kausa tindakan fitnah.

Pada pendengaran rayuan hari ini Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Hamidah diwakili oleh Datuk Hafarrizam Haron dari Tetuan Hafarizam Wan & Aishah Mubarak.

Dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 20 dan 21 November 2012.




Laporan sebelum ini
klik untuk baca

6 ulasan:

Awanama berkata...

Bertambah bawa tempurong lah selepas PRU13 nanti mak Dah nie jika tewas atau namanya tidak dalam senarai najib.

Awanama berkata...

jangan bagi muka kat puak ni memang kerja depa suka buat hal

NurWangi berkata...

Tulis tanpa fikir memang kerja puak-puak ini. Bila disaman baru sesal, bukannya sesal kerana takutkan dosa.

Awanama berkata...

tak terdetik ke dihati hamidah bahawa beliau menfitnah orang??? Allah saja yang tahu hati dan tujuannya...

Unknown berkata...

perbuatan superimposed gambar yb khalid ne bukan saja menghasut dan bole menimbulkan suasana tidak tenteram tetapi menghina agama Kristian..selaras dengan pendirian majoriti rakyat negara ini tindakan hamidah bahalul ini patut d kutuk sama spt kes filem innocence of muslim..jangan ada double standard dlm soal agama kerana ini soal sensitif terutama kpd majoriti peribumi sabah/sarawak yang kristian..

Awanama berkata...

kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa...renung2 kanlah