21 Sep 2012

Maruah BERNAMA Tercampak Ke Tong Najis, Foto Itu Sah Diubah!

Agensi berita negara, Bernama menyatakan bahawa satu siasatan dalaman telah dilakukan terhadap foto Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang diedarkan kepada akhbar-akhbar tempatan pada Sabtu lalu adalah foto yang telah diedit.

"Siasatan awal menunjukkan kecacatan gambar telah dikesan dari punca dari tempat ia dihantar," kata Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong di dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita berkenaan petang semalam.

Beliau berkata siasatan lanjut dijalankan untuk menentukan motif orang yang terlibat dan samada terdapat sebarang unsur sabotaj, tambah Yong.

"Kami melihat hal ini sebagai serius dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat di atas hal yang tidak bertanggungjawab itu.

"Bernama sentiasa berusaha untuk mengekalkan standard professionalisma yang tinggi dan mengambil sikap yang serius terhadap integriti di tempat kerja," katanya.

Pengakuan Bernama bukan saja memalukan kepada agensi berita tersebut malah ia boleh menjejaskan imej Perdana Menteri.

Penerbitan foto yang telah diedit itu di dalam beberapa akhbar telah mendapat kritikan hebat di alam siber dengan beberapa blog dan lamanweb mendedahkan imej latarbelakang orangramai di dalam foto berkenaan adalah hasil tampalan yang menyerupai di antara satu sama lain.

Di dalam foto berkenaan, perdana menteri kelihatan sedang meraikan orangramai yang hadir di dalam satu pertemuan di kawasan parlimen Pekan. Ulasan GB

Blogger benar! Kebenaran terbongkar lagi, kali ini maruah BERNAMA benar-benar tercampak ke dalam tong najis.

Tak dapat nak elak dan nak nafikan lagi bahawa foto yang diedarkannya ke akhbar-akhbar tempatan adalah foto yang telah diedit.

"You can cheat all people for some time and some people for all time, but not all people for all time"

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

8 ulasan:

Awanama berkata...

Dalam TV3 juga apa kurangnya?

1 Malaysia berkata...

Bertaubatlah sebelum nyawa dicabut malaikat maut. Apa? Apa? Apa? Malaikat maut? Bukan Syaitan Mautkah?
Sedar tu bagus. TETAPI kalau setakat sedar saja dan tak berubah (bertaubat), tak ada gunanya.
INGAT: MANUSIA KAT MALAYSIA HARI INI DAH CERDIK DAN BUKAN LEMBU NFC.

Awanama berkata...

Takkan nak kata PR sabotaj pulak?
PR tak kuasa nak buat liputan rumah terbuka PM..ini mesti keja umno atau org yg kena paksa sokong umno..foto dari bernama terus ke akhbar umno..takda ruang org PR nak menyelit masuk ubah gambar jadi ribu riban yg hadir..kan kan rais yatim kan?

NurWangi berkata...

Cuba periksa gambar-gambar Najib yang lain, mungkin sama sahaja dengan gambar ini.

ahmadyani berkata...

Ketua Pengarangnya patut letak jawatan jika dia ada maruah diri.

n02setan berkata...

Lama dahhhh.... Dulu, kini dan selamanya memang kerja puak haramjadah itu ialah menipu orang ramai demi menarik sokongan. Siapa yang suka diri mereka terus tertipu maka sokonglah umno.

Awanama berkata...

Umno RAJA Edit ........... clip vid seks pun Edit lah tuuu .....

Osama berkata...

Tutop je akhbar tu..
Antra lidah parti setan...
UMNO ni bukn stkat Umat Melyu Naif Otak tpi mrka brhsrat memandulkn fkirn Umat Malaysia Naif Otak!
Singkirkan pemimpin2 Umat Melayu Naif Otak ni dri persada politik Mlysia pd PRU 13 nti!
Hancurkan Be End!
Menangkan Pakatan Rakyat!
Berubah sblum Mysia brtmbh parah.